TALKSHOW@LIBRARY: TRAGEDI BERDARAH CHRISTCHURCH

Perpustakaan Laman Hikmah sentiasa menyokong hasrat universiti dalam merealisasikan tema dan rangka strategik keempat universiti iaitu ’Memperkasa Potensi Komuniti’ dengan menjadi pusat rujukan setempat bagi kemakmuran dan kesejahteraan komuniti terutamanya dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan khidmat nasihat. Perkara ini memberi impak positif dalam penyediaan perkhidmatan Perpustakaan yang berkualiti melalui program penganjuran aktiviti khidmat masyarakat atau jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan industri dari semasa ke semasa.

Jesteru itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Talkshow@Library : Tragedi Berdarah Christchurch, New Zealand dengan kerjasama Pusat Islam, UTeM pada 9 Januari 2020 bermula jam 11.00 pagi bertempat di Ruang 24 Jam, Perpustakaan Laman Hikmah.

Program kali ini menampilkan tetamu jemputan Encik Mohd Nazril Hisham bin Omar, salah seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa di dalam insiden tembakan rambang di Masjid Christchurch, NZ. Sesi talkshow ini mengetengahkan kisah inspirasi dan juga perkongsian pengalaman daripada  mangsa tembakan tersebut.

Semasa program bermula, tayangan video ringkas kronologi insiden tembakan di Masjid Christchurch dipertontonkan kepada peserta yang hadir. Selesai tayangan video tersebut, sesi perkongsian pengalaman oleh tetamu jemputan dimulakan dan dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Iskandar Shah wakil dari Pusat Islam selaku moderator sepanjang sesi program dijalankan.

Encik Mohd Nazril Hisham juga turut berkongsi beberapa tayangan slaid mengenai kecederaan yang dialaminya rentetan daripada peristiwa tersebut. Beliau juga turut menyatakan masih lagi menjalani rawatan dan rehab di Christchurch Hospital. Di penghujung sesi, beliau juga berkongsi hikmah dan pengajaran yang beliau perolehi daripada kejadian tersebut sebagai panduan dan iktibar hadirin yang hadir.

Program ini berakhir dengan jayanya pada jam 12.30 tengahari dengan penyertaan seramai 260 orang peserta meliputi 141 staf UTeM, 5 Pelajar UTeM, 3 staf PERPUSTAM, 1 staf UKM, 1 staf Kolej Yayasan Saad (sekolah) dan 109 pelajar Business School Kolej Yayasan Saad.

 

Ke Portal Perpustakaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *