
Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan satu sesi pembentangan laporan akhir latihan industri oleh pelajar praktikum dari UiTM Puncak Perdana, Shah Alam dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan (Kampus Rembau). Terdapat 6 orang pelajar praktikum yang membentangkan 3 projek mereka iaitu:



Para pelajar ini telah menjalani latihan industri di PLH bermula 1 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021. Sesi pembentangan ini adalah untuk menilai kemampuan mereka dalam mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan melalui bidang pengkhususan mereka untuk sumbangan kepada PLH. Sesi pembentangan dimulai oleh Fatimah Azzahra Mohd Nohor dan Ain Farahanim Yusree yang membentangkan projek bertajuk “Technical Issues And Improvement of UTeM e-Print & The Strategy Of Visibility And Ranking UTeM-IR”. Pembentangan kedua oleh Nur Syahirah Kamaruddin dan Nur Farrahin Mazlan dengan tajuk “Statistik Perkhidmatan & Ruang di Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM” dan manakala pembentangan terakhir oleh Siti Nuraidah Ahmad Fauzoli dan Siti Suraya Khamis dengan tajuk pembentangan ialah “Laporan Soal Selidik PLH Kampus Teknologi”.

Turut hadir bagi sesi pembentangan ini ialah Timbalan Ketua Pustakawan Kanan iaitu En. Azman bin Hj. Ayup dan para Pustakawan serta kakitangan PLH. Timbalan Ketua Pustakawan juga memberi pandangan dan panduan terhadap projek-projek yang dibentangkan. Alhamdulillah sesi pembentangan berjalan dengan lancar dan sempurna.






Sesi pembentangan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dan sesi penyampaian cenderamata kepada semua pelajar dan juga diiringi dengan acara sesi bergambar. Semoga semua pelajar praktikum ini sukses dalam alam perkejaan kelak dan mampu memberi perkhidmatan yang cemerlang di masa akan datang.