Pada 26 Oktober 2022, Seksyen Penyelidikan & Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah mengadakan kursus penyelidikan yang bertajuk “Writing A Systematic Literature Review (SLR) To Increase The Article Journal Impact”secara dalam talian. Kursus yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah disampaikan oleh Dr. Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Pegawai Penyelidik Sosial Kanan, Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Proses menghasilkan artikel jurnal dan kertas persidangan memerlukan kemahiran penyelidik dan pelajar pascasiswazah menguasai kaedah menganalisis data statistik dengan baik. Penulisan artikel konseptual juga sangat penting dikuasai kerana ia akan menentukan kejayaan dan peluang penerimaan artikel dalam pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS). Antara objektif utama kursus ini diadakan ialah membantu penyelidik merancang strategi penerbitan yang sistematik, meningkatkan bilangan penghasilan penerbitan jurnal yang berindeks Scopus dan WoS serta mendedahkan penyelidik dan pelajar pascasiswazah teknik menulis artikel jurnal yang menjadi pilihan editor jurnal. Sehubungan dengan itu, Seksyen Penyelidikan dan Maklumat telah memilih tajuk di atas supaya penyelidik dan pelajar pascasiswazah UTeM mempunyai kemahiran menulis artikel konseptual yang berkesan.
Peserta telah didedahkan dengan definisi dan konsep SLR serta perbezaan utama SLR dengan Literature Review (LR). Selain itu, penceramah turut berkongsi pengetahuan berkaitan penulisan artikel jurnal berdasarkan dua kategori utama iaitu artikel jurnal berdasarkan data penyelidikan dan artikel jurnal berdasarkan literature review. Merujuk kepada artikel jurnal berdasarkan literature review, boleh dibahagikan kepada tiga kaedah iaitu concept paper/narrative review, scoping review dan systematic literature review. Seramai 39 orang peserta yang merangkumi pelajar, staf UTeM dan peserta luar UTeM telah menjayakan kursus ini yang tamat pada jam 12.45 tengah hari.
Berikut adalah syot layar sekitar kursus penyelidikan berlangsung menerusi Cisco Webex.




