Perkongsian Pelaksanaan Migrasi Sistem Perpustakaan Bersepadu Dari ILMU Ke KOHA di PLH

Pada 8 Februari 2023, Sektor Sumber Maklumat Penyelidikan, Institut Kesihatan Negara seramai 9 orang staf yang diketuai oleh ketua sektor, Encik Wan Mohamad Fazali bin Mohd Salleh telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) UTeM. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pelaksanaan migrasi sistem perpustakaan bersepadu dari ILMU ke KOHA.

Kehadiran delegasi lawatan ini dimulai dengan kata-kata aluan daripada Puan Siti Saluwa binti Jamal, Timbalan Ketua Pustakawan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PLH. Seterusnya, Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat (BSTM) yang terdiri daripada Encik Mahadir bin Che Ali, Ketua Bahagian BSTM, Encik Mohamad Rashid bin Jantan, Ketua Seksyen Pengurusan Sistem & Aplikasi dan Encik Mohd Ikbar bin Jabbar telah memberikan taklimat perkongsian pengalaman dan pelaksanaan migrasi sistem perpustakaan bersepadu ILMU ke KOHA yang diantaranya :-     

  • Latar belakang : Sistem ILMU di PLH
  • Faktor penting dalam membuat perancangan menggunakaj sistem KOHA
  • Perbandingan ciri-ciri sistem ILMU dan KOHA.
  • Persediaan migrasi sistem
  • Pelaksanaan sistem KOHA di PLH

Taklimat Penggunaan Pangkalan Data SciVal dan InCites

SciVal adalah pangkalan data yang menilai dan menganalisis prestasi penyelidikan institusi di seluruh dunia dengan menggunakan Scopus. Selain itu, SciVal menunjukkan penanda aras dengan menggunakan metrik, mengenalpasti kerjasama yang berpotensi dan visualisasi prestasi penyelidikan.

QS World University Rankings pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004. Penarafan ini telah disertai lebih daripada 2,000 institusi dan telah memberi penarafan lebih daripada 800 institusi di seluruh dunia. Sehingga tahun 2022, UTeM giat menyusun strategi berimpak supaya memenuhi kriteria dalam QS World University Rankings 2023. Lanjutan daripada itu, pada 26 Januari 2023, Bahagian Penyelidikan & Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menghadiri taklimat penggunaan pangkalan data SciVal dan InCites di Bilik Perbincangan, Pusat Sitasi dan Infometrik (PSI), Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Sesi taklimat ini melibatkan staf berikut:

i. Rasida Binti Abu Bakar, Pustakawan Kanan, PLH

ii. Mohd Mawardi Bin Badruddin, Pustakawan Kanan, PLH

iii. Hasliza Binti Mohamed, Pustakawan Kanan, PLH

iv. Mohd Arif Bin Mohd Azman,Pegawai Penyelidik, Pusat Pengurusan Penyelidikan

    dan Inovasi (CRIM)

Sesi taklimat bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Yazid Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Unit Analitik Data, PSI. Objektif utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan dan memberi bimbingan kepada pustakawan menggunakan pangkalan data SciVal dan InCites yang dilanggan oleh PSI dengan lebih berkesan. Selain itu, pangkalan data SciVal sangat signifikan dalam proses menjana data penerbitan bibiliometrik UTeM dengan lebih efektif dan efisien.

Staf PLH tekun mengakses InCites
Staf PLH bersama Penolong Pengarah Kanan, Unit Analitik Data, PSI
Staf CRIM & PLH bersama Penolong Pengarah Kanan, Unit Analitik Data, PSI