Bacaan Yasin dan Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal

Pada 11 Disember 2020 bertempat di Bilik Tayang, Aras 2 berlangsungnya Bacaan Yasin dan Majlis Perpisahan pelajar praktikal iaitu Nadiahtul Umirah binti Azman pelajar UNISEL yang telah menjalani latihan industri selama 3 bulan bermula 1 September 2020 sehingga 11 Disember 2020. Semoga saudari Nadiahtul Umirah sukses dalam menempuhi alam pekerjaan dan apa jua bidang yang diceburi. Berikut terdapat gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.

SELAMAT MAJU JAYA…

Posted in December 2020 | Leave a comment

TAKLIMAT KESEDARAN PENGGUNAAN TENAGA DI PLH

Langkah penjimatan tenaga elektrik merupakan sesuatu perkara yang sangat baik demi kelangsungan hidup generasi akan datang. Justeru itu, pada 10 Disember 2020 Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah mengadakan ‘Taklimat Kesedaran Penggunaan Tenaga’ yang disampaikan oleh Ts. Dr. Mohamad Fani bin Sulaima (Pengurus Tenaga UTeM) bertempat di Bilik Tayangan Aras 2, PLH. Taklimat ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua staf bahawa pentingnya penjimatan tenaga elektrik di setiap PTj yang melibatkan tiga komponen utama iaitu pengetahuan, pandangan dan tindakan mereka. Ini adalah untuk menyemai amalan cekap tenaga bagi mengelak pembaziran elektrik yang tidak sepatutnya berlaku.

Posted in December 2020 | Leave a comment

TAHNIAH!!! UTeM NAIK 5 ANAK TANGGA UI GREENMETRIC 2020 (WORLD’S MOST SUSTAINABLE UNIVERSITY RANKINGS IN 2020)

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM atas kejayaan menduduki ranking ke 109 dalam UI Green Metric “World University Rankings” bagi tahun 2020.

Kejayaan mendaki 5 anak tangga dari tahun 2019 ini merupakan kejayan buat semua warga UTeM. Tahniah!

Posted in December 2020 | Leave a comment

RESEARCH WORKSHOP: INSIDER’S GUIDE: BRAINSTORM WITH EXPERTS

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan Research Workshop bertajuk Insider’s Guide: Brainstorm with Expert. Bengkel ini diadakan bagi membantu penyelidik, ahli akademik dan pelajar pasca siswazah dalam menghasilkan penyelidikan penulisan artikel dan tesis.

Penyelidikan bukan saja mampu meningkatkan martabat sistem pendidikan sesebuah universiti, malah turut menjadi aset penting kepada negara. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah antara universiti yang giat melahirkan ahli akademik dan penyelidik bertaraf penyelidikan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Hasil penyelidikan yang baik bukan saja dapat melahirkan bakat baru penyelidik, tetapi juga menghasilkan penyelidikan dalam bentuk penerbitan. UTeM masih mensasarkan kualiti dan kuantiti dalam penerbitan berimpak dalam mencapai matlamat universiti memperkasakan penyelidikan dan inovasi

Research Workshop: Insider’s Guide: Brainstorm with Experts telah diadakan secara dalam talian melalui Webex pada 3 Disember 2020. Seramai 37 peserta yang terdiri daripada akademik, penyelidik serta pelajar pasca siswazah dari dalam dan luar UTeM telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini adalah anjuran Unit Bantuan Penyelidikan, Seksyen Rujukan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah.

Bengkel ini terbahagi kepada 2 sesi:

Sesi 1: Writing a Review Article: A Step-to-Step Approach oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Asyadi ‘Azam bin Mohd Abid. Sesi ini berfokus kepada cara penulisan review article yang efektif merangkumi topic of interest, sequence of writing, permission, table, outlooks, references and title.

Sesi 2: Doing Literature Review: Tips to Constructing a Quality Thesis oleh Profesor Dr. Zahriladha Bin Zakaria. Berfokus kepada tujuan penulisan literature review (LR) serta cara menulis LR dengan baik dan sistematik.

Dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan, pihak PLH akan mengadakan Bengkel Penyelidikan secara berterusan setiap tahun dan diharapkan perkongsian ini memberi semangat yang sangat positif daripada semua peserta.

Posted in December 2020 | Leave a comment

20 TAHUN UTeM

https://www.youtube.com/watch?v=KX8Z-aqcz_E

Sempena Sambutan 20 Tahun UTeM, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Penerbit UTeM mengambil inisiatif menghasilkan “Montaj Sambutan 20 Tahun UTeM” bagi menggamit memori dan menelusuri kecemerlangan serta kegemilangan UTeM.  

Terima kasih kepada anda yang pernah bersama kami dan kepada yang masih setia sehingga hari ini. Angka 20 ini adalah istimewa dan disinilah kami bermula. Terima Kasih sekali lagi atas sokongan anda kepada kami di Universiti Awam Teknikal Pertama di Malaysia.

UTeM 1 Disember 2000 – 1 Disember 2020.

Posted in December 2020 | Leave a comment

BENGKEL PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH, UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Bengkel Penilaian dan Penambahbaikan Perkhidmatan Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) yang telah diadakan pada 23 dan 24 November 2020 bertempat di Bilik Tayangan, Aras 1, PLH, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari dan melibatkan seramai 19 orang staf Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan 4 orang pelajar praktikal. Penceramah jemputan ialah Dr. Mohd Fauzi bin Kamarudin, Dekan Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB) manakala fasilitator terdiri daripada Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Ketua Seksyen Sirkulasi dan Ketua Seksyen Rujukan. Program ini bertujuan untuk menilai, memantapkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan maklumat dan kemudahan yang disediakan kepada pengguna perpustakaan dan mempersiap siaga staf dengan kemahiran maklumat yang bersesuaian sebagai frontliner perpustakaan seiring dengan norma baharu pada masa kini.

Seiring dengan norma baharu disebabkan oleh Pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, perpustakaan perlu bersiap sedia untuk mengadaptasi dan mencipta perubahan yang bersesuaian dengan keadaan semasa serta meneroka perkara-perkara baharu yang boleh diketengahkan untuk terus kekal relevan serta menyaingi kepesatan teknologi yang semakin canggih pada masa kini.

PLH juga perlu membuat inovasi dan penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna agar dapat memberikan kepuasan kepada mereka melalui keberkesanan penyampaian maklumat dan penyediaan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, dan sekaligus memberikan gambaran positif terhadap imej dan reputasi sesebuah perpustakaan.

Justeru itu, Bahagian Perkhidmatan Maklumat yang terdiri daripada Seksyen Sirkulasi dan Seksyen Rujukan perlu memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat yang tepat dan penyediaan perkhidmatan yang cemerlang kepada pengguna perpustakaan. Sehubungan itu, penganjuran bengkel ini dilihat dapat memberi impak yang positif dalam memantapkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada serta inisiatif baharu yang bakal ditawarkan kepada pengguna; sekaligus menyokong proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan bagi melonjak kecemerlangan universiti.

Posted in November 2020 | Leave a comment

SEMBANG BUKU BERSAMA PENULIS: PENGURUSAN SITASI ILMUWAN CEMERLANG

Sembang Buku Bersama Penulis: Pengurusan Sitasi Ilmuwan Cemerlang pada 18 November 2020 (Rabu) secara dalam talian menggunakan platfom Webex anjuran Unit Informasi dan Promosi, Seksyen Rujukan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan warga UTeM khususnya dan komuniti luar amnya dalam membudayakan amalan membaca sebagai menyokong kepada aspirasi pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu, ianya dapat memartabatkan budaya membaca ke persada dunia selain melahirkan lebih ramai ilmuan di negara kita amnya dan warga UTeM khususnya. Penganjuran program ini juga adalah untuk menyokong Read@Uni yang bertujuan menghidupkan kembali Kempen Membaca Kebangsaan bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020 bagi mewujudkan negara membaca pada tahun 2030.

Program Sembang Buku ini akan menampilkan penulis buku iaitu Profesor Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, Dekan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi serta Ts. Dr. Ruziah binti Ali, Pegawai Penerbitan Kanan daripada Pejabat Ketua Pegawai Maklumat yang merupakan penulis bersama bagi buku tersebut. Moderator adalah Puan Nurdayana Izyan binti Ahmad Ahsan daripada Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, UTeM.

Sehubungan itu, PLH sekali lagi akan menganjurkan Program Sembang Buku bersama Penulis bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman penulis yang boleh dimanfaatkan oleh warga universiti khususnya selain dapat mewujudkan kesedaran dan kepentingan dalam pembacaan serta memastikan program penggiatan budaya membaca yang terancang dan berterusan dapat dilaksanakan kepada warga UTeM.

Objektif bagi program ini adalah mendedahkan audien dengan proses penulisan artikel jurnal yang mantap dan berimpak tinggi, berkongsi pengalaman bersama warga UTeM bagaimana untuk meningkatkan bilangan sitasi daripada jurnal yang diterbitkan, berkongsi tips agar para penyelidik dapat mengetahui cara terbaik serta olahan yang paling sesuai dalam menghasilkan artikel jurnal dan melestarikan peranan Perpustakaan Laman Hikmah dalam menyokong aktiviti galakan membaca di kalangan warga UTeM dan mencintai ilmu serta membudayakan amalan pembelajaran sepanjang hayat.

Penganjuran program ini juga merupakan penganjuran kali kedua dengan kerjasama Penerbit UTeM selepas Program Sembang Buku bersama Penulis bertajuk ‘Jom Bisnes’ dianjurkan pada bulan Ogos yang lalu bagi mempergiat aktiviti galakan membaca di kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi. Program ini juga telah berjaya menarik penyertaan yang tinggi di kalangan warga UTeM.

Posted in November 2020 | Leave a comment

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Deepavali atau Diwali bermaksud perayaan cahaya. Ini adalah musim perayaan kegembiraan, kemegahan, semangat dan kebahagiaan. Deepavali adalah perayaan cahaya yang menghancurkan kegelapan ketika kebaikan mengalahkan kejahatan. Ianya memberi makna yang besar kepada penganut hindu di Malaysia tahun ini. Sepertimana apabila perayaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia yang lain ianya dikongsi bersama dalam erti kata kita turut berkongsi kegembiraan yang dirasakan oleh rakan kita yang lain agama ataupun bangsa. Pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia.

Posted in November 2020 | Leave a comment

1 GAMBAR 1000 MAKNA : KONVENSYEN KEBANGSAAN PERTAMA PENDIDIKAN KEJURUTERAAN PENDEKATAN BERORIENTASIKAN PROFESION

1 Gambar 1000 Makna bagi Laman Memori Korporatyangbertajuk ‘ KONVENSYEN KEBANGSAAN PERTAMA PENDIDIKAN KEJURUTERAAN PENDEKATAN BERORIENTASIKAN PROFESION’ 

Himpunan gambar Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi gambar-gambar yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM

Posted in November 2020 | Leave a comment

HENTIKAN WABAK COVID-19

70% hingga 80% daripada kes COVID-19 di Malaysia TIADA GEJALA atau MEMPUNYAI GEJALA RINGAN.
Tanpa anda sedari, anda mungkin mendedahkan diri / terdedah kepada COVID-19.
Pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka bila berada di tempat awam dan jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
Bersama hentikan wabak COVID-19.

#KitaJagaKita

Sumber:

Unit Pesakit luar 
Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 

Posted in November 2020 | Leave a comment