TALKSHOW@LIBRARY: KISAH PEMANDI JENAZAH COVID-19

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Talkshow@Library : ‘Kisah Pemandi Jenazah Covid-19’ pada 8 September 2021 bermula jam 10.30 pagi sercara dalam talian menggunakan platform Webex dan FB live Perpustakaan Laman Hikmah.

Taklimat program telah disampaikan oleh Puan Siti Rasidah binti Abdul Radzaz, beliau merupakan seorang Peguam di Firma Guaman Siti Afidda & Ariffin, Johor Bahru.
Walaupun begitu komited dengan kerjaya dalam bidang undang-undang, tidak ramai tahu sebenarnya beliau mempunyai pekerjaan kedua iaitu merupakan Pemandi Jenazah Wanita dari Badan Pengurusan Jenazah Alkauthar.Talkshow ini berkongsi maklumat dan menceritakan pengalaman beliau mengenai pengurusan jenazah pesakit Covid-19 dan cara pengurusan mayat serta mendedahkan realiti sebenar di sebalik pekerjaan dalam bidang ini. Sepanjang program ini berlangsung terdapat banyak sesi soal jawab antara penonton dengan penceramah yang begitu ingin tahu cara-cara jenaza pesakit Covid-19 diuruskan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan sehingga jenazah dikebumikan.

Secara menyeluruh, penganjuran program ini dilihat telah memberi pendedahan berkaitan isu-isu semasa dan berkongsi maklumat dengan warga universiti serta menjadi pemangkin semangat untuk lebih ramai menyertai pengurusan jenazah yang merupakan salah satu fardu kifayah ke atas umat Islam. Semua pihak daripada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat boleh turut serta.

Program ini berakhir pada jam 11.40 pagi dengan penyertaan seramai 161 orang meliputi pelajar, staf UTeM dan juga orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *