Webinar Emerald Database & Research

Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama Emerald Publishing telah mengadakan Webinar: Emerald Database & Research pada 9 Julai 2021 (Jumaat) melalui platform GoToWebinar. Seramai 17 peserta telah menghadiri webinar tersebut secara maya yang dikendalikan oleh En. William Loh (Business Manager (East Asia), Emerald Publishing).

Webinar ini berkongsi maklumat berkaitan Emerald Publishing di Malaysia, sumber rujukan dari pangkalan data Emerald Insight, Call for Paper, penerbitan di jurnal terbitan Emerald serta tip pencarian sumber rujukan.

Setiap peserta menerima nota dari penceramah melalui Google Drive, rakaman webinar serta e-sijil kehadiran. Diharapkan webinar yang dilaksanak ini dapat memberi info yang berguna terutamanya kepada penyelidik UTeM.

Posted in July 2021 | Leave a comment

Program Bedah Buku “Kaya Jiwa”

Pada musim pandemik ini penggunaan aplikasi digital menjadi norma baharu untuk masyarakat dalam menghadapi cabaran Covid-19.  Seiring dengan norma baru pihak Perpustakaan Laman Hikmah telah menganjurkan sebuah program Bedah Buku “Kaya Jiwa” berbentuk webinar yang telah dianjurkan pada 14 Julai 2021 jam 10.30 pagi yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai Pu Riz. Program ini dijadikan sebagai satu wadah perkongsian alternatif secara maya untuk para peminat dunia buku. Alhamdulillah program Bedah Buku “Kaya Jiwa” mendapat sambutan yang baik dan secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif penganjuran. Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi dengan penyertaan seramai 104 orang melalui webinar dan 42 orang melalui live Facebook yang meliputi pelajar, staf UTeM, dan juga orang awam. Berikut merupakan gambar-gambar semasa program berlangsung.

Posted in July 2021 | Leave a comment

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG PLH 2020

Tahniah diucapkan kepada empat orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bagi tahun 2020 iaitu En. Mohd Razif bin Dzulkipli, Pn. Nurul Akmar binti Mehat, Pn. Ezra Anish binti Mustapa dan Pn. Nor Aini binti Md.Jali di atas pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2020. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pendorong kepada staf perpustakaan yang lain untuk terus cemerlang dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan pada masa akan datang.

Posted in July 2021 | Leave a comment

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PLH “SEMARAK SADAQAH BERTAUT UKHWAH” (SSBU) TAHUN 2021

Program Khidmat Masyarakat PLH iaitu ‘Semarak Sadaqah Bertaut Ukhwah’ kembali lagi dan kali ini 8 keluarga yang merupakan fakir miskin menerima manfaat sempena Ramadan Al-Mubarak. Program ini diadakan pada setiap tahun bermula dari tahun 2014 sehingga kini. Sumbangan barangan berupa keperluan asas seperti beras, minyak, susu dan lain-lain lagi dikumpul menerusi sumbangan daripada para dermawan. Terima kasih juga kepada sukarelawan PLH yang menjayakan penghantaran barangan penerima sumbangan. Semoga dengan adanya program ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh penerima-penerima sumbangan serta dapat menjalinkan ukhwah sesama insan. Semoga segala usaha dan amal bakti ini akan diberkati Allah SWT.

Posted in May 2021 | Leave a comment

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Program Jom Baca Bersama 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes disambut pada 22 April 2021 tepat jam 11.00 pagi serentak di seluruh Negara.  Program ini telah masuk tahun ke lapan dan ianya merupakan satu kempen peringkat nasional bagi mendorong komuniti menjayakan aktiviti pembacaan dalam keadaan yang menyeronokkan sama ada di perpustakaan, di rumah, di sekolah, di pusat membeli belah atau di mana-mana sahaja.

Program ini juga dijalankan bagi menyokong Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2020 (KLWBC2020) sehingga 22 April 2021 yang bertujuan meningkatkan minat membaca dan akses perbukuan di Malaysia.

Warga Pepustakaan Laman Hikmah, UTeM juga tidak melepaskan peluang dalam menjayakan program ini. Berikut adalah gambar-gambar sekitar program Jom Baca Bersama 10 Minit di UTeM.

#KLWBC2020 #JomBacaBersama2021 #UTeMmembaca #PerpustakaanLamanHikmah

Posted in April 2021 | Leave a comment

Pembentangan Projek Pelajar-pelajar Latihan Ilmiah 2020/2021

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan satu sesi pembentangan laporan akhir latihan industri oleh pelajar praktikum dari UiTM Puncak Perdana, Shah Alam dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan (Kampus Rembau). Terdapat 6 orang pelajar praktikum yang membentangkan 3 projek mereka iaitu:

Technical Issues And Improvement of UTeM e-Print & The Strategy Of Visibility And Ranking UTeM-IR yang disampaikan oleh saudari Fatimah Azzahra Mohd Noor dan Ain Farahanim Yusree dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Statistik Perkhidmatan & Ruang di Perpustakaan Laman Hikmah UTeM yang disampaikan oleh saudari Nur Syahirah Kamaruddin dan Nur Farrahin Mazlan dari UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.
Laporan Soal Selidik PLH Kampus Teknologi yang disampaikan oleh saudari Siti Nuraidah Ahmad Fauzoli dan Siti Suraya Khamis dari UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.

Para pelajar ini telah menjalani latihan industri di PLH bermula 1 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021. Sesi pembentangan ini adalah untuk menilai kemampuan mereka dalam mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan melalui bidang pengkhususan mereka untuk sumbangan kepada PLH. Sesi pembentangan dimulai oleh Fatimah Azzahra Mohd Nohor dan Ain Farahanim Yusree yang membentangkan projek bertajuk “Technical Issues And Improvement of UTeM e-Print & The Strategy Of Visibility And Ranking UTeM-IR”. Pembentangan kedua oleh Nur Syahirah Kamaruddin dan Nur Farrahin Mazlan dengan tajuk “Statistik Perkhidmatan & Ruang di Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM” dan manakala pembentangan terakhir oleh Siti Nuraidah Ahmad Fauzoli dan Siti Suraya Khamis dengan tajuk pembentangan ialah “Laporan Soal Selidik PLH Kampus Teknologi”.

Turut hadir bagi sesi pembentangan ini ialah Timbalan Ketua Pustakawan Kanan iaitu En. Azman bin Hj. Ayup dan para Pustakawan serta kakitangan PLH. Timbalan Ketua Pustakawan juga memberi pandangan dan panduan terhadap projek-projek yang dibentangkan. Alhamdulillah sesi pembentangan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sesi pembentangan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dan sesi penyampaian cenderamata kepada semua pelajar dan juga diiringi dengan acara sesi bergambar. Semoga semua pelajar praktikum ini sukses dalam alam perkejaan kelak dan mampu memberi perkhidmatan yang cemerlang di masa akan datang.

Posted in February 2021 | Leave a comment

TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah kepada Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc atas pelantikan semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuatkuasa 16 Februari 2021. Semoga UTeM akan terus menjadi sebagai universiti ke arah kecemerlangan pendidikan teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia.

Tahniah dari kami warga Perpustakaan Laman Hikmah.

Posted in February 2021 | Leave a comment

Malaysia Technology Expo (MTE 2021)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diberikan penghormatan sebagai penganjur bersama dalam menjayakan The 20th International Expo on Innovations and Technology, Malaysia Technology Expo (MTE) 2021 VIRTUAL atau Edisi Maya pada 22 – 26 Mac 2021. MTE ini akan berlangsung selama 5 hari. Malaysia Technology Expo (MTE) merupakan pameran Inovasi dan Teknologi antarabangsa yang menghimpunkan para pencipta dan inovator dari pelbagai Institusi Pendidikan, agensi dan industri daripada seluruh dunia untuk mempamerkan produk inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berpotensi tinggi untuk dikomersilkan. Selain itu produk-produk ciptaan ini turut berupaya menjadi solusi terbaik dalam menyokong pembangunan industri dan masyarakat yang lebih mapan.

maklumat lanjut sila layari : www.mte.org.my/

#teamutem#myutem#utemcampus#utem2021#utemmyhome#staysafe#utemprihatin#utemcares#mte2021virtual

Posted in February 2021 | Leave a comment

Vitamin C

Vitamin C atau asid askorbik ialah nutrien berperanan sebagai antioksida menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan dan berfungsi meningkatkan daya tahan badan daripada penyakit berjangkit seperti selesema atau influenza.

Orang dewasa hanya perlukan 70 mg Vitamin C sehari. 3 sajian sayuran dan 2 sajian buahan sudah dapat memenuhi keperluan Vit C harian anda.
Makanan semulajadi tinggi Vit C antaranya:

1. Jambu batu

2. Betik

3. Kailan

4. Sawi

5. Brokoli

6. Longan

7. Pucuk gajus

8. Ulam raja


Tidak perlu berlebihan kerana boleh memudaratkan kesihatan selain pembaziran.
Dapatkan nasihat profesional daripada ahli farmasi sebelum mengambil suplemen Vit C.

Sumber:

Pusat Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 

Posted in February 2021 | Leave a comment

Enam Kategori Pelajar IPT Dibenarkan ke Kampus

Anda perlu semak status kebenaran pulang ke kampus melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP) terlebih dahulu. Jika dibenarkan, maka ada arahan yang perlu diikuti seperti yang tertera di dalam SMP. Jika tidak, mungkin anda tersenarai untuk kemasukan fasa 2. Atau, fakulti telah menetapkan anda untuk meneruskan pengajian secara online sepenuhnya.Semua pelajar yang dibenarkan masuk akan ditempatkan di Pusat Pengasingan (Kolej Kediaman yang telah ditentukan) selama 10 hari. Pelajar tertakluk kepada semua arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.Pelajar dari Sabah dan Sarawak akan dibantu oleh Pejabat TNC HEP untuk pembelian tiket penerbangan mengikut jadual yang dirancang bersama syarikat penerbangan.Pergerakan kembali ke kampus hanya bermula 1 Mac 2021 sahaja.Sekiranya anda berkeperluan mendesak untuk kembali ke kampus tetapi tidak tersenarai? Mohon rujuk kepada fakulti masing-masing.Kekal tenang. Bersama kita memecahkan rantaian pandemik Covid19 ini.

Sumber: HEP UTeM

Posted in February 2021 | Leave a comment