Skip to main content

BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE UTeM

UTeM telah melaksanakan pembelajaran secara online sepenuhnya sejurus bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak Covid-19. Dalam tempoh tersebut, pelajar yang pulang bercuti boleh mengikuti kelas secara online dari rumah atau lokasi masing-masing. Oleh itu pelajar akan menduduki Peperiksaan Semester Akhir bagi Semester II Sesi 2019/2020 yang akan dilaksanakan mulai 6 Julai 2020 hingga 19 Julai 2020 secara dalam talian.

Bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan ini satu Buku Panduan Peperiksaan Secara Dalam Talian telah disediakan untuk semua pelajar. Buku ini disediakan sebagai panduan kepada pelajar UTeM berkaitan dengan hal ehwal peperiksaan yang perlu diketahui bermula dari sebelum peperiksaan , semasa peperiksaan dan selepas peperiksaan bagi memudahkan pelajar. Buku panduan ini diharap dapat membantu para pelajar UTeM dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran dan seterusnya menjadi mahasiswa yang mempu bertindak secara profesional dan efektif.

Selamat menduduki peperiksaan dari kami Perpustakaan Laman Hikmah.

 

ASINGKAN SISA PEPEJAL ANDA DENGAN 3 LANGKAH MUDAH

KESEDARAN dan kerjasama masyarakat terhadap pengurusan dan pengasingan sisa pepejal domestik yang bermula di kediaman masing-masing adalah antara langkah penting dalam melestarikan persekitaran serta menjaga keharmonian sejagat.

Kewujudan perkhidmatan yang menguruskan sisa pepejal domestik bukanlah alasan untuk orang ramai mengabaikan ilmu pengasingan sampah, sebaliknya perlu bersama-sama melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

Pengasingan sisa pepejal adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan dari kediaman mengikut komposisi sisa pepejal.

Antara jenis komposisi sisa pepejal termasuk:

1. Kertas

Surat khabar, majalah, buku, kertas komputer, kertas berwarna, kotak kertas, kalendar dan sebagainya.

2. Plastik

Botol minuman ringan, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun basuh dan mandian, baldi dan sebagainya.

3. Bahan kitar semula

Kaca, seramik, tin aluminium, logam, barang elektrik (bateri, telefon bimbit), bahan fabrik, getah, sisa berbahaya (bekas penyembur ubat nyamuk, racun, pelarut)

4. Sisa baki

Sisa makanan, lampin pakai buang dan sisa kotor lain.

5. Sisa pukal

Peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari dan perabot lain.

Komposisi sisa pepejal yang diasing hendaklah dimasukkan ke dalam bekas atau plastik sampah bersesuaian, sebelum ia diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan bagi satu-satu kawasan kediaman.

Bagi sisa pukal pula, ia perlulah diletakkan secara kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan bagi sisa pepejal ini dilakukan sekali seminggu oleh syarikat konsesi dilantik.

Manakala, sisa baki pula perlu dimasukkan ke dalam plastik sampah, seterusnya dimasukkan ke dalam tong sampah sebelum kutipan dilakukan dengan kekerapan dua kali seminggu.

Dari segi sosial, pengabaian pelaksanaan pengasingan sisa pepejal domestik meninggalkan impak negatif bukan sahaja pencemaran alam dan udara, bahkan ia menarik kehadiran vektor pembawa penyakit.

Lebih membimbangkan, pengurusan sampah secara tidak efektif ini boleh menyebabkan satu-satu lokasi di kawasan kediaman menjadi tempat pembiakan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes (denggi), tikus (leptospirosis, salmonella) dan lipas (salmonella, poliomielitis).

Langkah mudah mengasingkan sisa pepejal

1. Asing mengikut jenis

2. Simpan sementara dalam bekas sesuai

3. Letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan

Objektif pengasingan sisa pepejal di rumah

1. Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.

2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.

3. Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.

4. Menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa.

Sudah tiba masanya rakyat mengubah cara hidup dengan mengamalkan kitar semula dan pengasingan sisa di punca jika tidak mahu Malaysia terus dipenuhi sampah.

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2019

Setinggi-tinggi tahniah kepada 4 kakitangan Perpustakaan Laman Hikmah yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2019. Antara nama-nama penerima APC ialah:-

  • Harulrizam bin Mohamed@Ghazali (Pustakawan Kanan)
  • Cik Norazizah binti Tahir (Pustakawan)
  • Zulkarnaen bin Mahat (Pembantu Pustakawan Kanan)
  • Ahmad Tarmizi bin Abdul Hadi (Pembantu Pustakawan)

Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga kerja Perpustakaan Laman Hikmah untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Anugerah Khidmat Cemerlang ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada semua warga kerja di Perpustakaan Laman Hikmah yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang khususnya pada tahun 2019.

Perpustakaan Laman Hikmah akan sentiasa komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi pengguna.

NADI PENGHUBUNG UTeM DAN KOMUNITI MALAYSIA, UTeM SETIAP HARI DILEMBARAN AKHBAR

Perpustakaan Laman Hikmah merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

Pengguna Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) kini boleh mengakses keratan akhbar UTeM dalam lembaran media cetak (Media Massa) mengikut tarikh dan link yang disediakan dibawah.

INFO KESIHATAN – SINDROM CARPAL TUNNEL

Adakah anda mengalami masalah tangan kebas dan sakit pada waktu malam ?
Kesakitan ini  semakin serius pada waktu pagi selepas bangun dari tidur sehingga merebak ke bahu.
Ini MUNGKIN gejala Carpal Tunnel Syndrome, sejenis masalah saraf yang berlaku akibat pergerakan yang berulang ulang di pergelangan tangan yang akibatkan saraf terhimpit.
.
Siapakah golongan berisko?
✔️ Pekerja yang menaip sepanjang hari di pejabat berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini.
✔️ Tukang jahit
✔️ Tukang masak
✔️ Ahli music
✔️ pekerja salon
✔️ Tukang gunting rambut
.
Cara terbaik untuk mencegah adalah dengan memastikan postur yang betul semasa melakukan kerja. Jangan lupa berehat dan lakukan regangan setiap 20 minit.

Dapatkan rawatan jika masalah berterusan dan semakin serius.

Sumber:
Unit Pesakit luar 
Pusat Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 

LAMAN MEMORI KORPORAT: ISTIADAT PEMASYURAN CANSELOR DAN MAJLIS KONVOKESYEN KOMEMORATIF KUTKM

Laman Memori Korporat: Menelusuri Kecemerlangan dan Kegemilangan UTeM yang bertajuk ‘ISTIADAT PEMASYURAN CANSELOR DAN MAJLIS KONVOKESYEN KOMEMORATIF KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA (KUTKM) .

Himpunan koleksi artikel Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi penulisan artikel yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM

 

AKSES PERCUMA: PressReader

Perpustakaan Laman Hikmah merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

Pihak pembekal Accucoms akan mengaktifkan akses PERCUMA bagi pangkalan data PressReader yang mengandungi pelbagai judul majalah dan surat khabar elektronik. Pengguna Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) boleh mengakses pangkalan data ini dengan mendaftar dan akses DI SINI atau di portal PLH . Tempoh akses selama 60 hari akan diberikan bermula dari tarikh pendaftaran. Pendaftaran hanya menggunakan emel UTeM sahaja.

Pautan pendaftaran akan TAMAT pada 30 Jun 2020. Oleh demikian, semua pengguna perlu membuat pendaftaran sebelum atau pada 30 Jun 2020 bagi menikmati akses percuma selama 60 hari.

Semoga pengaksesan percuma yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna PLH.

 

AKSES PERCUMA: PROQUEST CENTRAL

Perpustakaan Laman Hikmah merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

Pengguna Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) boleh mengakses pangkalan data ProQuest Central  sehingga 15 Ogos 2020 melalui pautan DI SINI atau di portal PLH secara percuma. Pihak pembekal Proquest akan mengaktifkan akses  pangkalan data ini yang mengandungi jurnal bagi subjek Business, Health and Medical, Language and Literature, Social Sciences, Education, Science and Technology, Performing and Visual Arts, History, Religion, Philosophy dan termasuk surat khabar dari seluruh dunia. Pengaksesan dari luar kampus juga adalah menggunakan pautan yang sama.

 

Semoga pengaksesan percuma yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna PLH.

Jom kenali apa itu integriti?

Perbendaharaan kata integriti pada asalnya bukanlah merujuk kepada konsep yang ada hubung kaitnya dengan kehidupan manusia. Perkataan integriti berasal daripada kata adjektif bahasa Latin ‘integer’ diguna pakai asalnya untuk menggambarkan keutuhan sesuatu struktur atau binaan (structural integrity). Hanya pada 1659, kosa kata ini diperluaskan penggunaannya untuk membezakan konsep benar dan salah dalam kehidupan manusia.

Pelbagai definisi integriti mula diketengahkan antaranya sebagai kualiti kejujuran dan ketinggian prinsip-prinsip moral yang dipegang oleh seseorang individu. Selain itu, integriti turut ditakrifkan sebagai tahap konsistensi antara nilai moral yang dipegang seseorang individu dengan cerminan tingkah laku (perkataan atau perbuatan) yang ditunjukkannya. -Utusan Melayu (M) Bhd , 27 Disember 2016-

Sedikit kata-kata hikmah untuk renungan kita bersama. Sentiasa ingat, integriti cerminan nilai harga diri. bachelorarbeit schreiben lassen services can support students in crafting well-researched and structured bachelor’s theses while adhering to academic standards and requirements.

*grafik ini bersaiz penanda buku, anda boleh cetak untuk dijadikan penanda buku atau dijadikan kata-kata hikmah untuk menghiasi ruangan kerja anda.

Sumber:

INFO PEJABAT PUU

Pejabat Penasihat Undang-Undang

Universiti Teknikal Malaysia Melaka