Lawatan Akademik: Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)

6 Ogos 2025 – Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) menerima kunjungan seramai 30 orang pelajar dan 13 orang pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dalam satu lawatan akademik. Kehadiran rombongan ini telah menceriakan lagi suasana perpustakaan dengan semangat yang penuh keterujaan dan aura positif yang dibawa oleh para pelajar serta pensyarah.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di PLH. Antara pengisian termasuklah taklimat ringkas sumber rujukan digital dan bercetak, perkhidmatan sirkulasi, kemudahan pencarian maklumat dalam talian, serta akses kepada pangkalan data akademik yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Para peserta turut diberi pendedahan tentang ruang-ruang khas seperti bilik perbincangan, ruang ICT, sudut bacaan santai dan bilik latihan yang direka untuk menyokong pembelajaran secara kolaboratif. Penerangan ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang peranan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu yang menyeluruh serta menggalakkan para pelajar untuk memaksimumkan penggunaan kemudahan yang tersedia.

Selain itu, suasana menjadi lebih bermakna dengan interaksi yang mesra antara pelajar, pensyarah, dan warga PLH. Pertukaran pandangan, sesi soal jawab, dan perbincangan santai yang berlangsung telah mewujudkan suasana pembelajaran yang positif serta memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu. Bagi pihak perpustakaan, kesempatan ini turut membuka ruang untuk menjalin hubungan akademik yang lebih erat bersama KMM pada masa akan datang.

Semoga lawatan ini bukan sekadar singgahan biasa, tetapi menjadi pengalaman berharga yang membuka mata dan hati terhadap dunia ilmu pengetahuan. PLH mendoakan agar para pelajar KMM terus sukses dalam pengajian mereka, serta menjadikan ilmu sebagai bekalan terbaik untuk masa depan. 💛

Posted in August 2025 | Leave a comment

Lawatan Akademik SMK Mersing, Johor Darul Takzim Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 23 Jun 2025 (Isnin), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing, Johor Darul Takzim. Seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar dan guru diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan guru di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in June 2025 | Leave a comment

Lawatan Akademik SMK Ayer Lanas, Kelantan Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 30 Mei 2025 (Jumaat), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Kelantan. Seramai 35 orang pelajar dan 6 orang guru yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar dan guru diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan guru di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in June 2025 | Leave a comment

𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍𝐇𝐎𝐔𝐑 𝟐𝟒 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 / 𝟐𝟓 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, program World Quran Hour di Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah berjaya dilaksanakan sebagai acara tahunan yang penuh dengan keberkatan dan penghayatan.

Pada hari yang mulia ini, seluruh warga PLH telah bersama-sama meluangkan waktu untuk membaca, memahami, dan menghayati Surah Al-Saff, sebuah surah yang mengandungi banyak pengajaran dan pedoman hidup. Melalui program ini, kami mengukuhkan komitmen untuk mendalami Al-Quran dan menyebarkan mesej-mesej kebaikan dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga dengan keberkatan yang tercurah melalui pembacaan Al-Quran ini, kita terus diberi petunjuk dan kekuatan dalam menuntut ilmu, serta berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Marilah kita berdoa agar setiap langkah kita diberkati oleh Allah, dan program Quran Hour ini terus memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Posted in March 2025, Uncategorized | Leave a comment

Talkshow@PLH: “Rahsia Jimat Cukai: e-Filing BE Tahun Taksiran 2024”

Pada 12 Mac 2025 (Rabu), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah mengadakan program Talkshow@PLH yang bertajuk “Rahsia Jimat Cukai: e-Filing BE Tahun Taksiran 2024”. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan yang disediakan kepada pembayar cukai dalam pengisian dan penghantaran borang cukai secara dalam talian. Sistem ini bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga mengurangkan kesilapan manusia yang sering berlaku dalam pengisian borang secara manual.

Program ini menampilkan penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang keselamatan dan kewangan, iaitu Yang Dihormati Puan Azlina Binti Hussin, Timbalan Pegawai Perhubungan Awam (DCCO), Unit Pendidikan Cukai, Seksyen Khidmat Pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Melaka. Beliau akan membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta serta pembayar cukai mengenai e-Filing dan cara pengisian borang cukai pendapatan dengan lebih cekap, serta bagaimana mereka boleh memperoleh pelepasan cukai yang betul dan maksimum.

Selain sesi talkshow yang penuh dengan informasi, program ini turut menawarkan slot pameran interaktif. Dalam pameran ini, peserta dapat memperoleh maklumat terkini mengenai perubahan dalam peraturan cukai serta cara mengelakkan kesilapan semasa mengisi borang cukai pendapatan atau borang e-Filing.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PLH dalam menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai agensi berkaitan untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai. Inisiatif ini juga menyokong pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat serta memperkukuh hubungan erat antara komuniti kampus dan masyarakat sekitar.

Posted in Mac 2024, March 2025 | Leave a comment

Talkshow@PLH: “Awas Scammer: Hati-Hati Klik, Jangan Jadi Mangsa!”

Pada 15 Januari 2025 (Rabu), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan program Talkshow@PLH bertajuk “Awas Scammer: Hati-Hati Klik, Jangan Jadi Mangsa!” bagi berkongsi maklumat penting kepada warga kampus dan komuniti setempat mengenai ancaman penipuan dalam talian. Program yang berlangsung di Ruang Santai, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penipuan siber yang semakin berleluasa serta memperkenalkan pelbagai jenis modus operandi yang digunakan oleh penjenayah siber.

Program ini akan menampilkan dua penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang keselamatan dan kewangan, iaitu Yang Dihormati Tuan Supritenden Sundra Rajan a/l Ellumalai, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka, yang akan berkongsi tentang aspek keselamatan dan pencegahan jenayah siber. Turut serta ialah Yang Dihormati Encik Mohd Nazri Bin Hasan, Ketua Jualan Wilayah RHB Bank, yang akan memberi penerangan mengenai aspek kewangan dan langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi serta kewangan daripada ancaman scammer.

Selain sesi talkshow yang informatif, program ini turut menawarkan slot pameran interaktif, di mana peserta boleh mendapatkan maklumat tambahan daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam pencegahan jenayah siber dan keselamatan kewangan. Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan lebih mendalam tentang teknik terbaru yang digunakan oleh scammer serta kaedah terbaik untuk melindungi diri daripada ancaman tersebut.

Melalui program ini, peserta akan didedahkan kepada langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. Ancaman ini bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian kewangan, tetapi juga memberi kesan buruk terhadap tekanan emosi dan reputasi individu yang terlibat. Oleh itu, adalah penting untuk semua lapisan masyarakat memahami risiko yang ada dan bertindak secara proaktif bagi mencegahnya.

Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan PLH dalam menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi berkaitan bagi menyediakan maklumat yang boleh dipercayai. Inisiatif ini juga menyokong usaha pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat di samping memperkukuh hubungan erat antara komuniti kampus dan masyarakat sekitar.

Kami berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menjadi langkah proaktif dalam membentuk masyarakat yang lebih celik teknologi serta bijak dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini.

Posted in January 2025 | Tagged , | Leave a comment

Lawatan Delegasi dari SMAN 1 Payakumbuh Provinsi Sumatera Barat, Indonesia Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 9 Januari 2025 (Khamis), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari SMAN 1 Payakumbuh Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Seramai 25 orang pelajar dan 3 orang guru yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar dan guru diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan guru di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in January 2025 | Tagged | Leave a comment

Lawatan Delegasi dari Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka dari Indonesia Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 21 November 2024 (Khamis), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka dari Indonesia. Seramai 55 orang pelajar dan 10 orang pensyarah yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar dan pensyarah diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan pensyarah di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in November 2024 | Leave a comment

Lawatan Dari Sekolah Menengah Teknik Melaka, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 16 November 2024 (Sabtu), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Teknik Melaka, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas. Seramai 92 orang pelajar dan 5 orang guru yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar dan guru diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan guru di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in November 2024 | Leave a comment

Lawatan Dari Jawaharlal Nehru Technological University Kakinada (JNTUK), India Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 24 Oktober 2024 (Khamis), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Jawaharlal Nehru Technological University Kakinada (JNTUK), India. Seramai 23 pensyarah dari beberapa fakulti di Jawaharlal Nehru Technological University Kakinada (JNTUK), India menyertai lawatan ini bagi tujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.

Pengunjung di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga lawatan ini memberi manfaat dan nilai tambah kepada semua yang terlibat.

Posted in Oktober 2024 | Leave a comment