UTeM, 26 Januari 2022 – Anjuran bersama kelab LISTAC (PLH) dan kelab KECEPER (Penerbit Universiti) bagi menjayakan Program Health Walk 2022 bersama Ketua Pustakawan. Seramai lebih 50 staf dari kedua-dua Pusat Tanggungjawab ini bersama-sama melakukan senaman ringan dan berjalan santai melalui laluan dari PLH ke Datan BPA serta berakhir di kawasan tempat letak kereta PLH bagi tujuan riadah. Program ini adalah untuk merapatkan hubungan ukhuwah sesama ahli LISTAC dan ahli KECEPER serta menjalani gaya hidup sihat. Program ini berkahir sekitar jam 6.15 petang.
Refreshment Class – Garis Panduan Pengkatalogan (RDA) disampaikan oleh Encik Mohd Razif bin Dzulkipli (Pustakawan Kanan) kepada staf Seksyen Monograf, Bahagian Pembangunan Sumber & Metadata pada 18 Januari 2022 bertempat di Bilik Pangkalan Data, PLH.
Objektif bagi refreshment class ini adalah:
Pengenalan metadata & rekod bibliografik kepada staf baharu.
Refreshment class untuk staf sedia ada.
Hands on kemasukan rekod bibliografik ke dalam sistem Koha.
Pendedahan garis panduan penggunaan resource description & access.
Refreshment Class ini dihadiri oleh 12 orang staf serta seorang pelajar praktikal. Kelas bermula dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 4.30 petang.
Pada 14 Januari 2022 kelab LISTAC telah menganjurkan satu program pendakian santai bersama Ketua Pustakawan yang bertempat di bukit UTeM. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan warga PLH bagi mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas melalui pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga PLH dan AJK Listac yang dapat hadir dan menjayakan program pada kali ini. Turut hadir memeriahkan program ini iaitu En. Azman bin Hj. Ayup, Ketua Pustakawan Perpustakaan Laman Hikmah.
Lawatan Penanda Aras dan kunjungan kehormat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Perpustakaan Laman Hikmah UTeM pada 22 Disember 2021 seramai 4 orang yang terdiri daripada Tn. Hj. Azman Hashim, Ketua Pustakawan, Ts. Amirul Firdaus Bin Zilah, Pn. Raihana Sulaiman dan Pn. Siti Hajar Hashim dari Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
En. Azman bin Hj. Ayup, Ketua Pustakawan memberi taklimat mengenai Perpustakaan Laman Hikmah dan lawatan ini berfokus kepada perkongsian pengalaman antara kedua belah pihak dan jaringan kerjasama dua hala antara Perpustakaan Laman Hikmah UTeM dan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Seksyen Rujukan, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan Research Workshop: Designing Research Paper for Q1 Publication pada 24 November 2021 (Rabu) jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang melalui platform webex. Penceramah bagi Research Workshop ini adalah Profesor Dr. Rizalman Bin Mamat dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Penyertaan adalah daripada warga UTeM dan turut dibuka kepada peserta dari luar UTeM yang terdiri daripada staf akademik, penyelidik dan pelajar pasca siswazah.
Sesi ini bertujuan menyokong hasrat universiti dalam menghasilkan penerbitan berimpak tinggi serta meningkatkan visibiliti UTeM dengan menganjurkan Research Workshop setiap tahun yang bermula pada tahun 2016 sehingga kini. Program ini mengulas mengenai topik bengkel yang merangkumi:
i) Introduction to journal & index
ii) Writing good article with ethics
iii) Tips & trick on journal writing
iv) Select & submit your article
v) Response to reviewer
Selain daripada itu, antara isu yang ditekankan semasa bengkel adalah Beware of Predatory Journal semasa memilih jurnal yang sesuai untuk manuskrip artikel serta menekankan strategi dan format dalam menulis penerbitan Q1 yang merangkumi cara menulis tajuk artikel, penggunaan afiliasi, format abstrak, penggunaan kata kunci yang sesuai, pengenalan, eksperimen/simulation setup, dapatan yang diperolehi dari kajian, kesimpulan, penghargaan serta memilih rujukan yang sesuai dalam artikel. Selain itu, diterangkan juga kesilapan yang perlu dielakkan oleh penyelidik semasa menulis artikel bagi membolehkan artikel diterima oleh editor.
Seramai 26 orang peserta telah menghadiri program ini dan program berakhir pada jam 1.00 petang.
Satu Majlis Jamuan diadakan pada 02 Disember 2021 bagi meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020, Kenaikan Pangkat Staf dan Majlis Perpisahan CIO serta Staf yang berpindah ke PTj lain bertempat di Bilik Tayang, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH). Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab LISTAC dan dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Ketua Pustakawan iaitu En. Azman bin Hj. Ayup serta diserikan dengan tayangan montaj. Sebagai tanda penghargaan, turut disampaikan cenderahati kepada CIO dan staf yang telah berpindah ke PTj lain. Majlis dimeriahkan dengan jamuan makan dan diikuti dengan sesi fotografi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Dengan adanya majlis sebegini, diharapkan persahabatan dikalangan kakitangan PLH amnya dan ahli kelab LISTAC khususnya berkekalan serta ukhuwah yang terbina akan memberi seribu kenangan manis bersama.
Pihak Pengurusan Perpustakaan Laman Hikmah dengan ini mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada En. Muhammad Hafeez bin Zainudin & Pn. Zuraidah binti Amar di atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pustakawan di Gred S32.
Pihak Pengurusan PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, tuan/puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran kerjaya tuan/puan di masa akan datang.
Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua staf PLH untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Deepavali atau Diwali merupakan Festival Cahaya yang disambut secara tahunan. Festival ini dirayakan oleh semua yang beragama Hindu. Pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang merayakannya. Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua. Eratkanlah ikatan yang harmoni dan mesra walaupun dalam situasi kehidupan norma baharu. HAPPY DEEPAVALI!
Perpustakaan Laman Hikmah mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH DAN SYABAS kepada En. Azman bin Hj.Ayup di atas pelantikan ke jawatan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Laman Hikmah berkuatkuasa 11 Oktober 2021.
Pihak PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, tuan dapat menerajui dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran tuan untuk PLH khasnya dan UTeM secara amnya.
Semoga di atas kejayaan ini akan merealisasikan visi dan misi PLH demi kemajuan PLH dan Universiti.