Pemakluman Warga UTeM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)ingin memaklumkan bahawa Operi PLH akan ditutup sementara waktu bermula 11 Februari 2021 (Khamis) sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Walaubagaimanapun, pengguna masih boleh membuat permohonan bahan untuk pinjaman melalui perkhidmatan “Order & Collect” yang ditawarkan oleh PLH dengan email kepada [email protected].

Berikut adalah tatacara Permohonan Perkhidmatan Order & Collect:

No.PERKARA
       i.           Semak bahan yang ingin dipohon melalui WebOPAC Laman Hikmahhttps://library.utem.edu.my/en/#opac 
     ii.           Hanya bahan berstatus “Available” dan “Open Shelf” sahaja boleh dimohon 
    iii.           Nyatakan perincian bahan:      i.          Tajuk     ii.          Nombor Panggilan    iii.          Pengarang 
    iv.           Emellkan permohonan kepada [email protected]  dan cc [email protected] 
     v.           Jumlah pinjaman mengikut kelayakan kategori pengguna 
    vi.           Permohonan akan diproses dan status ketersediaan bahan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel 
  vii.           Waktu pengambilan bahan pada hari Rabu sahajajam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari 

Pemulangan bahan masih boleh dilakukan melalui mesin pemulangan layan diri (Bookdrop) yang disediakan di kedua-dua kampus.  Sila simpan resit pemulangan sebagai bukti pemulangan.

Kerjasama dan keperihatinan pengguna PLH berhubung perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Posted in February 2021 | Leave a comment

JOM FOLLOW TELEGRAM PLH

Jom ‘Follow’ Telegram Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) untuk dapatkan info terkini. Akaun rasmi ini merupakan platfom untuk hebahan, maklumat dan aktiviti terkini di PLH. Capai Telegram rasmi PLH boleh dibuat melalui pautan berikut:-

https://t.me/infoPLH

Terima kasih atas sokongan anda!

Posted in February 2021 | Leave a comment

UTeM Institutional Repository

Universiti Teknikal Malaysia Melaka Institutional Repository (UTeM IR) adalah pusat koleksi digital, bertindak sebagai repositori akses terbuka yang mengumpulkan, menyimpan dan menyebarkan hasil ilmiah oleh ahli universiti di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (artikel jurnal, kertas persidangan, bab buku, buku, tesis, jenis penerbitan penyelidikan dan juga lain-lain bahan). Oleh itu, para pengguna boleh melayari UTeM IR yang terdapat di Laman Web Rasmi Perpustakaan Laman Hikmah (https://library.utem.edu.my )

Posted in February 2021 | Leave a comment

PUNCA KLUSTER TEMPAT KERJA

Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 kebelakangan ini adalah berkaitan kluster tempat kerja. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan adalah untuk menjaga kepentingan kesihatan dan ekonomi. Bagaimanapun, kejayaan strategi itu memerlukan kerjasama majikan bagi memastikan semua amalan pekerjaan dan pekerja sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Majikan juga bertanggungjawab menyediakan tempat kediaman kondusif serta memastikan pekerja mengamalkan langkah pencegahan penularan Covid-19.

Amalan yang perlu dilakukan di tempat kerja adalah pemeriksaan suhu badan memasuki tempat kerja, penyediaan tempat mencuci tangan, kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman, amalan jarak sosial, memastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit dan elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa. Jika amalan ini gagal dipatuhi, maka ini akan menjadi punca kluster di tempat kerja.

Pihak majikan perlu memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan Covid-19 di Malaysia dan juga perkerja haruslah mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan.

#KitaJagaKita

Posted in February 2021 | Leave a comment

HILANG NIKMAT RASA DAN BAU AKIBAT COVID-19

Antara gejala gejala jangkitan covid-19, hilang deria bau dan rasa merupakan antara ciri ciri unik bagi Covid.

Menurut individu yang telah melalui pengalaman dijangkiti, mereka tidak dapat menghidu sebarang bau sama ada bau wangi (sabun, perfume) , bau busuk (najis, sampah) atau bau makanan yang biasa dinikmati.

Gejala hilang deria bau ini bukan akibat hidung tersumbat atau selsema, tetapi akibat sel yang berfungsi untuk mengesan bau (olfaktori) telah terjejas akibat jangkitan covid.

Situasi hilang deria bau mungkin mencetus panik dikalangan pesakit kerana ini sesuatu perkara baru yang tidak pernah dialami sebelum ini. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk mencegah deria bau dari hilang dan rawatan untuk mengembalikan deria bau.

Kebanyakan kes akan perlahan lahan sembuh dalam tempoh 1-3 minggu selepas jangkitan. Data semasa juga menunjukkan individu yang mengalami gejala ini biasanya golongan muda berusia 20-39 tahun dan mempunyai gejala yang lebih ringan.

Walaupun ia hanya hilang deria bau, ia suatu perkara yang mengganggu emosi pesakit kerana menjejaskan selera makan dan hilang nikmat untuk menghidu.

Kredit:

Public Health Malaysia

Pusat Kesihatan Universiti , UTeM

Posted in February 2021 | Leave a comment

UCAPAN DOA KETIKA DITIMPA MUṢĪBAH

1- Apabila kita ditimpa muṣībah ataupun kematian  maka bersegeralah ucapkan; 

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا 

Mafhūmnya: Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allāh ﷻ dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allāh! Aku mohon akan kurniakanlah ganjaran pada muṣībahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada muṣībah  ini,” melainkan Allāh ﷻ akan memberikan pahala kepadanya kerana muṣībah  itu dan menggantikan yang lebih baik. [Hadīs direkodkan oleh Imām Muslim dalah Sahīhnya]. 

2- Dan apabila kita melihat orang lain ditimpa muṣībah  (tidak semestinya berbentuk fizikal) bahkan jika muṣībah  itu berbentuk selain itu juga yang menimpa orang lain, maka bacalah doa yang diajarkan dalam hadīs iaitu; 

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا 

Makṣūd ḥadīs: Segala pujian bagi Allah ﷻ yang telah menyelamatkan aku daripada sesuatu yang Allāh ﷻ berikan sebagai ujian kepadamu dan Allāh ﷻ telah memberikan kemuliaan kepadaku melebihi kebanyakan orang. [Hadīs direkodkan oleh Imām Tirmizī dalam Jāmi’nya]. 

Wallahhu a’lam 

Sumber:

Pusat Islam

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Posted in February 2021 | Leave a comment

Tarikh Lanjutan Pemulangan Buku Perpustakaan Laman Hikmah

Lanjutan PKP 2.0 yang diumum oleh kerajaan, oleh itu pihak Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menetapkan tarikh baharu pemulangan buku pinjaman jangka panjang perpustakaan sehingga 22 Mac 2021 bagi mereka yang menerima e-mel Pemberitahuan Pinjaman Jangka Panjang PLH.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan anda boleh berhubung dengan pihak PLH di talian 06-270 1200.

Posted in February 2021 | Leave a comment

Jadual Kelas Literasi Maklumat Febuari 2021

Program Literasi Maklumat merupakan program tunjuk ajar suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat. Pengguna boleh menggunakan segala sumber maklumat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dengan lebih berkesan.

Program ini juga dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua mahasiswa dan kakitangan UTeM. Berikut terdapat jadual mengenai program ini untuk bulan Februari 2021 dan ianya juga dipaparkan di dalam laman web Perpustakaan Laman Hikmah.

Posted in February 2021 | Leave a comment

LANGKAH PENCEGAHAN “MASK ACNE”

Pemakaian pelitup muka adalah norma baru ketika pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Kita semua dituntut untuk mematuhi protokol kesihatan ini bagi menjaga diri kita untuk langkah berjaga-jaga dari terkena jangkitan wabak ini. Namun, “Mask acne” ialah jerawat yang disebabkan oleh penggunaan pelitup muka.

Mengapa pengunaan pelitup muka ini dapat mengakibatkan pertumbuhan jerawat di muka? Ini kerana pengunaan pelitup mulut akan membuatkan kelembapan pada sekitar wajah yang bertutup dan kelembapan itu akan terperangkap di sekitar bawah pelitup muka. Keadaan lembap yang berlebihan ini akan menyebabkan tersumbatnya pori-pori serta menyuburkan pertumbuhan kuman dan bakteria yang menjadi penyebab pertumbuhan jerawat.

Berikut terdapat 8 langkah pencegahan “Mask acne” :

Posted in February 2021 | Leave a comment

Selamat Hari Kanser Sedunia 2021

Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Februari setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit ini, sekaligus mengambil langkah-langkah pencegahan awal.

Saya akan dan Saya Boleh atau I Am and I Will – tema sambutan Hari Kanser Sedunia yang digunakan beberapa tahun kebelakangan ini kekal digunakan untuk tahun ini.

Kanser adalah penyebab kematian kedua tertinggi di dunia termasuk di Malaysia pada 2018.

Lima kanser paling kerap dalam kalangan lelaki di Malaysia ialah:

  1. Kolorektal 16.9%
  2. Paru-paru 14.9%
  3. Prostat 8.1%
  4. Limfoma 6.6%
  5. Nasofariks 6.5%

Bagi wanita di Malaysia, lima kanser paling kerap ialah:

  1. Payudara 33.9%
  2. Kolorektal 10.7%
  3. Pangkal rahim 6.2%
  4. Ovari 5.6%
  5. Paru-paru 5.6%

Pada 2018, kematian akibat kanser menjadi kematian paling tinggi di hospital-hospital swasta (33.11%).

Lebih separuh kematian akibat kanser kerana lewat mendapat rawatan iaitu pada tahap 3 dan 4.

Amalan gaya hidup sihat seperti kerap bersenam, tidak merokok, tidak minum alkohol dan amalan pemakanan sihat boleh mencegah kanser.

Sumber: KKM

Posted in February 2021 | Leave a comment