TALKSHOW@PLH: KEPENTINGAN IMUNISASI COVID KEPADA MASYARAKAT

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Talkshow@PLH: Kepentingan Imunisasi COVID Kepada Masyarakat pada 29 Mac 2022 bermula jam 10.30 pagi sercara dalam talian menggunakan platform Webex dan FB live Perpustakaan Laman Hikmah. Sesi talkshow ini bertujuan untuk berkongsi informasi dan mengupas isu-isu semasa selain merupakan salah satu langkah berterusan dalam memberi maklumat kepada warga kampus melalui pelbagai medium. Taklimat program telah disampaikan oleh Dr. Abdul Hafiz Alias, beliau merupakan seorang Pegawai Perubatan Gred UD52 di Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah.
Secara menyeluruh, penganjuran program ini dilihat telah memberi pendedahan berkaitan kepentingan imunisasi terhadap masyarakat dan inisiatif yang dilaksanakan adalah sebagai usaha untuk memantapkan lagi pengisian aktiviti perkongsian maklumat, kepakaran dan khidmat nasihat untuk memperkayakan minda warga universiti dan masyarakat setempat.

Program ini berakhir pada jam 11.50 pagi dengan penyertaan seramai 157 orang meliputi pelajar, staf UTeM dan juga orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *