TAHNIAH!

Pihak Pengurusan Perpustakaan Laman Hikmah dengan ini mengucapkan TAHNIAH  kepada En. Shazley bin Sabhibuddin, En. Mohd Siddiq Azizi bin Jais, En. Mohd Thaqif bin Mohd Isa & Pn. Siti Syahira binti Ab Rahim  di atas kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pustakawan Kanan di Gred S22.

Pihak Pengurusan PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, tuan/puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran kerjaya tuan/puan di masa akan datang.

Tahniah & Selamat Maju Jaya!

PROGRAM ICT TRAINING@PLH

Seksyen Automasi , Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah mengadakan ICT Training@PLH pada 23 September 2021 (Khamis) jam 10.00 pagi melalui platform webex. Sesi ini bertujuan untuk memberikan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran kepada staf bagi mengukuhkan keselamatan ICT di pejabat. Program ini adalah langkah asas untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dengan baik serta mempelajari penyediaan komputer (PC setup), Rangkaian (Networking/LAN), Antivirus C Cleaner, Fail Sandaran (back up file), Sistem Maklumat Fasiliti (SMF) dan tatacara membuat aduan kerosakan komputer melalui Laman Hikmah e-Report System (LHeRS). Seramai 18 orang staf PLH telah menghadiri program ini dan program berakhir pada jam 11.30 pagi.





TALKSHOW@LIBRARY: KISAH PEMANDI JENAZAH COVID-19

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Talkshow@Library : ‘Kisah Pemandi Jenazah Covid-19’ pada 8 September 2021 bermula jam 10.30 pagi sercara dalam talian menggunakan platform Webex dan FB live Perpustakaan Laman Hikmah.

Taklimat program telah disampaikan oleh Puan Siti Rasidah binti Abdul Radzaz, beliau merupakan seorang Peguam di Firma Guaman Siti Afidda & Ariffin, Johor Bahru.
Walaupun begitu komited dengan kerjaya dalam bidang undang-undang, tidak ramai tahu sebenarnya beliau mempunyai pekerjaan kedua iaitu merupakan Pemandi Jenazah Wanita dari Badan Pengurusan Jenazah Alkauthar.Talkshow ini berkongsi maklumat dan menceritakan pengalaman beliau mengenai pengurusan jenazah pesakit Covid-19 dan cara pengurusan mayat serta mendedahkan realiti sebenar di sebalik pekerjaan dalam bidang ini. Sepanjang program ini berlangsung terdapat banyak sesi soal jawab antara penonton dengan penceramah yang begitu ingin tahu cara-cara jenaza pesakit Covid-19 diuruskan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan sehingga jenazah dikebumikan.

Secara menyeluruh, penganjuran program ini dilihat telah memberi pendedahan berkaitan isu-isu semasa dan berkongsi maklumat dengan warga universiti serta menjadi pemangkin semangat untuk lebih ramai menyertai pengurusan jenazah yang merupakan salah satu fardu kifayah ke atas umat Islam. Semua pihak daripada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat boleh turut serta.

Program ini berakhir pada jam 11.40 pagi dengan penyertaan seramai 161 orang meliputi pelajar, staf UTeM dan juga orang awam.