Majlis Perasmian Penutup Hari Terbuka UTeM 2022 Oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM bertempat di Ruang Santai, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk

Majlis Hari Terbuka UTeM 2022 telah diadakan selama tiga hari bermula pada 20 Jun hingga 22 Jun 2022 bertempat di Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk. Majlis Perasmian Penutup Hari Terbuka UTeM 2022 telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.

Majlis ini banyak memberi penerangan berkaitan program akademik dan peluang untuk melanjutkan pengajian di UTeM. Dengan penganjuran program ini dapat membantu para pelajar lepasan SPM/ STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Diploma dan setaraf dengannya untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah bagi membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Berikut merupakan gambar-gambar di sekitar majlis.

HARI TERBUKA UTeM 2022

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Hari Terbuka UTeM 2022 ‘Jom Pilih UTeM: UTeM Pilihanku’ diadakan pada 20 Jun 2022 sehingga 22 Jun 2022 (3 Hari) bertempat di Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk.

Pelajar sekolah, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, ADTEC, MARA, MISDEC dan Institut Perguruan Melaka telah dijemput hadir bagi mendapatkan penerangan berkaitan program akademik dan peluang untuk melanjutkan pengajian di UTeM. Konsultasi yang tepat diberikan mengenai program yang ditawarkan di UTeM dan pengunjung juga dibantu untuk membuat permohonan atau mengemaskini kemasukan ke UPU.

UTeM merupakan salah sebuah Universiti Awam dalam rangkaian MTUN (Malaysian Technical University Network) dan universiti teknikal yang pertama ditubuhkan di Malaysia.

Jom masuk UTeM!

Sesi Temuduga Pengambilan Kemahiran TVET Vokasional Malaysia oleh Alma Education Resources

Sesi Temuduga Pengambilan Kemahiran TVET Vokasional Malaysia oleh Alma Education Resources telah diadakan pada 17 Jun 2022 (Jumaat) pada jam 10.00 pagi yang bertempat di Ruang Tayangan, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk.

Untuk makluman, pihak Perpustakaan Laman Hikmah ada menyediakan sewaan bilik/ruang kepada pihak luar. Maklumat lanjut sila berhubung dengan Puan Suhadawati Binti Ahmad (06-2701248) atau Puan Norziyana Binti Hanipah (06-2701207).

Berikut merupakan gambar-gambar disekitar sesi temuduga berlangsung.