PLH menduduki tempat pertama dalam Pertandingan PTj Terindah (Sudut 5ST)

Pertandingan PTj Terindah (Sudut 5ST) telah diadakan sempena Sambutan ke 22 Tahun Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Pertandingan ini berkonsepkan dekorasi ruang/sudut/papan kenyataan berdasarkan 5ST. Setiap PTj diberi masa dalam 3hari untuk menghias Sudut 5ST dan penilaian akan dibuat pada 2 Disember 2022 oleh kumpulan juri yang dilantik.

Pada 9 Disember 2022 penyampaian Hadiah bagi Pertandingan PTj Terindah Sudut 5 Strategik Trust (5ST) sempena Sambutan Ke 22 Tahun UTeM telah diumumkan.

Tempat Pertama (RM500) di menangi oleh Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Tempat Kedua (RM400) di menangi oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP)

Tempat Ketiga (RM300) di menangi oleh Pejabat Bendahari

Tempat Keempat (RM200) di menangi oleh Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF)

Tempat Kelima(RM100) di menangi oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Tahniah diucapkan kepada PLH kerana telah menjuarai pertandingan ini dan tahniah diucapkan kepada para pemenang PTj yang lain. Terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa PLH yang telah mencurahkan kreativiti dan usaha dalam menjayakan sudut 5 Strategik Trust (5ST) ini. Syabas untuk warga PLH!

Posted in December 2022 | Leave a comment

Bengkel Pelan Strategik Perpustakaan Laman Hikmah

AYER KEROH, 14 NOVEMBER 2022 – Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah mengadakan sambungan Bengkel Perancangan Strategik pada 14 November 2022 bertempat di Ayer Keroh Country Resort. Hari kedua bengkel ini tertangguh pada 11 Oktober 2022 yang lalu kerana menghormati pemergian Encik Azman Hj. Ayup, Ketua Pustakawan UTeM yang telah kembali kerahmatullah.  Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Mohd Faizal Hamzah, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Universiti Malaya dan dihadiri oleh pegawai kanan dan kakitangan PLH daripada setiap bahagian dan unit.

Objektif utama bengkel adalah memberikan kefahaman kepada pegawai dan kakitangan mengenai kepentingan perancangan strategik  sekaligus untuk membantu pihak PLH dalam merangka perancangan  strategik yang baru.

Penglibatan setiap peringkat kakitangan dalam bengkel ini adalah penting bagi memberikan peluang kepada kakitangan dalam membentangkan idea. Di samping itu juga, penglibatan mereka akan dapat memastikan keberkesanan dalam pelaksanaan pelan strategik ini nanti. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang pada hari yang sama.

Posted in November 2022 | Leave a comment

Kursus Penyelidikan “Writing A Systematic Literature Review (SLR) To Increase The Article Journal Impact”

Pada 26 Oktober 2022, Seksyen Penyelidikan & Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah mengadakan kursus penyelidikan yang bertajuk “Writing A Systematic Literature Review (SLR) To Increase The Article Journal Impact”secara dalam talian. Kursus yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah disampaikan oleh Dr. Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Pegawai Penyelidik Sosial Kanan, Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Proses menghasilkan artikel jurnal dan kertas persidangan memerlukan kemahiran penyelidik dan pelajar pascasiswazah menguasai kaedah menganalisis data statistik dengan baik. Penulisan artikel konseptual juga sangat penting dikuasai kerana ia akan menentukan kejayaan dan peluang penerimaan artikel dalam pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS).  Antara objektif utama kursus ini diadakan ialah membantu penyelidik merancang strategi penerbitan yang sistematik, meningkatkan bilangan penghasilan penerbitan jurnal yang berindeks Scopus dan WoS serta mendedahkan penyelidik dan pelajar pascasiswazah teknik menulis artikel jurnal yang menjadi pilihan editor jurnal. Sehubungan dengan itu, Seksyen Penyelidikan dan Maklumat telah memilih tajuk di atas supaya penyelidik dan pelajar pascasiswazah UTeM mempunyai kemahiran menulis artikel konseptual yang berkesan.

Peserta telah didedahkan dengan definisi dan konsep SLR serta perbezaan utama SLR dengan Literature Review (LR). Selain itu, penceramah turut berkongsi pengetahuan berkaitan penulisan artikel jurnal berdasarkan dua kategori utama iaitu artikel jurnal berdasarkan data penyelidikan dan artikel jurnal berdasarkan literature review. Merujuk kepada artikel jurnal berdasarkan literature review, boleh dibahagikan kepada tiga kaedah iaitu concept paper/narrative review, scoping review dan systematic literature review. Seramai 39 orang peserta yang merangkumi pelajar, staf UTeM dan peserta luar UTeM telah menjayakan kursus ini yang tamat pada jam 12.45 tengah hari.

Berikut adalah syot layar sekitar kursus penyelidikan berlangsung menerusi Cisco Webex.

Posted in October 2022 | Leave a comment

Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Pemadaman Kebakaran di Bangunan PLH, Kampus Induk UTeM 2022

Pada 28 Oktober 2022 satu latihan kebakaran diadakan di bangunan PLH, Kampus Induk bagi melatih serta menguji kecekapan kakitangan dan pelajar dalam menghadapi situasi bencana serta mempraktikkan diri bagaimana dalam suasana kecemasan kebakaran dan penyelamatan diri. Latihan ini dilakukan dengan kerjasama Pihak Bomba Ayer Keroh dengan cara membuat permohonan latihan kepada Ketua Balai Bomba Ayer Keroh. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan Bomba yang terlibat dan juga kepada kakitangan serta pelajar UTeM kerana telah berjaya dalam latihan yang dilakukan dengan baik serta latihan ini berakhir pada jam 11.00pagi.

Posted in October 2022 | Leave a comment

PROGRAM EKSPLORASI KRAF : PENGEMBANGAN ILMU SECARA OUT-REACH BERSAMA PELAJAR/WAKIL AGENSI/ KOMUNITI /ORANG AWAM

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan  Melaka yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya mempergiatkan usaha untuk memperkenalkan produk kraf tempatan bawah Program Eksplorasi Kraf: Pengembangan Ilmu Secara Out-Reach. Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan/pengetahuan secara asas dalam proses pembuatan produk kraf kepada pelajar/wakil agensi/komuniti/orang awam agar produk kraf terus kekal terpelihara dan dihargai oleh seluruh masyarat terutamanya generasi muda.

Program ini diadakan pada 18 Oktober 2022 bertempat di Ruang Santai Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk. Antara aktiviti yang diadakan adalah Pameran Produk Kraf – Ini Batik Malaysia, Demonstrasi Batik Canting, Interaktif Anyaman Rotan dan Interaktif Batik Ikat Celup.

Alhamdulillah program ini dapat dijayakan dengan baik dan ramai pengunjung dikalangan kakitangan UTeM daripada pelbagai jabatan dan pelajar-pelajar UTeM juga dari pelbagai fakulti. Program ini berakhir pada jam 4.00 petang dan diucapkan jutaan terima kasih kepada Kraftangan Malaysia Cawangan  Melaka kerana sudi bekerjasama dalam program yang sangat menarik ini.

Posted in October 2022 | Leave a comment

Pertandingan Permainan Elektronik Playstation PS4 2022 Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 19 Oktober 2022 Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan Pertandingan Permainan Elektronik Playstation PS4 yang bertempat di Ruang Santai PLH. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga UTeM. Penyertaan amat memberangsangkan dari kalangan kakitangan dan pelajar UTeM. Kejohanan ini akan dimainkan dengan menggunakan FIFA 22.

Posted in October 2022 | Leave a comment

PLH Team Building 2022

Port Dickson, 1 Oktober 2022 – Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan PLH Team Building 2022 selama 2 hari 1 malam bermula 1 hingga 2 Oktober 2022 di D’Wharf Hotel & Serviced Residence. Para peserta mengalami pengalaman yang menyeronokkan dan program ini menyentuh aspek menguji minda yang akan membantu para peserta memiliki minda yang hebat, berfikir di luar kotak pemikiran, berani berubah serta dapat melawan ujian dan cabaran khususnya dapat dipraktikkan di tempat kerja untuk menjadi individu yang lebih cemerlang.

Pelbagai aktiviti outdoor telah diadakan sepanjang program kerana ia adalah elemen keseronokan dalam program yang dijalankan.

Acara hari keluarga diakhiri dengan majlis makan malam dan penyampaian hadiah kepada pemenang dan juga cabutan bertuah.

Posted in October 2022 | Leave a comment

Kursus Library Transformation And Moving Beyond 

Pada 26-27 September 2022, Unit Latihan dan Penjanaan, Bahagian Pembangunan Bakat, Pejabat Pendaftar UTeM telah menganjurkan Kursus Library Transformation And Moving Beyond secara bersemuka yang bertempat di Bilik Tayangan Perpustakaan Laman Hikmah.  Kursus ini disampaikan oleh Puan Shamsiah binti Abu Bakar, Timbalan Ketua Pustakawan Universiti Malaya dan seramai 48 orang kakitangan Perpustakaan Laman Hikmah terlibat dalam pengajuran kursus ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempelajari mengenai transformasi sikap kepimpinan dan tangungjawab setiap kakitangan dalam organisasi yang memainkan peranan penting dalam keberhasilan proses transformasi Perpustakaan. Hasil daripada pembelajaran kursus ini, diharapkan semua peserta dapat memahami dan mempraktikkan kaedah terbaik dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi supaya ianya dapat memberi impak positif kepada seluruh oraganisasi.

Posted in September 2022 | Leave a comment

Lawatan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Bin Shaharom, Profesor Adjung, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pada 19 Ogos 2022, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menerima kunjungan daripada YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Bin Shaharom, Profesor Adjung, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Pihak PLH mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi Laman Sasterawan Universiti bertempat di Aras 3, Perpustakaan Laman Hikmah seterusnya menghadiahkan sumbangan buku koleksi peribadi beliau kepada Perpustakaan.

YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Bin Shaharom meluangkan masa melawat Laman Sasterawan Universiti yang bertempat di aras 3 bangunan PLH, Kampus Induk UTeM. Laman Sasterawan Universiti ini menampilkan sudut Adjung yang menempatkan koleksi penerbitan beliau bagi menghargai sumbangan golongan ini dalam bidang penulisan.

Berikut merupakan gambar-gambar sesi lawatan beliau di PLH dan lawatan ini berakhir pada 12.45 tengahari.

Posted in August 2022 | Leave a comment

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG & ANUGERAH JASA BAKTI 2021

Tahniah diucapkan kepada empat orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bagi tahun 2021 iaitu Puan Suhadawati Binti Ahmad, Puan Hasliza Binti Mohamed, Encik Mohamed Rashid Bin Mat Derus dan Puan Suzana Binti Lazim di atas pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2021.

Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada enam orang staf Perpustakaan Laman Hikmah iaitu Encik Noor Rahman Jamiah Bin Jalil, Encik Muhammad Rashid Bin Mat Derus, Encik Ahmad Bin Abu Bakar, Encik Zulkarnaen Bin Mahat, Puan Norfahrizan Binti Juhari dan Puan Khairunnisa Binti Abdullah di atas penerimaan Anugerah Jasa Bakti iaitu 20 tahun perkhidmatan.

Kesemua penerima anugerah telah diraikan di dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Sanjungan Jasa Universiti 2021 yang telah diadakan pada 29 Julai 2021 yang lalu bertempat di Dewan Canselor, UTeM.

Semoga kejayaan ini dapat menjadi pendorong kepada staf perpustakaan yang lain untuk terus cemerlang dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan pada masa akan datang.

Posted in July 2022 | Leave a comment