SciVal adalah pangkalan data yang menilai dan menganalisis prestasi penyelidikan institusi di seluruh dunia dengan menggunakan Scopus. Selain itu, SciVal menunjukkan penanda aras dengan menggunakan metrik, mengenalpasti kerjasama yang berpotensi dan visualisasi prestasi penyelidikan.
QS World University Rankings pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004. Penarafan ini telah disertai lebih daripada 2,000 institusi dan telah memberi penarafan lebih daripada 800 institusi di seluruh dunia. Sehingga tahun 2022, UTeM giat menyusun strategi berimpak supaya memenuhi kriteria dalam QS World University Rankings 2023. Lanjutan daripada itu, pada 26 Januari 2023, Bahagian Penyelidikan & Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menghadiri taklimat penggunaan pangkalan data SciVal dan InCites di Bilik Perbincangan, Pusat Sitasi dan Infometrik (PSI), Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Sesi taklimat ini melibatkan staf berikut:
i. Rasida Binti Abu Bakar, Pustakawan Kanan, PLH
ii. Mohd Mawardi Bin Badruddin, Pustakawan Kanan, PLH
iii. Hasliza Binti Mohamed, Pustakawan Kanan, PLH
iv. Mohd Arif Bin Mohd Azman,Pegawai Penyelidik, Pusat Pengurusan Penyelidikan
dan Inovasi (CRIM)
Sesi taklimat bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Yazid Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Unit Analitik Data, PSI. Objektif utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan dan memberi bimbingan kepada pustakawan menggunakan pangkalan data SciVal dan InCites yang dilanggan oleh PSI dengan lebih berkesan. Selain itu, pangkalan data SciVal sangat signifikan dalam proses menjana data penerbitan bibiliometrik UTeM dengan lebih efektif dan efisien.



