PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PLH “SEMARAK SADAQAH BERTAUT UKHWAH” (SSBU) TAHUN 2021

Program Khidmat Masyarakat PLH iaitu ‘Semarak Sadaqah Bertaut Ukhwah’ kembali lagi dan kali ini 8 keluarga yang merupakan fakir miskin menerima manfaat sempena Ramadan Al-Mubarak. Program ini diadakan pada setiap tahun bermula dari tahun 2014 sehingga kini. Sumbangan barangan berupa keperluan asas seperti beras, minyak, susu dan lain-lain lagi dikumpul menerusi sumbangan daripada para dermawan. Terima kasih juga kepada sukarelawan PLH yang menjayakan penghantaran barangan penerima sumbangan. Semoga dengan adanya program ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh penerima-penerima sumbangan serta dapat menjalinkan ukhwah sesama insan. Semoga segala usaha dan amal bakti ini akan diberkati Allah SWT.