Lawatan Penanda Aras Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Perpustakaan Laman Hikmah UTeM

Lawatan Penanda Aras dan kunjungan kehormat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Perpustakaan Laman Hikmah UTeM pada 22 Disember 2021 seramai 4 orang yang terdiri daripada Tn. Hj. Azman Hashim, Ketua Pustakawan, Ts. Amirul Firdaus Bin Zilah, Pn. Raihana Sulaiman dan Pn. Siti Hajar Hashim dari Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

En. Azman bin Hj. Ayup, Ketua Pustakawan memberi taklimat mengenai Perpustakaan Laman Hikmah dan lawatan ini berfokus kepada perkongsian pengalaman antara kedua belah pihak dan jaringan kerjasama dua hala antara Perpustakaan Laman Hikmah UTeM dan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Research Workshop: Designing Research Paper for Q1 Publication

Seksyen Rujukan, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan Research Workshop: Designing Research Paper for Q1 Publication pada 24 November 2021 (Rabu) jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang melalui platform webex. Penceramah bagi Research Workshop ini adalah Profesor Dr. Rizalman Bin Mamat dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Penyertaan adalah daripada warga UTeM dan turut dibuka kepada peserta dari luar UTeM yang terdiri daripada staf akademik, penyelidik dan pelajar pasca siswazah.

Sesi ini bertujuan menyokong hasrat universiti dalam menghasilkan penerbitan berimpak tinggi serta meningkatkan visibiliti UTeM dengan menganjurkan Research Workshop setiap tahun yang bermula pada tahun 2016 sehingga kini. Program ini mengulas mengenai topik bengkel yang merangkumi:

i) Introduction to journal & index

ii) Writing good article with ethics

iii) Tips & trick on journal writing

iv) Select & submit your article

v) Response to reviewer

Selain daripada itu, antara isu yang ditekankan semasa bengkel adalah Beware of Predatory Journal semasa memilih jurnal yang sesuai untuk manuskrip artikel serta menekankan strategi dan format dalam menulis penerbitan Q1 yang merangkumi cara menulis tajuk artikel, penggunaan afiliasi, format abstrak, penggunaan kata kunci yang sesuai, pengenalan, eksperimen/simulation setup, dapatan yang diperolehi dari kajian, kesimpulan, penghargaan serta memilih rujukan yang sesuai dalam artikel. Selain itu, diterangkan juga kesilapan yang perlu dielakkan oleh penyelidik semasa menulis artikel bagi membolehkan artikel diterima oleh editor.

Seramai 26 orang peserta telah menghadiri program ini dan program berakhir pada jam 1.00 petang.

Majlis Meraikan CIO & Staf PLH 2021

Satu Majlis Jamuan diadakan pada 02 Disember 2021 bagi meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020, Kenaikan Pangkat Staf dan Majlis Perpisahan CIO serta Staf yang berpindah ke PTj lain bertempat di Bilik Tayang, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH). Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab LISTAC dan dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Ketua Pustakawan iaitu En. Azman bin Hj. Ayup serta diserikan dengan tayangan montaj. Sebagai tanda penghargaan, turut disampaikan cenderahati kepada CIO dan staf yang telah berpindah ke PTj lain. Majlis dimeriahkan dengan jamuan makan dan diikuti dengan sesi fotografi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Dengan adanya majlis sebegini, diharapkan persahabatan dikalangan kakitangan PLH amnya dan ahli kelab LISTAC khususnya berkekalan serta ukhuwah yang terbina akan memberi seribu kenangan manis bersama.

Sekalung Tahniah!

Pihak Pengurusan Perpustakaan Laman Hikmah dengan ini mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada En. Muhammad Hafeez bin Zainudin & Pn. Zuraidah binti Amar  di atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pustakawan di Gred S32.

Pihak Pengurusan PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, tuan/puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran kerjaya tuan/puan di masa akan datang.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua staf PLH untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Tahniah & Selamat Maju Jaya!