PROGRAM TITIAN KASIH RAMADAN PLH 2024

Syukur Alhamdulillah pada 3 April 2024 (Rabu) bersamaan 23 Ramadan 1445H , pihak PLH telah diberi kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada 9 keluarga sekitar negeri Melaka menerusi Program Titian Kasih Ramadan PLH 2024.

Pihak PLH ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang terdiri daripada staf PLH, warga UTeM, syarikat pembekal dan orang awam atas sumbangan barangan dan wang tunai yang telah diberikan.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan memberikan sinar kegembiraan kepada keluarga penerima dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Semoga Allah membalas kebaikan yang diberikan dengan melipat gandakan lagi rezeki kita semua.

Terima kasih sekali lagi.

Senarai Penyumbang:

NM13

Electric Library

Pintaran IT

D’Nanz Ent

Puan Robiah binti Abdol

#perpustakaanlamanhikmah

#plhutem

#menjajaruniversitimelonjakkehadapan

#plhprihatinsantuniinsani

Talkshow@Plh: “Strok: Rawat Tepat, Pulih Cepat!”

Alhamdulillah selesai sudah program Talkshow@Plh: “Strok: Rawat Tepat, Pulih Cepat!” anjuran bersama Pusat Kesihatan UTeM (PKU) dan Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Program ini telah berlangsung pada 27 Mac 2024 (Rabu) di Ruang Santai, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Farhan Bin Banchik, Pegawai Perubatan (PKU) dan Dr Nur Liyana Binti Kahar, Ketua Pegawai Perubatan, Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Sesi talkshow ini bertujuan untuk berkongsi informasi dan mengupas isu-isu berkaitan strok merupakan salah satu langkah berterusan dalam memberi maklumat kepada warga kampus melalui pelbagai medium.

MESYUARAT AGUNG LISTAC KE-15

Mesyuarat Agung Kelab Staf Perpustakaan (LISTAC) telah diadakan di Bilik Tayangan Aras 3, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk pada 29 Februari 2024.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ahmad Tarmizi bin Abdul Hadi.

Seterusnya, sesi mesyuarat diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi LISTAC, Encik Muhammed Rashid Bin Mat Derus.

Antara agenda mesyuarat agung yang dibincangkan termasuklah pembentangan laporan aktiviti, laporan kewangan serta usul-usul yang dicadangkan. Sesi pengundian dan pelantikan AJK baharu bagi sesi 2024-2026 telah dilaksanakan secara atas talian. Tahniah diucapkan kepada AJK baharu sesi 2024-2026. Turut dimuatkan dalam majlis tersebut adalah tayangan montaj aktiviti kelab 2021-2023.

Bersempena mesyuarat ini juga, turut diadakan sesi cabutan bertuah iaitu sebanyak 55 hadiah telah disediakan oleh pihak urusetia. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh AJK dan ahli-ahli kelab atas kejayaan, kelancaran dan sambutan penganjuran majlis ini.

#perpustakaanlamanhikmah

#plhutem

#menjajaruniversitimelonjakkehadapan

Pertandingan Menu Sihat

Pertandingan Menu Sihat diadakan pada 22 November 2023 (Rabu) sempena LIB Day 2023. Program ini terbuka kepada semua pelajar UTeM dan penyertaan adalah secara percuma. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan dan aktiviti seperti ini diadakan bagi menarik minat para pelajar tentang penyediaan menu sihat dalam kehidupan seharian. Seramai 14 orang peserta yang menyertai pertandingan ini dan ternyata program seperti ini dapat sambutan yang baik dari kalangan pelajar-pelajar UTeM. Enam pemenang telah dipilih oleh juri iaitu tempat pertama dimenangi oleh NURUL IZZATI BINTI ABDU RAHMAN, diikuti tempat kedua dimenangi oleh NURUS SYAFAAH BINTI JAMALUL LAIL serta tempat ketiga dirangkul oleh peserta RAMONA SHAKIRAH BINTI ABD MUTALIB. Tiga lagi pemenang saguhati diterima oleh AMEER HUSAINI BIN NOREFFENDY, DINA MADIHAH BINTI ABD RAHMAN dan KISHAH A/P PRAKHASH. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung dan semoga kita akan berjumpa lagi di program yang sama pada LIB Day 2024!!!!

Meet & Greet Boss James

21 November 2023 (Selasa) – Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) menganjurkan Meet And Greet Boss James sempena PLH Day 2023 bertempat di Ruang Santai, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk. Sambutan yang sangat mengalakkan daripada warga UTeM dalam sesi perkongsian daripada influencer terkenal ini dapat memberi semangat dan nasihat yang sangat berguna kepada semua. Berikut merupakan gambar-gambar disekitar program berlangsung.

LIB Day 2023

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) menganjurkan PLH Day 2023 pada 21 – 23 November 2023 (Selasa – Khamis) dari jam 8.30 Pagi – 5.00 Petang bertempat di PLH, Kampus Induk. Pelbagai aktiviti-aktiviti disediakan sepanjang tiga hari program berlangsung. Berikut merupakan 13 aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program:-

  • Meet & Greet Boss James
  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Institutional Repository Quiz
  • Wheel of Fortune
  • Library Aerobics
  • Penalty Kick@PLH
  • Pertandingan Menu Sihat
  • Pertandingan Counter Strike 1.6
  • Pertandingan E-Sport FIFA 23
  • Pertandingan Kuiz Kahoot! Genius Info
  • Al-Qur’an Challenge
  • Pertandingan TikTok @PLH
  • Explore Race

Di samping itu, PLH juga menyediakan hadiah pengunjung bertuah sepanjang 3 hari. Setiap pertandingan mempunyai hadiah-hadiah yang menarik.

Jom beramai-ramai memeriahkan PLH Day 2023 💃🏻💃🏻💃🏻

Majlis Iftar Ihya’ Ramadan di di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM

Suasana Gotong-royong Persediaan Memasak, Majlis Iftar Ihya’ Ramadan di di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.

Pada 13 April 2023 / 22 Ramadan 1444H daripada gabungan PTj PLH, CIO dan PPPK telah bersama-sama berganding bahu menyiapkan juadah berbuka puasa dengan cara memasak dan makan iftar bertalam serta memasak bubur lambuk. Terdapat pembahagian empat kumpulan untuk melancarkan aktiviti gotong royong ini.  

Majlis Iftar Ihya’ Ramadan ini diadakan pada setiap tahun pada bulan Ramadan dengan membuat penyediaan makanan secara bergilir-gilir pada setiap hari mengikut jadual giliran di setiap PTj. Juadah yang disediakan ini akan dijamu kepada para pelajar dan kakitangan UTeM yang hadir ke Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.

Jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama padu yang diberikan kepada semua staf kerana menyahut cabaran menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan majlis iftar harian ini. Semoga dengan anjuran majlis di bulan yang mulia ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Semangat kebersamaan seperti ini yang kita perlu teruskan untuk membentuk sebuah keluarga PLH harmoni , bekerjasama dan bersatu hati. Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti gotong royong mengikut kumpulan bermula dari penyediaan bahan memasak, aktivti memasak, menghidang sehingga mengemas dan mencuci peralatan.

“Menjajar Universiti Melonja ke Hadapan”

TAHNIAH Kumpulan PLH Variant telah berjaya menerima PENARAFAN EMAS

Kumpulan PLH Variant telah berjaya menerima PENARAFAN EMAS dalam penyertaan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Malaysia 2022 Road To Beijing Siri 2 : ICQCC 2023 yang telah berlangsung pada 20 – 21 Mac 2023 bertempat di Hotel Swiss-Garden Bukit Bintang, Kuala Lumpur anjuran QKM Consults Sdn Bhd.

Syabas diucapkan kepada kumpulan PLH Variant yang telah memberikan komitmen yang padu dan berusaha dalam menempah kejayaan serta mengharumkan nama Perpustakaan Laman Hikmah (PLH). Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Talkshow@PLH & Bicara Amalan Hidup Sihat bertajuk “Menangani Kos Sara Hidup : Kesan dan Solusi”

Alhamdulillah selesai sudah program Talkshow@PLH & Bicara Amalan Hidup Sihat bertajuk “Menangani Kos Sara Hidup : Kesan dan Solusi” anjuran bersama Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dan Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar.

Program ini telah berlangsung di Ruang Santai, Aras 2, PLH bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari yang disampaikan oleh Puan Wan Nor Azmiza Mhd Nor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Encik Aimee Kamar Othman, Eksekutif Kanan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sesi talkshow ini bertujuan untuk berkongsi informasi dan mengupas isu-isu semasa selain merupakan salah satu langkah berterusan dalam memberi maklumat kepada warga kampus melalui pelbagai medium.

Tahniah atas lantikan sebagai Ketua Pustakawan

Perpustakaan Laman Hikmah mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH DAN SYABAS kepada Puan Siti Saluwa Jamal di atas pelantikan ke jawatan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Laman Hikmah berkuatkuasa 1 Mac 2023 sehingga 28 Februari 2026.

Pihak PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, puan dapat menerajui dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran puan untuk PLH khasnya dan UTeM secara amnya.

Semoga di atas kejayaan ini akan merealisasikan visi dan misi PLH demi kemajuan PLH dan Universiti.