Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64

Tanggal 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan negara kita yang disambut pada setiap tahun. Tahun ini merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Kemerdekaan secara sederhana berikutan Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Namun yang demikian ianya tidak mematahkan semangat Rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh meriah pada setiap tahun. Menjelang bulan Ogos ramai yang akan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, taman perumahan dan organisasi-organisasi lain. Disamping itu juga, banyak aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan secara virtual seperti mengadakan program bual bicara kemerdekaan dan lain-lain. Tidak terkecuali juga pihak Perpustakaan Laman Hikmah menganjurkan Kuiz Online Merdeka 2021 yang telah berlangsung pada 30 Ogos 2021. Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang diadakan ini banyak memberikan kebaikkan dan memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan dikehendaki untuk mendapatkannya iaitu melalui pengorbanan yang sebenar-benar pengorbanan.”

  • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 bertemakan Malaysia Prihatin. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

  • Ikhlas daripada Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *