Lawatan Sambil Belajar Secara Maya Oleh 2 Pusat Sumber Sekolah Iaitu SK Paya Rumput Dan SK Ayer Merbau

Pada 18 Ogos 2021 sekitar jam 2.30 hingga 4.30 petang Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) menerima kunjugan lawatan sambil belajar secara maya oleh 2 Pusat Sumber Sekolah iaitu SK Paya Rumput dan SK Ayer Merbau, Melaka. Lawatan ini terdiri daripada 7 orang guru dan 89 orang murid.

Lawatan ini juga diberi penerangan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di PLH. Pengunjung juga dibawa melihat ruang-ruang dan koleksi-koleksi bahan bacaan yang terdapat di dalam bangunan PLH secara maya pada setiap aras.

Selain itu, pengunjung juga akan didedahkan dengan cara-cara pengoperasian, sekali gus dapat memberikan pengetahuan dan impak pemahaman yang lebih efektif berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan. Diharap program ini dapat memberi input berguna untuk merealisasikan hasrat murni bagi melahirkan pengawas pusat sumber yang berkebolehan serta melahirkan insan yang cemerlang dan berupaya mencapai potensi diri di kalangan pelajar-pelajar.

Terima kasih kerana sudi melawat PLH secara maya dan semoga kedua-dua sekolah dapat melahirkan pengawas pusat sumber yang berkebolehan seperti yang diharapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *