AKTIVITI PROGRAM BULAN MEMBACA 2022 PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

Sempena Bulan Membaca pada April 2022, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik yang boleh dimanfaatkan oleh warga universiti. Program Bulan Membaca tersebut diadakan beberapa aktiviti seperti pameran oleh agensi kerajaan, Info Hunt, pertandingan TikTok Baca Bersama Untuk 10 Minit, Sesi Baca Bersama 10 Minit, Sesi Bedah Buku, ceramah agama dan World #QuranHour.

Bermula pada 19 April 2022, PLH telah menganjurkan Pertandingan INFO HUNT di mana terdapat pelbagai permainan yang disediakan sepanjang program berlangsung. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar UTeM sahaja dan terhad kepada 15 kumpulan (1 Kumpulan/ 2 peserta). Penyertaan adalah PERCUMA. Hadiah-hadiah menarik juga disediakan dari tempat pertama hingga ke tempat ke sepuluh. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

Pada hari yang sama 19 April 2022 Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan pameran Survei Pendapatan Perbelanjaan Isi Rumah & Kemudahan Asas di PLH. Pameran ini berlangsung selama 2 hari dari 19 hingga 20 April 2022.

Aktiviti seterusnya diadakan pada 21 April 2022 iaitu PLH Tiktok Challenge di mana peserta dikehendaki muat naik video ke dalam TikTok PLH. Hadiah yang disediakan dari tempat pertama hingga ke tempat ke lima.

Pada 22 April 2022 jam 9.00 pagi PLH telah menganjurkan Program Ceramah Agama bertajuk “Bersabarlah Dalam Menuntut Ilmu” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Iskandar Shah Bin Ab. Ahmid bertempat di Bilik Tayangan, Aras 2 Perpustakaan Laman Hikmah. Ceramah ini juga berlangsung secara Live di Facebook rasmi PLH dan seramai 96 orang telah menyertai program ceramah ini. Berikut merupakan gambar-gambar disekitar ceramah berlangsung.

Aktiviti ke-5 diadakan pada 26 April 2022 adalah World #QuranHour Interaksi bersama al-Quran dengan membaca surah al-Sajdah dari jam 12.00 hingga 1.00 petang. Bacaan al-Quran dipimpin oleh Ahmad Tarmizi bin Abdul Hadi merupakan kakitangan di PLH. Program ini diadakan secara bersemuka dan secara Live di Facebook rasmi PLH dan seramai 38 orang telah menyertai secara bersemuka dan secara dalam talian. Dibawah ini merupakan gambar-gambar semasa program berlangsung.

Aktiviti terakhir yang diadakan pada Program Bulan Membaca ialah Sesi Bedah Buku ‘Seperti Air Yang Mengalir’ yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi merupakan seorang penulis buku. Program ini diadakan pada 28 April 2022 jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi secara online menggunakan platform Webex dan FB Live. Seramai 103 orang telah menyertai program ini.

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together 10 Minutes

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together 10 Minutes akan diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tepat jam 11.00 pagi pada 21 April 2022 (Khamis), Perpustakaan Laman Hikmah telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang diadakan serentak seluruh negara dan justeru itu, seluruh warga UTeM meluangkan masa untuk membaca selama 10 minit tidak kira walau di mana mereka berada. Berhenti seketika dan bacalah! Hanya 10 minit sebagai tanda KOMITMEN semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Program ini adalah satu kempen peringkat nasional untuk mendorong rakyat Malaysia amnya dan seluruh warga UTeM khususnya bagi menjayakan aktiviti pembacaan dalam keadaan menyeronokkan sama ada di perpustakaan, di asrama, di rumah, di pusat membeli belah atau di mana-mana sahaja. 

#malaysiamembaca #utemmembaca #plhmembaca #bangkitmembaca #bersyukur.

Berikut merupakan gambar-gambar di sekitar Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.