Membezakan Berfikir Dengan Otak Kanan dan Kiri

 

Eksperimen telah menunjukkan bahawa kedua bahagian yang berbeza dari otak menyumbang kepada perilaku pemikiran yang berlainan.

 

Otak Kiri:

  • Mengawal tubuh bahagian kiri
  • Kemahiran nombor
  • Kemahiran Matematik / Sains
  • Menganalisa
  • Objek
  • Menulis
  • Berbicara
  • Logik
  • Pertimbangan

Otak Kanan:

  • Mengawal tubuh bahagian kanan
  • Bentuk 3 dimensi
  • Muzik dan Seni
  • Kesatuan
  • Subjek
  • Imiginasi
  • Intuisi
  • Kreativiti
  • Emosi

 

 

Menurut teori ini, otak kanan bertanggungjawab secara rawak, intuitif, holistik, menyatukan dan berfikir subjektif. Sedangkan otak kiri mempunyai peranan untuk berfikir secara logik, rasional, analitik dan objektif. Kebanyakan individu mempunyai pilihan yang berbeza untuk menggunakan salah satu gaya pemikiran ini. Jadi, seseorang mungkin lebih mungkin menggunakan otak kiri, dan yang lain mungkin lebih cenderung kepada otak kanan berdasarkan cara mereka menggunakan otak kanan dan otak kiri untuk menyelesaikan masalah.

 

 

Menggunakan Otak Kanan

Orang yang lebih dominan menggunakan otak kanan cenderung menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah. Mereka lebih bergantung kepada gerak hati dan lebih cepat memahami gambaran keseluruhan keadaan. Intinya, orang yang menggunakan otak kanan banyak tidak berorientasikan detail.

 

Menggunakan Otak Kiri

Orang yang lebih dominan menggunakan otak kiri lebih suka alasan untuk segala-galanya. Mereka menggunakan logik rasional untuk mengenal pasti punca masalah, dan kemudian berfikir tentang bagaimana untuk mengatasinya. Intinya, orang yang berfikir menggunakan otak kiri adalah berorientasikan detail.

 

Pengenalan

Perbezaan antara otak kanan dan fungsi otak kiri mula-mula dibuat sebagai usaha awal untuk mengenal pasti punca masalah pertuturan. Keputusan autopsi dari pesakit dengan gangguan ucapan yang teruk menunjukkan tumor besar di sebelah kiri otak. Tumor ini menyebabkan pesakit kehilangan keupayaan untuk berfikir secara logik, walaupun dia masih mempunyai kemampuan untuk bercakap. Kajian lanjut mendedahkan korelasi yang mendalam antara bidang aktiviti otak dan jenis tugas tertentu. Kawasan penyelidikan ini agak maju, kerana pemulihan dan rawatan kecederaan otak menjadi lebih penting.

Sumber daripada : https://www.ican-education.com/berita-event/tips-tricks/membedakan_berfikir_dengan_otak_kanan_dan_kiri

Posted in March 2020 | Leave a comment

Cara Hidup Sihat…

Untuk terus hidup sihat, anda perlu mengekalkan cara hidup sihat. Dalam pemakanan perlu tambah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurangkan makanan yang karbohidrat, natrium tinggi dan lemak tidak sihat. Elakkan makan makanan ringan dan gula-gula. Elakkan makan makanan yang tidak sihat kerana ianya akan menjadikan tubuh anda menginginkan lebih banyak makanan ketika anda menyambung makan.

 

Apakah gaya hidup sihat?

Berikut adalah cara tabiat yang sihat ini ditakrifkan dan diukur:

1. Diet yang sihat, yang telah dikira dan dinilai berdasarkan pengambilan makanan sihat yang dilaporkan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kacang-kacangan, bijirin, lemak sihat, dan asid lemak omega-3, dan makanan tidak sihat seperti daging merah dan diproses, gula-gula minuman, lemak trans dan natrium.

2. Tahap aktiviti fizikal yang sihat, yang diukur sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari yang sederhana hingga aktiviti yang kuat setiap hari.

3. Berat badan yang sihat, yang ditakrifkan sebagai indeks jisim badan biasa (BMI), iaitu antara 18.5 dan 24.9.

4. Merokok, tidak ada jumlah merokok yang sihat. “Sihat” di sini bermaksud tidak pernah merokok.

 

Adakah terdapat perbezaan dalam mengamalkan cara hidup sihat?

Tabiat cara hidup sihat akan membuat perbezaan yang sangat besar. Orang yang mengamalkan tabiat cara hidup sihat akan menikmati perbezaan yang sangat ketara, Jangka hayat yang lebih lama iaitu 14 tahun untuk wanita dan 12 tahun untuk lelaki (jika mereka mempunyai tabiat ini pada umur 50 tahun). Orang yang tidak mempunyai tabiat ini jauh lebih cenderung untuk mati secara beransur-ansur daripada penyakit kanser atau kardiovaskular.

Kajian Kesihatan dan Persaraan mendapati bahawa manusia yang berumur 50 tahun dan lebih tua yang berat badan normal dan tidak pernah merokok rata-rata hidup tujuh tahun lebih lama. Satu kajian mega 2012 dari 15 kajian antarabangsa yang termasuk lebih 500,000 peserta mendapati bahawa lebih separuh daripada kematian pramatang disebabkan oleh faktor gaya hidup yang tidak sihat seperti diet yang tidak sihat, tidak aktif, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, dan merokok.

Sumber daripada : https://www.health.harvard.edu/blog/healthy-lifestyle-5-keys-to-a-longer-life-2018070514186

Posted in March 2020 | Leave a comment

LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

Malaysia kini dicemaskan dengan penularan penyakit Novel Coronavirus (2019 n-COV) yang merupakan penyakit global yang kian aktif merebak. Justeru itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan bahan pencuci tangan (Hand Sanitizer) dan penutup mulut dan hidung (Face Mask) kepada pengguna.

Langkah ini bagi mencegah daripada penyebaran wabak COVID-19 yang sedang menular di Malaysia. Berikut adalah langkah pencegahan wabak COVID-19:-

i)    Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai

ii)   Pakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika kunjungi tempat tumpuan ramai

iii)  Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang digunakan dan basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer

iv)  Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer

v)   Dapatkan rawatan awal dan maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat

Sehubungan dengan itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin menyarankan orang ramai tentang kepentingan menjaga tahap kesihatan dan mengelakkan dari mengunjungi ke tempat-tempat awam.

Posted in March 2020 | Leave a comment

COVID-19

Sejarah Wabak Coronavirus

Coronavirus adalah keluarga besar virus yang boleh menjejaskan saluran pernafasan dan menyebabkan gejala-gejala seperti selesema atau jangkitan saluran pernafasan secara Akut. Pada masa lalu, terdapat dua jenis virus yang diketahui umum dan telah menyebabkan wabak utama termasuk Sindrom Pernafasan Timur Tengah atau MERS-CoV dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk atau SARS-CoV. Pada masa ini, sejenis Coronavirus yang baru telah dikenal pasti dan dinamakan sebagai Novel Coronavirus atau 2019-nCoV telah mengejutkan penduduk dunia kerana wabak tersebut yang merebak dengan pantas serta meragut ratusan nyawa. Sehingga 31 Januari 2020, jumlah kematian telah mencapai lebih daripada 200 orang.

Sindrom Pernafasan Timur Tengah Coronavirus (MERS-CoV)

Pada tahun 2012, MERS-CoV pertama kali dikenal pasti di Arab Saudi. Pesakit yang menghidap virus ini hadir dengan gejala termasuk demam, batuk dan sesak nafas. Terdapat segelintir pesakit yang mengalami gejala seperti cirit-birit walaupun gejala ini sangat jarang terjadi. Terdapat juga kes dimana pesakit tidak memiliki sebarang simptom sama sekali, namun mereka disahkan positif jangkitan MERS-CoV melalui ujian-ujian khas. Cara virus ini tersebar adalah daripada haiwan iaitu unta kepada manusia. Kajian telah membuktikan bahawa meminum susu unta, menyentuh air kencing unta atau memakan daging unta yang tidak begitu masak meningkatkan risiko penyebaran. Virus ini tidak mudah disebarkan sesama manusia melainkan penjaga yang kerap mengendalikan pesakit. Maka, tidak hairanlah penyakit ini lazimnya menjejaskan pekerja dalam bidang kesihatan terutamanya jika pencegahan jangkitan virus ini dan kawalan jangkitan tidak dilaksanakan dengan teliti. Setakat ini, tiada penyebaran selain daripada pekerja dalam bidang kesihatan telah didokumenkan di dunia. Sejak 2012, penyakit tersebut telah membunuh lebih 800 orang dan menjejaskan lebih daripada 2400 orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organisation (WHO) tidak mengenakan sekatan perjalanan ke negara yang terjejas. Walau bagaimanapun, adalah amat penting untuk memastikan kunci pencegahan virus tersebut dilaksanakan dengan teliti serta mengelakkan bersentuhan dengan unta semasa perjalanan ke negara-negara yang terjejas.

Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk Coronavirus atau SARS-CoV. 

Virus ini pada mulanya dikesan di Guangdong, China pada tahun 2003. Setakat ini, SARS-CoV telah menjejaskan lebih daripada 8000 orang. Asal-usul virus itu tidak dapat dikenal pasti. Namun ia dikatakan mula-mula disebarkan daripada kelawar kepada kucing. Setelah meneliti, cara utama virus ini tersebar ialah daripada manusia kepada manusia melalui cecair pernafasan dan najis. Penyebaran virus secara tidak terkawal juga berlaku dalam sistem kesihatan yang tidak mengamalkan penjagaan kesihatan yang tidak mencukupi dan teliti. Walau bagaimanapun, wabak ini telah berakhir setelah langkah-langkah kebersihan dilaksanakan dengan baik. Sejak tahun 2002, wabak virus ini telah berlaku beberapa kali dan dilaporkan tersebar di Singapura dan Selatan China. Pada masa ini, tiada sekatan perjalanan ke kawasan yang terjejas kerana wabak SARS-CoV telah berakhir dan risiko keseluruhan penyebaran terhadap pelancong amat rendah. Seperti nama panjang virus ini, pesakit akan hadir dengan gejala pernafasan atau simptom seperti influenza iaitu rasa termengah-mengah, batuk dan cirit-birit. Penyakit ini juga boleh merebak dengan pantas dalam badan pesakit sehingga menyebabkan kesukaran bernafas dan berada dibawah pantauan unit rawatan intensif.

Coronavirus Novel atau 2019-nCoV

Kes pertama virus ini telah dikesan di Wuhan, China pada 31 Disember 2019. Pesakit mengalami gejala-gejala seperti selesema atau “flu” dan dikuarantin sementara sumber selesema itu dikenalpasti. Keesokan harinya, lokasi utama virus itu disebarkan telah dikenalpasti iaitu melalui sebuah pasar makanan laut. Sejak hari itu, operasi pasar tersebut telah ditutup. Pelbagai langkah-langkah telah dilakukan bagi mengelakkan wabak ini tersebar melangkaui negara asal dan benua. Ia termasuklah dengan pemeriksaan pelancong asing yang datang dari Wuhan, China di lapangan-lapangan terbang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organisation (WHO) juga telah menasihatkan sekatan perjalanan dan perdagangan dengan negara China. Pada 7 Januari, virus yang menyebabkan wabak berbahaya ini telah dikenalpasti iaitu 2019-nCoV kerana pakar telah menolak bahawa virus MERS-CoV dan SARS-CoV menyebabkan wabak tersebut. Dua hari kemudian, kematian pertama akibat coronavirus dilaporkan. Sejak itu, virus itu telah merebak ke banyak negara termasuk Malaysia, Korea Selatan, Singapura dan seluruh benua seperti Perancis dan Jerman.

 

Sumber daripada penulisan:

Dr Nur Syuhada Binti Zulkifli

Degree in Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Posted in March 2020 | Leave a comment

“The Unsung Hero”

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Talkshow@Library : ‘The Unsung Hero’ pada 11 Mac 2020 bermula jam 11.00 pagi bertempat di Ruang 24 Jam, Perpustakaan Laman Hikmah.

Program kali ini menampilkan tetamu jemputan Kolonel Hj. Mohd Sakri Hj. Hussin, Ketua Penolong Pengarah Kanan NADMA yang berkongsi maklumat tentang peranan NADMA dalam mengurus bencana di Malaysia.

Kolonel Hj. Mohd Sakri Hj. Hussin juga turut berkongsi beberapa tayangan slaid mengenai pengalaman beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai pegawai NADMA. Beliau juga berkongsi pengalaman bagaimana beliau dan rakan-rakan terlibat dalam menjayakan misi mendapatkan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 27 Julai 2014 yang mengorbankan 298 penumpang. Turut hadir ialah En. Mohd Isa Mohd Dom, Ketua Pegawai Maklumat, UTeM dan Encik Azman Hj. Ayup, Timbalan Pustakawan Kanan, UTeM.

Program ini berakhir dengan jayanya pada jam 1.10 petang dengan penyertaan seramai 221 orang peserta meliputi 82 staf UTeM, 26 Pelajar UTeM, 1 staf PERPUSTAM, 1 staf Kolej Komuniti Selandar, 2 staf Kolej Yayasan Saad (sekolah) dan 108 pelajar Business School Kolej Yayasan Saad.

Posted in March 2020 | Leave a comment

Ketua Menteri Melaka yang ke-12

Tahniah!

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YAB Datuk Sulaiman Md Ali yang dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-12.

Tahniah dari kami warga Perpustakaan Laman Hikmah.

Posted in March 2020 | Leave a comment

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Tahniah Kepimpinan Baru!

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad atas perlantikan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan Tahniah kepada YB Dato’ Dr. Mansor bin Othman atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang baharu.

Semoga gandingan ini dapat terus memacu Kecemerlangan Pendidikan Tinggi.

Tahniah dari kami warga Perpustakaan Laman Hikmah.

#perpustakaanlamanhikmah  #myutem #utemcampus #utem2020 #utemmyhome

#utem20years

Posted in March 2020 | Leave a comment

WEB OF SCIENCE & INCITES JCR TRAINING

Unit Perkhidmatan Pelanggan telah menganjurkan Web of Science & Incites JCR Training dengan kerjasama Clarivate Analytics (UK) Limited pada 13 Februari 2020 bertempat di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan Laman Hikmah. Sesi ini memfokuskan kaedah penggunaan pangkalan data Web of Science & Incites JCR dalam membantu bidang penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.

Sesi latihan ini terbahagi kepada dua slot dan pengisian latihan seperti di bawah;

SESI 1 :  TAKING RESEARCHERS FROM RESEARCH DISCOVERY TO IMPACTFUL COLLABORATIONS AND PUBLICATION

Pengisian      :

  • Find, Read and Publish in High Impact Journals
  • Finding Research and journals that are relevant to me and my field of study
  • What are the emerging research areas I can focus my research topic on?
  • How do I choose the most ideal journal to publish in?
  • How do I identify potential collaborators to give me greater impact for my research?
  • Create a researcher profile to capture my publication metrics and showcase my research work.

SESI 2 : GAINING INSIGHTS THROUGH WEB OF SCIENCE AND JOURNAL CITATION REPORTS

Pengisian      :

  • Understand how to use Web of Science information to report on University and Faculty performance.
  • How UTEM researchers can claim a profile to showcase their WOS publications.
  • Identify potential collaborators based on their research productivity, quality, impact and performance.
  • Use Web of Science, Journal Citation Reports for journal performance benchmarking.

         

Di antara objektif latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai pencarian maklumat dan memberi pendedahan tentang teknik berkesan mendapatkan maklumat melalui penggunaan pangkalan data tersebut.

Bagi sesi pertama, taklimat latihan bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 tengahari. Sesi ini telah dihadiri oleh 29 orang peserta. Manakala bagi sesi kedua, taklimat bermula pada 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Kedua-dua sesi taklimat telah disampaikan oleh Dju-Lyn Chng. Sesi ini dihadiri oleh 10 orang peserta. Secara keseluruhan, aktiviti anjuran Unit Perkhidmatan Pelanggan, Seksyen Rujukan, PLH ini telah dihadiri oleh 39 orang peserta.

 

Ke Portal Perpustakaan 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

TALKSHOW@LIBRARY: TRAGEDI BERDARAH CHRISTCHURCH

Perpustakaan Laman Hikmah sentiasa menyokong hasrat universiti dalam merealisasikan tema dan rangka strategik keempat universiti iaitu ’Memperkasa Potensi Komuniti’ dengan menjadi pusat rujukan setempat bagi kemakmuran dan kesejahteraan komuniti terutamanya dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan khidmat nasihat. Perkara ini memberi impak positif dalam penyediaan perkhidmatan Perpustakaan yang berkualiti melalui program penganjuran aktiviti khidmat masyarakat atau jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan industri dari semasa ke semasa.

Jesteru itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Talkshow@Library : Tragedi Berdarah Christchurch, New Zealand dengan kerjasama Pusat Islam, UTeM pada 9 Januari 2020 bermula jam 11.00 pagi bertempat di Ruang 24 Jam, Perpustakaan Laman Hikmah.

Program kali ini menampilkan tetamu jemputan Encik Mohd Nazril Hisham bin Omar, salah seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa di dalam insiden tembakan rambang di Masjid Christchurch, NZ. Sesi talkshow ini mengetengahkan kisah inspirasi dan juga perkongsian pengalaman daripada  mangsa tembakan tersebut.

Semasa program bermula, tayangan video ringkas kronologi insiden tembakan di Masjid Christchurch dipertontonkan kepada peserta yang hadir. Selesai tayangan video tersebut, sesi perkongsian pengalaman oleh tetamu jemputan dimulakan dan dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Iskandar Shah wakil dari Pusat Islam selaku moderator sepanjang sesi program dijalankan.

Encik Mohd Nazril Hisham juga turut berkongsi beberapa tayangan slaid mengenai kecederaan yang dialaminya rentetan daripada peristiwa tersebut. Beliau juga turut menyatakan masih lagi menjalani rawatan dan rehab di Christchurch Hospital. Di penghujung sesi, beliau juga berkongsi hikmah dan pengajaran yang beliau perolehi daripada kejadian tersebut sebagai panduan dan iktibar hadirin yang hadir.

Program ini berakhir dengan jayanya pada jam 12.30 tengahari dengan penyertaan seramai 260 orang peserta meliputi 141 staf UTeM, 5 Pelajar UTeM, 3 staf PERPUSTAM, 1 staf UKM, 1 staf Kolej Yayasan Saad (sekolah) dan 109 pelajar Business School Kolej Yayasan Saad.

 

Ke Portal Perpustakaan

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

PLH ENDAH@KOMUNITI

Seramai 30 orang staf Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)  telah terlibat dalam program khidmat bakti PLH Endah@Komuniti bersama anak-anak yatim di Pusat Sumber Mini, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin, Melaka (PKAYIDJ) pada 19 November 2019 yang lalu.

Objektif utama program adalah untuk memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan dan kemahiran kepada golongan anak yatim. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran UTeM.

Idea pelaksanaan program ini dicetuskan oleh pihak pengurusan PLH bagi memberikan sokongan kepada pengurusan sekolah anak-anak yatim dalam membantu mendidik dan membesarkan  golongan ini. Program ini merupakan salah satu aktiviti bagi mendekatkan warga PLH bersama komuniti sekitar, di samping kesedaran keperluan tanggungjawab sosial ke atas komuniti setempat.

Fokus utama program ini adalah untuk menambahbaik persekitaran ruang perpustakaan dan memberikan sumbangan dalam bentuk bahan bacaan serta interaksi bersama penghuni pertubuhan kebajikan tersebut. Secara keseluruhan program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sumbangan idea dan tenaga dari kedua belah pihak di samping sokongan padu daripada Encik Mohd Isa Mohd Dom, Ketua Pegawai Maklumat, UTeM.

Di akhir program tersebut, sebagai simbolik kepada kerjasama di antara dua pihak, Encik Azman Hj Ayup, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan telah menyerahkan cenderamata berbentuk plug dan buku-buku sumbangan kepada Tuan Haji Ghafar Mohd Yusuf, Pengurus PKAYIDJ untuk kegunaan warga PKAYIDJ.

Diharapkan dengan penganjuran program ini, ia akan meningkatkan kerjasama PLH dan UTeM dengan masyarakat setempat di samping menjadi contoh kepada pihak-pihak lain yang ingin turut sama menghulur khidmat bakti kepada masyarakat.

 

Ke Portal Perpustakaan

Posted in Uncategorized | Leave a comment