Majlis Meraikan CIO & Staf PLH 2021

Satu Majlis Jamuan diadakan pada 02 Disember 2021 bagi meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020, Kenaikan Pangkat Staf dan Majlis Perpisahan CIO serta Staf yang berpindah ke PTj lain bertempat di Bilik Tayang, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH). Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab LISTAC dan dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Ketua Pustakawan iaitu En. Azman bin Hj. Ayup serta diserikan dengan tayangan montaj. Sebagai tanda penghargaan, turut disampaikan cenderahati kepada CIO dan staf yang telah berpindah ke PTj lain. Majlis dimeriahkan dengan jamuan makan dan diikuti dengan sesi fotografi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Dengan adanya majlis sebegini, diharapkan persahabatan dikalangan kakitangan PLH amnya dan ahli kelab LISTAC khususnya berkekalan serta ukhuwah yang terbina akan memberi seribu kenangan manis bersama.

Posted in December 2021 | Leave a comment

Sekalung Tahniah!

Pihak Pengurusan Perpustakaan Laman Hikmah dengan ini mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada En. Muhammad Hafeez bin Zainudin & Pn. Zuraidah binti Amar  di atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pustakawan di Gred S32.

Pihak Pengurusan PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, tuan/puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran kerjaya tuan/puan di masa akan datang.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua staf PLH untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Tahniah & Selamat Maju Jaya!

Posted in December 2021 | Leave a comment

Happy Deepavali

Deepavali atau Diwali merupakan Festival Cahaya yang disambut secara tahunan. Festival ini dirayakan oleh semua yang beragama Hindu. Pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang merayakannya. Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua. Eratkanlah ikatan yang harmoni dan mesra walaupun dalam situasi kehidupan norma baharu. HAPPY DEEPAVALI!

Posted in November 2021 | Leave a comment

TAHNIAH DI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI KETUA PUSTAKAWAN

Perpustakaan Laman Hikmah mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH DAN SYABAS kepada En. Azman bin Hj.Ayup di atas pelantikan ke jawatan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Laman Hikmah berkuatkuasa 11 Oktober 2021.

Pihak PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, tuan dapat menerajui dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran tuan untuk PLH khasnya dan UTeM secara amnya.

Semoga di atas kejayaan ini akan merealisasikan visi dan misi PLH demi kemajuan PLH dan Universiti.

Posted in October 2021 | Leave a comment

TAHNIAH!

Pihak Pengurusan Perpustakaan Laman Hikmah dengan ini mengucapkan TAHNIAH  kepada En. Shazley bin Sabhibuddin, En. Mohd Siddiq Azizi bin Jais, En. Mohd Thaqif bin Mohd Isa & Pn. Siti Syahira binti Ab Rahim  di atas kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pustakawan Kanan di Gred S22.

Pihak Pengurusan PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, tuan/puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran kerjaya tuan/puan di masa akan datang.

Tahniah & Selamat Maju Jaya!

Posted in September 2021 | Leave a comment

PROGRAM ICT TRAINING@PLH

Seksyen Automasi , Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah mengadakan ICT Training@PLH pada 23 September 2021 (Khamis) jam 10.00 pagi melalui platform webex. Sesi ini bertujuan untuk memberikan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran kepada staf bagi mengukuhkan keselamatan ICT di pejabat. Program ini adalah langkah asas untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dengan baik serta mempelajari penyediaan komputer (PC setup), Rangkaian (Networking/LAN), Antivirus C Cleaner, Fail Sandaran (back up file), Sistem Maklumat Fasiliti (SMF) dan tatacara membuat aduan kerosakan komputer melalui Laman Hikmah e-Report System (LHeRS). Seramai 18 orang staf PLH telah menghadiri program ini dan program berakhir pada jam 11.30 pagi.





Posted in September 2021 | Leave a comment

TALKSHOW@LIBRARY: KISAH PEMANDI JENAZAH COVID-19

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Talkshow@Library : ‘Kisah Pemandi Jenazah Covid-19’ pada 8 September 2021 bermula jam 10.30 pagi sercara dalam talian menggunakan platform Webex dan FB live Perpustakaan Laman Hikmah.

Taklimat program telah disampaikan oleh Puan Siti Rasidah binti Abdul Radzaz, beliau merupakan seorang Peguam di Firma Guaman Siti Afidda & Ariffin, Johor Bahru.
Walaupun begitu komited dengan kerjaya dalam bidang undang-undang, tidak ramai tahu sebenarnya beliau mempunyai pekerjaan kedua iaitu merupakan Pemandi Jenazah Wanita dari Badan Pengurusan Jenazah Alkauthar.Talkshow ini berkongsi maklumat dan menceritakan pengalaman beliau mengenai pengurusan jenazah pesakit Covid-19 dan cara pengurusan mayat serta mendedahkan realiti sebenar di sebalik pekerjaan dalam bidang ini. Sepanjang program ini berlangsung terdapat banyak sesi soal jawab antara penonton dengan penceramah yang begitu ingin tahu cara-cara jenaza pesakit Covid-19 diuruskan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan sehingga jenazah dikebumikan.

Secara menyeluruh, penganjuran program ini dilihat telah memberi pendedahan berkaitan isu-isu semasa dan berkongsi maklumat dengan warga universiti serta menjadi pemangkin semangat untuk lebih ramai menyertai pengurusan jenazah yang merupakan salah satu fardu kifayah ke atas umat Islam. Semua pihak daripada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat boleh turut serta.

Program ini berakhir pada jam 11.40 pagi dengan penyertaan seramai 161 orang meliputi pelajar, staf UTeM dan juga orang awam.

Posted in September 2021 | Leave a comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64

Tanggal 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan negara kita yang disambut pada setiap tahun. Tahun ini merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Kemerdekaan secara sederhana berikutan Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Namun yang demikian ianya tidak mematahkan semangat Rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh meriah pada setiap tahun. Menjelang bulan Ogos ramai yang akan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, taman perumahan dan organisasi-organisasi lain. Disamping itu juga, banyak aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan secara virtual seperti mengadakan program bual bicara kemerdekaan dan lain-lain. Tidak terkecuali juga pihak Perpustakaan Laman Hikmah menganjurkan Kuiz Online Merdeka 2021 yang telah berlangsung pada 30 Ogos 2021. Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang diadakan ini banyak memberikan kebaikkan dan memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan dikehendaki untuk mendapatkannya iaitu melalui pengorbanan yang sebenar-benar pengorbanan.”

  • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 bertemakan Malaysia Prihatin. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

  • Ikhlas daripada Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM
Posted in August 2021 | Leave a comment

Lawatan Sambil Belajar Secara Maya Oleh 2 Pusat Sumber Sekolah Iaitu SK Paya Rumput Dan SK Ayer Merbau

Pada 18 Ogos 2021 sekitar jam 2.30 hingga 4.30 petang Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) menerima kunjugan lawatan sambil belajar secara maya oleh 2 Pusat Sumber Sekolah iaitu SK Paya Rumput dan SK Ayer Merbau, Melaka. Lawatan ini terdiri daripada 7 orang guru dan 89 orang murid.

Lawatan ini juga diberi penerangan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di PLH. Pengunjung juga dibawa melihat ruang-ruang dan koleksi-koleksi bahan bacaan yang terdapat di dalam bangunan PLH secara maya pada setiap aras.

Selain itu, pengunjung juga akan didedahkan dengan cara-cara pengoperasian, sekali gus dapat memberikan pengetahuan dan impak pemahaman yang lebih efektif berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan. Diharap program ini dapat memberi input berguna untuk merealisasikan hasrat murni bagi melahirkan pengawas pusat sumber yang berkebolehan serta melahirkan insan yang cemerlang dan berupaya mencapai potensi diri di kalangan pelajar-pelajar.

Terima kasih kerana sudi melawat PLH secara maya dan semoga kedua-dua sekolah dapat melahirkan pengawas pusat sumber yang berkebolehan seperti yang diharapkan.

Posted in August 2021 | Leave a comment

KURSUS MARKETING & PROMOTION : AN ACADEMIC LIBRARY PERSPECTIVE

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah menganjurkan Kursus Marketing & Promotion : An Academic Library Perspective selama dua hari pada tarikh 27 Julai 2021 sehingga 28 Julai 2021 secara secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Kursus ini disampaikan oleh Dr. Ghazali Mohamed Fadzil iaitu Perunding Dan Pengumpul, Gkm Consultancy Services. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempelajari penentuan kaedah mempromosi dan memasarkan perkhidmatan perpustakaan akademik dan telah dihadiri oleh 52 orang staf PLH.

Objektif kursus ini dianjurkan adalah untuk:

  • Memahami kaedah dan strategi promosi dan pemasaran yang cekap dan berkesan.
  • Membina keupayaan mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik.
  • Membina keyakinan diri dalam memperolehi ilmu dan maklumat untuk promosi dan pemasaran.
  • Mendapatkan kaedah paling efektif dalam membuat promosi dan pemasaran seterusnya menarik minat pengguna.

Hasil daripada pembelajaran kursus ini, diharapkan semua peserta dapat memahami dan mempraktikkan kaedah terbaik dalam membuat promosi dan memasarkan perkhidmatan perpustakaan akademik agar ianya dapat memberi impak positif kepada semua pengguna.

Posted in August 2021 | Leave a comment