MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LISTAC KE-14 TAHUN 2022

29hb Mac 2022 (Rabu) – Kelab Staf Perpustakaan atau singkatannya LISTAC telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 yang diadakan di Bilik Tayangan, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa LISCTAC 2020/2022 serta ahli-ahli LISTAC seramai 52 orang. Majlis  telah dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi LISTAC iaitu Cik Rasida binti Abu Bakar. Seterusnya mesyuarat ini telah dirasmikan oleh En. Azman bin Hj. Ayup, Ketua Pustakawan Perpustakaan Laman Hikmah.

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membuat pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan LISTAC Ke-13 serta membentangkan usul-usul yang dicadangkan oleh ahli LISTAC dan mengesahkan Laporan Kewangan LISTAC sesi 2020/2022. Majlis ini juga diserikan dengan tayangan montaj aktiviti LISTAC serta disusuli dengan pembubaran ahli jawatankuasa LISTAC sesi 2020/2022.

Pemilihan ahli jawatankuasa LISTAC yang baru telah dijalankan secara e-voting, dimana ahli-ahli LISTAC perlu memilih 10 orang ahli jawatankuasa baharu secara atas talian. Empat jawatan tertinggi iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dipilih dalam kalangan 10 orang ahli jawatankuasa yang terpilih secara pembuangan undi ketika sesi pendaftaran kehadiran Mesyuarat Agung tersebut.

En. Muhammed Rashid bin Mat Derus telah dipilih sebagai Pengerusi baharu LISTAC, menggantikan Cik Rasida binti Abu Bakar manakala En. Mahadir bin Che Ali sebagai Naib Pengerusi. Jawatan setiausaha pula disandang oleh Puan Hasliza binti Mohammed manakala jawatan bendahari mendapat undian seri sebanyak 18 undi yang diperoleh kepada Cik Norazizah binti Md Tahir dan Puan Norshahila binti Che Din. Undian seri ini akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa AJK baharu LISTAC.

LISTAC yang ditubuhkan pada Ogos 2002, berperanan menjaga kebajikan ahli dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti hari keluarga, aktiviti kerohanian dan sumbangan kepada ahli seperti perkahwinan, kelahiran, masuk wad, kematian, perpisahan dan kegiatan sukan.

Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah serta majlis tamat pada jam 4.30 petang. Majlis ini sangat bagus dalam merapatkan ukhwah silaturrahim sesama ahli LISTAC. Semoga majlis seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *