Pameran Sempena Hari Natal

Menjelang bulan Disember akan tibanya perayaan Hari Natal atau Krimas. Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah) manakala Christmas pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ’s birth, held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik).

Menurut sumber Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum seseorang Muslim mengucapkan “Merry Christmas” kepada mereka yang beragama Kristian adalah isu ijtihadi dan tidak mutlak keharaman dan keharusannya. Ianya adalah HARUS, dengan syarat ucapan itu tidak memuji atau memuliakan agama bukan Islam.

Sehubungan itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah telah mengambil inisiatif mengadakan pameran Merry Christmas bersempena dengan Hari Natal yang akan di sambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember ini.

MERRY CHRISTMAS

Bacaan Yasin dan Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal

Pada 11 Disember 2020 bertempat di Bilik Tayang, Aras 2 berlangsungnya Bacaan Yasin dan Majlis Perpisahan pelajar praktikal iaitu Nadiahtul Umirah binti Azman pelajar UNISEL yang telah menjalani latihan industri selama 3 bulan bermula 1 September 2020 sehingga 11 Disember 2020. Semoga saudari Nadiahtul Umirah sukses dalam menempuhi alam pekerjaan dan apa jua bidang yang diceburi. Berikut terdapat gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.

SELAMAT MAJU JAYA…

TAKLIMAT KESEDARAN PENGGUNAAN TENAGA DI PLH

Langkah penjimatan tenaga elektrik merupakan sesuatu perkara yang sangat baik demi kelangsungan hidup generasi akan datang. Justeru itu, pada 10 Disember 2020 Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah mengadakan ‘Taklimat Kesedaran Penggunaan Tenaga’ yang disampaikan oleh Ts. Dr. Mohamad Fani bin Sulaima (Pengurus Tenaga UTeM) bertempat di Bilik Tayangan Aras 2, PLH. Taklimat ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua staf bahawa pentingnya penjimatan tenaga elektrik di setiap PTj yang melibatkan tiga komponen utama iaitu pengetahuan, pandangan dan tindakan mereka. Ini adalah untuk menyemai amalan cekap tenaga bagi mengelak pembaziran elektrik yang tidak sepatutnya berlaku.

TAHNIAH!!! UTeM NAIK 5 ANAK TANGGA UI GREENMETRIC 2020 (WORLD’S MOST SUSTAINABLE UNIVERSITY RANKINGS IN 2020)

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM atas kejayaan menduduki ranking ke 109 dalam UI Green Metric “World University Rankings” bagi tahun 2020.

Kejayaan mendaki 5 anak tangga dari tahun 2019 ini merupakan kejayan buat semua warga UTeM. Tahniah!

RESEARCH WORKSHOP: INSIDER’S GUIDE: BRAINSTORM WITH EXPERTS

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan Research Workshop bertajuk Insider’s Guide: Brainstorm with Expert. Bengkel ini diadakan bagi membantu penyelidik, ahli akademik dan pelajar pasca siswazah dalam menghasilkan penyelidikan penulisan artikel dan tesis.

Penyelidikan bukan saja mampu meningkatkan martabat sistem pendidikan sesebuah universiti, malah turut menjadi aset penting kepada negara. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah antara universiti yang giat melahirkan ahli akademik dan penyelidik bertaraf penyelidikan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Hasil penyelidikan yang baik bukan saja dapat melahirkan bakat baru penyelidik, tetapi juga menghasilkan penyelidikan dalam bentuk penerbitan. UTeM masih mensasarkan kualiti dan kuantiti dalam penerbitan berimpak dalam mencapai matlamat universiti memperkasakan penyelidikan dan inovasi

Research Workshop: Insider’s Guide: Brainstorm with Experts telah diadakan secara dalam talian melalui Webex pada 3 Disember 2020. Seramai 37 peserta yang terdiri daripada akademik, penyelidik serta pelajar pasca siswazah dari dalam dan luar UTeM telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini adalah anjuran Unit Bantuan Penyelidikan, Seksyen Rujukan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah.

Bengkel ini terbahagi kepada 2 sesi:

Sesi 1: Writing a Review Article: A Step-to-Step Approach oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Asyadi ‘Azam bin Mohd Abid. Sesi ini berfokus kepada cara penulisan review article yang efektif merangkumi topic of interest, sequence of writing, permission, table, outlooks, references and title.

Sesi 2: Doing Literature Review: Tips to Constructing a Quality Thesis oleh Profesor Dr. Zahriladha Bin Zakaria. Berfokus kepada tujuan penulisan literature review (LR) serta cara menulis LR dengan baik dan sistematik.

Dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan, pihak PLH akan mengadakan Bengkel Penyelidikan secara berterusan setiap tahun dan diharapkan perkongsian ini memberi semangat yang sangat positif daripada semua peserta.

20 TAHUN UTeM

Sempena Sambutan 20 Tahun UTeM, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Penerbit UTeM mengambil inisiatif menghasilkan “Montaj Sambutan 20 Tahun UTeM” bagi menggamit memori dan menelusuri kecemerlangan serta kegemilangan UTeM.  

Terima kasih kepada anda yang pernah bersama kami dan kepada yang masih setia sehingga hari ini. Angka 20 ini adalah istimewa dan disinilah kami bermula. Terima Kasih sekali lagi atas sokongan anda kepada kami di Universiti Awam Teknikal Pertama di Malaysia.

UTeM 1 Disember 2000 – 1 Disember 2020.