Perkongsian Pelaksanaan Migrasi Sistem Perpustakaan Bersepadu Dari ILMU Ke KOHA di PLH

Pada 8 Februari 2023, Sektor Sumber Maklumat Penyelidikan, Institut Kesihatan Negara seramai 9 orang staf yang diketuai oleh ketua sektor, Encik Wan Mohamad Fazali bin Mohd Salleh telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) UTeM. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pelaksanaan migrasi sistem perpustakaan bersepadu dari ILMU ke KOHA.

Kehadiran delegasi lawatan ini dimulai dengan kata-kata aluan daripada Puan Siti Saluwa binti Jamal, Timbalan Ketua Pustakawan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PLH. Seterusnya, Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat (BSTM) yang terdiri daripada Encik Mahadir bin Che Ali, Ketua Bahagian BSTM, Encik Mohamad Rashid bin Jantan, Ketua Seksyen Pengurusan Sistem & Aplikasi dan Encik Mohd Ikbar bin Jabbar telah memberikan taklimat perkongsian pengalaman dan pelaksanaan migrasi sistem perpustakaan bersepadu ILMU ke KOHA yang diantaranya :-     

  • Latar belakang : Sistem ILMU di PLH
  • Faktor penting dalam membuat perancangan menggunakaj sistem KOHA
  • Perbandingan ciri-ciri sistem ILMU dan KOHA.
  • Persediaan migrasi sistem
  • Pelaksanaan sistem KOHA di PLH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *