HARI LEBAH SEDUNIA 2020

Hari Lebah Sedunia disambut pada 20 Mei setiap tahun. Tujuan Hari Lebah Sedunia adalah untuk mengakui peranan lebah dan pendebunga lain untuk ekosistem. Setiap tahun pada hari ini, masyarakat global akan memberi tumpuan kepada pentingnya memelihara lebah madu dan semua pendebunga lain. Ia juga memperingati ulang tahun kelahiran Anton Janson, pengasas peternakan lebah dan pada abad ke-18 mempelopori teknik pemeliharaan lebah moden di Slovenia asalnya dan memuji lebah kerana kemampuan mereka bekerja begitu keras.

Lebah sangat penting kerana secara global terdapat lebih banyak lebah madu daripada jenis lebah dan serangga pendebungaan yang lain, jadi ini adalah penyerbuk tanaman makanan yang paling penting di dunia. Dianggarkan bahawa sepertiga makanan yang kita makan setiap hari bergantung pada pendebungaan terutama oleh lebah, tetapi juga oleh serangga, burung dan kelawar yang lain. Lebah membawa serbuk sari dari tanaman ke tanaman dan bunga ke bunga dalam proses yang disebut pendebungaan. Lebah bertanggungjawab untuk menyerbuki hampir 85% dari semua tanaman makanan untuk manusia. Lebah tidak hanya sangat penting bagi manusia, tetapi juga berfungsi untuk seluruh ekosistem. Seperti yang kita ketahui, lebah membolehkan tanaman berkembang biak melalui pendebungaan. Tumbuhan ini menyumbang kepada sistem makanan dengan memberi makan haiwan selain manusia seperti burung dan serangga.  Sebenarnya, satu pertiga daripada bekalan makanan global kita diserbuki oleh lebah.

Selamatkan lebah! Satu koloni lebah boleh mengepung 300 juta bunga setiap hari. Biji-bijian terutama diserbuki oleh angin, tetapi buah-buahan, kacang-kacangan dan sayur-sayuran diserbuki oleh lebah. Tujuh puluh daripada 100 tanaman makanan manusia teratas yang menyediakan sekitar 90 peratus nutrien dunia diserbuki oleh lebah. Mari kita sama-sama menjaga ekosistem bumi kita demi kepentingan bersama di masa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBAH SEDUNIA 2020!!!

 

Posted in May 2020 | Leave a comment

HEBAHAN 1 GAMBAR 1000 MAKNA : PEJABAT PERTAMA KUTKM

1 Gambar 1000 Makna bagi Laman Memori Korporat yang bertajuk ‘Pejabat Pertama KUTKM’

Himpunan gambar Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi gambar-gambar yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM

Posted in May 2020 | Leave a comment

LAMAN MEMORI KORPORAT : PEMILIHAN TAMAN TASIK UTAMA SEBAGAI KAMPUS SEMENTARA KUTKM

Laman Memori Korporat: Menelusuri Kecemerlangan dan Kegemilangan UTeM yang bertajuk ‘Pemilihan Taman Tasik Utama Sebagai Kampus Sementara KUTKM

Himpunan koleksi artikel Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi penulisan artikel yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM

 

Sumber Rujukan:

[1] Siri Perutusan Tahunan Rektor: Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (2004)

[2] Temubual Tebaga Penggerak Utama UTeM: Profesor Datuk Dr. Mohd Ruddin bin Ab. Ghani

Posted in May 2020 | Leave a comment

LAMAN MEMORI KORPORAT : IDEA PENUBUHAN KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Laman Memori Korporat: Menelusuri Kecemerlangan dan Kegemilangan UTeM yang bertajuk ‘Idea Penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia

Himpunan koleksi artikel Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi penulisan artikel yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM.

Sumber Rujukan:

[1] Siri Perutusan Tahunan Rektor: Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (2004)

[2] Laporan Tahunan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) (2001)

[3] Temubual Tenaga Penggerak Utama UTeM:

          i. Profesor Datuk Dr. Mohd Ruddin bin Ab. Ghani

         ii. Profesor Datuk Ismail bin Hassan

        iii. Profesor Dr. Mohamad Ishak bin Desa

         iv. Puan Hajah Faridah binti Haji Md. Amin

           v. Puan Hajah Noraida binti Attan

Posted in May 2020 | Leave a comment

SELAMAT HARI GURU

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini adalah tema hari guru pada tahun 2020 yang disambut pada setiap 16 Mei. Tema ini dipilih kerana sangat bersesuaian dengan peranan guru dalam mendidik anak bangsa dengan memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Warga pendidik juga akan meraikan dan juga diraikan oleh semua pihak pada hari istimewa ini setiap tahun dan ianya menjadi acara tahunan.

Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya penuh dengan liku dan cabaran, ia memerlukan kesabaran, kecekalan dan ketabahan dalam mendidik anak bangsa agar mereka menjadi manusia berguna. Kegigihanmu dalam mendidik anak bangsa tidak akan kami lupakan kerana pengorbananmu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit dan hanya tuhan saja bisa membalas budimu wahai guru. Orang yang hebat boleh melahirkan beberapa karya bermutu akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat. Kehebatan mu wahai guru tidak bisa digambarkan dengan kata-kata dan guru tidak hanya mengajar malahan mendidik dengan penuh kasih saying sehingga anak didikan mengenal apa erti kehidupan yang penuh nilai budi pekerti.

Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah dalam mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah di masa hadapan. Mungkin dimata kasar kelihatan seperti kecik fizikalnya akan tetapi tetap BESAR jasa dan peranannya. Kami dari Perpustakaan Laman Hikmah Universiti Teknikal Malaysia Melaka ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik dan anda sememangnya insan yang HEBAT!!!!!

Posted in May 2020 | Leave a comment

EBSCO GLOBAL WEBINAR SERIES

Join us at EBSCO Global Webinar Series
We have several engaging sessions coming up offering librarians around the globe the chance to better support the online research needs of their faculty, students and researchers. All dates and times displayed are US Eastern Daylight Time (EDT), if you are located in South East Asia, it is between 12 to 13 hours ahead;
Click on the timing to register.
  • May 19 – How the Library Can Support the Research Process & Institutional Repository

6:00 PM | 1:00 AM (May 20) | 8:00 AM (May 20)

  • May 21 – How to Train Your Users on Business Source Ultimate Using COVID-19: “How Will COVID-19 Impact the Global Economy”

6:00 PM | 1:00 AM (May 22) | 8:00 AM (May 22)

  • May 26 – FOLIO Community Update

9:00 PM | 1:00 AM (May 27) | 8:00 AM (May 27)

  • May 28 – Preserving and Safeguarding Our Cultural Heritage

6:00 PM | 1:00 AM (May 29) | 8:00 AM (May 29)

  • June 2 – How Library Resources Can Further Education as well as Personal Development

6:00 PM | 1:00 AM (June 3) | 8:00 AM (June 3)

  • June 4 – Coffee (or Tea) with EBSCO – A Roundtable Discussion with Your Colleagues (Part 2)

8:00 PM | 1:00 AM (June 5)| 8:00 AM (June 5)

Enjoy the session!

Enquiry: Cik Norazizah binti Md Tahir ([email protected] / 06-2701279)

Posted in May 2020 | Tagged , | Leave a comment

OPS HANTAR PULANG PELAJAR

Setelah pengumuman dibuat oleh Kerajaan untuk pelajar IPT dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dan ianya juga diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pengajian Tinggi. Oleh itu, pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah mengambil langkah-langkah yang ditetapkan bagi menghantar pelajar-pelajar pulang ke kediaman masing-masing. Pihak UTeM telah menyempurnakan 6 operasi penghantaran pulang penuntutnya setakat hari ini yang mana peringkat pertama bagi Zon Selatan, peringkat kedua ke Zon Tengah 1, peringkat ketiga penghantaran pulang ke Sabah dan Sarawak, peringkat keempat Zon Pantai Timur, peringkat kelima sebelum ini Zon Tengah 2 iaitu negeri Perak dan yang terkini peringkat keenam iaitu ke Zon Utara iaitu negeri Perlis, Pulau Pinang dan Kedah.  Kelihatan wajah-wajah ceria pelajar-pelajar kerana dapat pulang ke kampung halaman masing-masing setelah lama tinggal di asrama dan rumah sewa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Pelajar bersiap sedia untuk pulang ke kampong

 

 

Bagi memastikan kelancaran Ops hantar pulang pelajar, kakitangan UTeM juga bertungkus lumus dalam menjayakan ops ini dan banyak jabatan yang terlibat dari bermulanya proses pendaftaran pelajar, penyusunan tempat supaya terdapat penjarakan sosial, penyusunan mengikut zon, pemeriksaan kesihatan dan suhu, penyediaan hand sanitizer dan mask kepada pelajar, pemandu-pemandu yang ditugaskan membawa bas mengikut zon, polis bantuan dan pegawai pengiring juga tidak terkecuali untuk memastikan kelancaran ops ini serta pegawai-pegawai yang terlibat dengan lain-lain tugasan bagi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kakitangan UTeM juga membantu bagi menjayakan Ops hantar pulang pelajar

 

 

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap berkata, “kelancaran proses penghantaran, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta kerjasama baik seluruh jentera agensi kerajaan yang terlibat. Secara keseluruhannya aspek pematuhan SOP dilaksanakan dengan jayanya meliputi pelajar, staf yang terlibat serta kenderaan terbabit sejak dari awal hingga selesai proses. Kesemua kenderaan yang digunakan turut sekali lagi melalui proses dinyah cemar sekali lagi sejurus selesai penghantaran pelajar dan sebelum bergerak pulang ke kampus induk UTeM. Penzahiran kerjasama baik dari Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi kerajaan terbabit turut menjadi pelengkap kepada keberhasilan operasi peringkat pertama ini”.

Taklimat daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap

Suasana di dalam Dewan Canselor UTeM dengan melakukan penjarakan sosial

Kerjasama dari Polis Diraja Malaysia

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara agensi yang terlibat bagi mengambil langkah pencegahan jangkitan COVID-19, dengan membuat disinfeksi di setiap bas yang membawa pulang pelajar dari kampus untuk pulang ke kediaman keluarga mereka. Berikut adalah proses nyah cemar yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat terhadap bas-bas yang digunakan. Penugasan disinfeksi dibuat sebelum dan selepas bas bergerak, dengan mencuci setiap bahagian bas dari dalam hingga ke luar. Sebelum memasukkan beg pelajar ke dalam bas, anggota bomba terlebih dahulu mengumpulkan beg-beg pelajar di satu tempat untuk disembur dan disanitasi sebagai langkah pencegahan wabak berkenaan. Selepas semburan dan sanitasi selesai dibuat pada beg mereka, barulah barangan mereka diletakkan di ruangan tempat meletak barangan. Ini bagi  memastikan supaya tiada unsur-unsur penularan wabak COVID-19 dibawa oleh penuntut IPT, ketika berada di dalam bas dan pihak bomba sangat serius dalam perkara ini.

Proses dinyah cemar pada bas oleh anggota Bomba

Proses dinyah cemar pada beg oleh anggota Bomba

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira, Dr Raha Abdul Rahim yang turut memantau dan mengikuti sepanjang proses penghantaran ini dan gembira apabila operasi ini berjalan dengan efisien dan lancar dan terus menjadi momentum terbaik bagi memastikan keberjayaan proses penghantaran penuntut bagi semua peringkat. Secara umumnya UTeM sentiasa komited dalam menjayakan amanat yang telah disandarkan oleh pihak kerajaan secara ammya dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara khususnya.

Taklimat daripada Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira, Dr Raha Abdul Rahim

Sebelum menaiki bas semua pelajar akan diperiksa suhu badan bagi memastikan pelajar benar-benar sihat dan bebas dari wabak Covid-19 dan mereka akan meneruskan perjalan ke kampung halaman. Ini juga adalah salah satu langkah pencegahan yang telah ditetapkan mengikut pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pemeriksaaan suhu

Kelihatan bas-bas telah siap sedia parkir di perkarangan Dewan Canselor UTeM untuk membawa pelajar pulang ke negeri masing-masing. Para pelajar juga kelihatan patuh dengan tatacara menaiki bas dengan beratur dan mengambil tempat duduk mengikut garisan had penjarakan sosial yang disediakan. Kelihatan bas-bas dari IPTA lain juga turut serta, ini kerana semua IPTA telah bekerjasama dalam menjayakan Ops Hantar Pulang Pelajar di seluruh negeri. Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira, Dr Raha Abdul Rahim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap serta kakitangan UTeM melambai dan mengucapkan selamat jalan kepada pelajar-pelajar setelah bas yang mula bergerak memulakan perjalanan. Bas-bas ini juga diiringi oleh Polis Diraja Malaysia dan Polis Bantuan UTeM.

Suasana di tempat parkir bas

Kerjasama dari IPTA lain untuk Ops Hantar Pulang Pelajar

Wajah ceria pelajar beratur dan berada di dalam bas dengan melakukan penjarakan sosial

Lambaian Selamat Jalan dari Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira, Dr Raha Abdul Rahim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap serta kakitangan UTeM

Polis Bantuan UTeM mengiringi bas-bas yang memulakan perjalanan

Berikut adalah suasana di Lapangan terbang KLIA bagi kumpulan pelajar untuk penerbangan ke Sabah Sarawak pada pagi 11 Mei 2020. Alhamdulillah, pihak UTeM menerima slot daripada pihak MAS bagi kumpulan ini. Dan sudah pasti, pihak UTeM akan menunggu slot seterusnya bagi penerbangan pelajar-pelajar lain ke Sabah dan Sarawak. Para pelajar juga dilihat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai penutup mulut dan hidung dan mematuhi penjarakan sosial ketika check-in dan sepanjang berada di Lapangan Terbang KLIA.

Suasana di Lapangan Terbang KLIA

Alhamdulilah, ramai pelajar-pelajar UTeM telah selamat sampai ke pangkuan keluarga di negeri masing-masing. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang bekerja keras dalam memastikan semua berjalan lancar. Kelihatan ahli keluarga pelajar-pelajar juga merasa bersyukur kerana anak mereka selamat tiba di kampung halaman dan kelihatan ibu ayah yang menyambut kepulangan anak-anak mereka dengan wajah yang ceria serta mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan ops ini sehingga anak mereka selamat sampi ke pangkuan keluarga.

Wajah-wajah kegembiraan ahli keluarga menerima kepulangan anak tercinta

 

Semoga semua pelajar dapat menjaga kesihatan sepanjang berada di kampung dan merayakan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Pelajar juga diingatkan supaya patuh dengan arahan kerajaan berkaitan dengan tatacara menyambut aidilfitri bersama ahli keluarga di kampung halaman. Semoga kita semua dijauhi dan dapat mencegah wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita. Walaubagaimana pun, para pelajar tetap akan menjalani kelas online bersama pensyarah-pensyarah mengikut jadual kelas yang akan dikeluarkan. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini juga terdapat perkhidmatan online yang disediakan oleh pihak utem. Pihak Perpustakaan Laman Hikmah juga tidak ketinggalan menyediakan banyak perkhidmatan online dan pemberitahuan perkhidmatan online ini akan dipanjangkan melalui email dan media sosial rasmi Perpustakaan Laman Hikmah. Semoga dengan inisiatif menyediakan perkhidmatan online ini dapat membantu dan memudahkan para pelajar untuk berurusan.

Posted in May 2020 | Leave a comment

Selamat Menyambut Hari Jururawat

 

Hari Jururawat Sedunia ini adalah hari yang mulia bagi semua jururawat, dan diraikan dengan pelbagai aktiviti di merata dunia dan ianya di sambut pada 12 Mei pada setiap tahun. Profesion jururawat adalah profesion yang mulia, yang memerlukan kesabaran dan dedikasi dan sentiasa mengwujudkan sikap mementingkan kerja di atas diri sendiri. Jika masa dahulu jururawat hanya mengambil arahan dari doktor untuk mengambil tindakan merawat pesakit, kini jururawat ada `Nursing Diagnosis’nya sendiri untuk mengenal pasti masaalah pesakit dan merancang keperluan dan kehendak pesakit mengikut keadaannya. Autonomi yang telah dicapai ini adalah baik untuk membela profesion jururawat, ini bermakna tidak ada seseorang pun yang boleh ambil alih tugas jururawat terlatih, sekiranya dia tidak menghadiri latihan yang lengkap yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia. Setiap tahun Hari Jururawat sedunia ada temanya sendiri yang digubal oleh “International Council of Nurses” dan tahun ini temanya adalah “A Voice to Lead : Nursing The World To Health”. Layanan dan jagaan yang baik dan profesional adalah satu tugas utama yang harus diingati dalam kejururawatan. Sikap tanggungjawab dan dedikasi kepada tugas-tugas yang diberikan kepada pesakit tua / muda, kanak-kanak atau dewasa, yang kurang upaya dan berbilang bangsa amatlah penting sekali. Sebagai barisan hadapan kini merawat penyakit merebak iaitu COVID-19, dedikasi jururawat disanjung tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Di harapkan ini akan berterusan segenap waktu. Pihak Perpustakaan Laman Hikmah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di seluruh negara dan khususnya jururawat yang kini menjadi barisan hadapan dalam menangani wabak pada hari ini. Syabas saya ucapkan kepada usaha anda dalam mengekalkan taraf kesihatan di negara kita yang tercinta. Semoga usaha-usaha mulia anda diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah yang Maha Berkuasa.

Selamat Menyambut Hari Jururawat!!!

Posted in May 2020 | Leave a comment

Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada nabi Muhammad sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.  Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada 17 Ramadhanyang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi s.a.w. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah 5 ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya  adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya  menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan. Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena Nuzul Quran. Amalan memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadan ini amatlah digalakkan. Membaca, tadabbur (menghayati) dan mengamalkannya. Al-Quran juga merupakan penawar dan menyelamatkan kita daripada pelbagai kerosakan. Ini kerana al-Quran sarat dengan pelbagai pedoman dan pengajaran untuk memandu manusia melalui kehidupan dunia dan akhirat. Orang yang selalu membaca al-Quran juga diharapkan beroleh kedudukan yang mulia di sisi ALLAH selain pertolongan di hari kiamat. Ini seperti mana sabda Nabi SAW bermaksud, “Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya” (Hadis Riwayat Muslim).
Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam sepanjang bulan suci Ramadhan ini. Semoga kita sentiasa mendapat tekad dan ketenangan untuk terus membaca dan mempelajari Al-Quran dengan harapan dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Posted in May 2020 | Leave a comment

SELAMAT HARI IBU

Ibu, 9 bulan dalam rahimmu dan pengorbanan yang tidak termampu untuk kami membalas jasamu, ibu telah mampu membawa anakmu ke mana pun biar mengusung dengan penuh sarat tanpa sedikit pun merasa ianya satu bebanan. Ibu kamu adalah orang pertama yang telah merawat anakmu sampai sekarang, jika bukan kerana perjuangan seorang ibu, anakmu tidak akan berada di dunia ini. Seorang ibu adalah cahaya dunia bagi setiap anak yang lahir di dunia ini. Luar biasa, begitu banyak perjuangannya telah dikorbankan dengan tenaga, waktu, harta, dan bukan itu sahaja, kerana cinta seorang ibu kepada seorang anak, apa sahaja sanggup di korbankan demi melihat anak tercinta membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Sungguh kami tidak dapat membalas jasa setiap keringat mu wahai ibu. Tidur mu yang tidak mencukupi demi menjaga anakmu siang dan malam. Apabila kami dewasa, ibu tetap akan memastikan kehidupan anaknya mendapat yang terbaik. Kami mengucapkan terima kasih kepada insan yang bergelar ibu yang telah merawat kami sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang. Kami tahu sedikit pun kamu tidak pernah meminta untuk kami sebagai anak untuk membalas jasamu kerana apa yang ibu beri adalah kasih sayang yang tulus dari hati yang ikhlas dari insan yang bernama ibu. Tanggal 10 Mei pada setiap tahun seluruh dunia akan menghargai pengorbanan seorang ibu dengan menyambut hari ibu. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua insan yang bergelar ibu tidak kira bangsa agama, sesungguhnya ibu adalah insan yang terhebat dan kasih ibu membawa ke syurga. SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.

Posted in May 2020 | Leave a comment