2 September 2025 – Perpustakaan Laman Hikmah sekali lagi melakar kenangan apabila menerima kunjungan daripada 36 orang pelajar bersama 4 orang pegawai pengiring dari Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Enam Enam, Kendari, Makasar. Kehadiran tetamu dari Indonesia ini amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja memperkayakan hubungan silaturrahim, malah memberi peluang kepada PLH untuk berkongsi pengalaman dalam dunia perpustakaan dan akademik.
Perkongsian Ilmu & Inspirasi
Sepanjang lawatan, para peserta diberi penerangan mengenai pelbagai koleksi sumber rujukan yang terdapat di PLH dan cara mengakses. Antara yang mendapat perhatian utama ialah koleksi tesis dan artikel jurnal yang menjadi rujukan penting dalam penulisan, penyelidikan, serta pengembangan ilmu pengetahuan. Penerangan ini bukan sahaja membuka mata para pelawat tentang kepelbagaian sumber, malah memberi kefahaman mendalam tentang peranan perpustakaan sebagai nadi kecemerlangan akademik.
Mengukuh Jaringan Kolaborasi
Perpustakaan Laman Hikmah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan akademik yang lebih erat, sekaligus memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar.
Syukur alhamdulillah, Forum Gema Merdeka MADANI yang bertemakan βLegasi Pejuang, Aspirasi Pewaris: Mengakar Nilai MADANI dalam Diri Anak Bangsaβ telah Berjaya diadakan pada 27 Ogos 2025 (10.30 pagi) di Ruang Santai, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk.
Barisan moderator dan panelis yang menjayakan sesi kali ini cukup hebat dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Sesi dikendalikan oleh Affi Syahfizal bin Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTeM, yang bertindak sebagai moderator. Beliau ditemani oleh dua panelis istimewa, iaitu Izzat bin Roslan, Presiden Kor SUKSIS, yang berkongsi pengalaman kepimpinan dan penglibatan aktif dalam pasukan beruniform, serta DSP Mohamad Hasnal bin Jamil dari Unit Anti Pengganas, Cawangan Khas E1, Bukit Aman, yang memberikan pandangan mendalam tentang isu keselamatan dan pencegahan ancaman.
Antara detik paling berkesan sepanjang program ialah perkongsian daripada DSP Mohamad Hasnal mengenai insiden pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013. Beliau bukan sekadar menyampaikan fakta, malah berkongsi pengalaman peribadinya menempuh detik genting ketika pertempuran tersebut berlaku. Pengunjung kelihatan terpegun mendengar cerita beliau yang sarat dengan butiran terperinci seperti daripada suasana tegang di lapangan sehinggalah keberanian pasukan keselamatan yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.
Momen ini bukan sahaja menyentuh hati, malah membuka mata audiens tentang erti sebenar pengorbanan dan semangat patriotisme. Ia turut memberi kesedaran bahawa keamanan yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada pengorbanan wira-wira negara yang tidak mengenal penat lelah dalam mempertahankan tanah air.Selain memberi ruang untuk mengimbau perjuangan lalu, forum ini juga menyuburkan rasa cinta kepada negara dan menanam tekad dalam kalangan generasi muda untuk mengamalkan nilai Malaysia MADANI dalam kehidupan seharian.
Jelaslah, semangat pejuang bukan hanya milik masa silam. Ia perlu terus diwariskan agar kita, sebagai pewaris bangsa, dapat mengisi kemerdekaan dengan ilmu, keberanian dan jati diri yang kukuh.
Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengorak langkah dalam membudayakan ilmu dan menyemarakkan agenda pembelajaran sepanjang hayat. Pada Julai dan Ogos 2025, satu inisiatif telah berjaya dilaksanakan dengan pembangunan Sudut Bacaan Sejahtera MADANI di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek, Melaka, yang merupakan kampung angkat UTeM.
Sudut bacaan ini dibangunkan sebagai ruang bacaan yang kondusif, inklusif dan mesra komuniti. Ia bukan sekadar tempat membaca, malah diharap menjadi pusat komuniti berteraskan ilmu seperti tempat penduduk berkumpul, berinteraksi serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bermanfaat yang berterusan.
Bagi menjayakan inisiatif ini, beberapa fasa aktiviti termasuk program peluncuran Sudut Bacaan Sejahtera MADANI telah dijalankan bermula pada 19 Julai 2025 hingga 15 Ogos 2025, melibatkan penglibatan aktif komuniti setempat bersama warga UTeM.
19 Julai 2025 β Pemberdayaan Komuniti & Pemindahan Ilmu
Bagi menyemarakkan pembangunan sudut bacaan, Program Pemberdayaan Komuniti & Pemindahan Ilmu Kampung Angkat MADANI UTeM telah dianjurkan dengan kerjasama JPKK Bukit Nibong, Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran (U-ACE), serta Kelab Artificial Intelligence, FTMK UTeM.
Antara aktiviti menarik yang mencuri perhatian penduduk ialah: π§ Aktiviti DIY Heavy Truck Alloy Car π€ Demonstrasi & pemasangan Robot EV3 π§ Taklimat pengenalan kepada Artificial Intelligence (AI)
Sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti kampung telah menyemarakkan suasana, membuktikan semangat perpaduan dan perkongsian ilmu dapat dipupuk melalui program seumpama ini.
8 Ogos 2025 β Menyulam Ilmu, Menyemai Harapan
Majlis Penyerahan Sudut Bacaan Sejahtera MADANI telah dilaksanakan dan disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTeM.
Seiring dengan semangat memartabatkan budaya ilmu, PLH telah menyiapkan Sudut Bacaan Sejahtera MADANI dengan sentuhan yang menarik dan selesa untuk kegunaan komuniti. Kerja-kerja menyiapkan sudut ini memerlukan masa serta komitmen yang tinggi, hasil daripada usaha berterusan PLH bersama rakan kolaborasi. Keindahan dan keselesaan yang diwujudkan diharap dapat memberi inspirasi serta mendorong masyarakat setempat, khususnya golongan muda, untuk menjadikan sudut bacaan ini sebagai ruang pembelajaran dan pertemuan yang bermanfaat. Majlis ini juga menandakan kejayaan kolaborasi pelbagai pihak yang telah sama-sama menyumbang dan menjayakan pembangunan sudut bacaan. Setinggi penghargaan diberikan kepada penaja, penyumbang dan rakan strategik termasuk JPKK Kampung Bukit Nibong, UTeM Holdings Sdn. Bhd., Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan & Buku Malaysia, serta pelbagai lagi organisasi yang telah berganding bahu demi menjayakan hasrat ini.
15 Ogos 2025 β Bicara Keusahawanan: Dari Impian ke Realiti
Kesinambungan program diteruskan dengan penganjuran Bicara Keusahawanan bersama penceramah jemputan, YBrs. Ts. Mohd Johari@Esa Bin Ibrahim, Alumni UTeM yang kini bergelar usahawan berjaya.
Bertempat di Balai Raya Kampung Bukit Nibong, sesi perkongsian bertajuk Berani Berniaga: Dari Impian ke Realiti! telah memberi inspirasi kepada para peserta yang terdiri daripada penduduk kampung yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Antara manfaat yang diperoleh masyarakat: β Pengetahuan & kemahiran keusahawanan β Penciptaan peluang pekerjaan & peningkatan ekonomi tempatan β Galakan menjana pendapatan sendiri β Pembinaan komuniti berdikari & kreatif β Rangkaian kerjasama antara usahawan
Semoga ilmu yang dikongsi menjadi pencetus semangat untuk lebih ramai usahawan kampung melangkah berani, seterusnya memacu kesejahteraan ekonomi komuniti.
β¨ PLH UTeM menaruh harapan agar Sudut Bacaan Sejahtera MADANI ini menjadi landasan untuk memupuk kecintaan terhadap ilmu, memperteguh semangat kebersamaan, serta membentuk komuniti yang berdaya saing, berpengetahuan dan berwawasan.
Pada 4 hingga 8 Ogos 2025, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) UTeM telah menerima kunjungan seramai 384 orang pelajar baharu Diploma bagi sesi akademik 2025/202 menerusi Program Literasi Maklumat yang dijalankan oleh Seksyen Rujukan. Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan kemudahan, perkhidmatan, dan bahan bacaan yang tersedia di perpustakaan kepada pelajar, di samping membimbing mereka menguasai kemahiran literasi maklumat.
Pelajat baharu yang terlibat adalah terdiri daripada lima fakulti teknologi dan kejuruteraan, iaitu:
Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP)
Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Elektrik (FTKE)
Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Elektronik & Komputer (FTKEK)
Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)
Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK)
Melalui program ini juga, pelajar akan diberi penerangan berkaitan teknik mencari maklumat menggunakan Online Public Access Catalog (OPAC), pengaksesan pangkalan data termasuk e-buku serta penggunaan sumber sahih bagi penulisan akademik. Kemudian, mereka dibawa melawat ke dalam bangunan PLH, Kampus Induk untuk melihat dengan lebih dekat setiap ruang, perkhidmatan dan kemudahan yang ada.
Program yang dijalankan pada setiap kali kemasukan pelajar baharu ini bukan sahaja membantu pelajar mengenal pasti sumber maklumat dengan lebih cepat dan tepat, malah membina keyakinan mereka untuk menggunakan perpustakaan sebagai pusat rujukan utama sepanjang pengajian mereka di UTeM. Pelajar juga berpeluang berinteraksi dengan staf perpustakaan, sekali gus mewujudkan hubungan mesra yang akan memudahkan urusan mereka di masa hadapan.
6 Ogos 2025 – Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) menerima kunjungan seramai 30 orang pelajar dan 13 orang pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dalam satu lawatan akademik. Kehadiran rombongan ini telah menceriakan lagi suasana perpustakaan dengan semangat yang penuh keterujaan dan aura positif yang dibawa oleh para pelajar serta pensyarah.
Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di PLH. Antara pengisian termasuklah taklimat ringkas sumber rujukan digital dan bercetak, perkhidmatan sirkulasi, kemudahan pencarian maklumat dalam talian, serta akses kepada pangkalan data akademik yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Para peserta turut diberi pendedahan tentang ruang-ruang khas seperti bilik perbincangan, ruang ICT, sudut bacaan santai dan bilik latihan yang direka untuk menyokong pembelajaran secara kolaboratif. Penerangan ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang peranan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu yang menyeluruh serta menggalakkan para pelajar untuk memaksimumkan penggunaan kemudahan yang tersedia.
Selain itu, suasana menjadi lebih bermakna dengan interaksi yang mesra antara pelajar, pensyarah, dan warga PLH. Pertukaran pandangan, sesi soal jawab, dan perbincangan santai yang berlangsung telah mewujudkan suasana pembelajaran yang positif serta memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu. Bagi pihak perpustakaan, kesempatan ini turut membuka ruang untuk menjalin hubungan akademik yang lebih erat bersama KMM pada masa akan datang.
Semoga lawatan ini bukan sekadar singgahan biasa, tetapi menjadi pengalaman berharga yang membuka mata dan hati terhadap dunia ilmu pengetahuan. PLH mendoakan agar para pelajar KMM terus sukses dalam pengajian mereka, serta menjadikan ilmu sebagai bekalan terbaik untuk masa depan. π
Pada 23 Jun 2025 (Isnin), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing, Johor Darul Takzim. Seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar dan guru diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.
Pelajar dan guru di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.
PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.
Pada 30 Mei 2025 (Jumaat), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Kelantan. Seramai 35 orang pelajar dan 6 orang guru yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar dan guru diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.
Pelajar dan guru di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.
PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, program World Quran Hour di Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah berjaya dilaksanakan sebagai acara tahunan yang penuh dengan keberkatan dan penghayatan.
Pada hari yang mulia ini, seluruh warga PLH telah bersama-sama meluangkan waktu untuk membaca, memahami, dan menghayati Surah Al-Saff, sebuah surah yang mengandungi banyak pengajaran dan pedoman hidup. Melalui program ini, kami mengukuhkan komitmen untuk mendalami Al-Quran dan menyebarkan mesej-mesej kebaikan dalam setiap aspek kehidupan.
Semoga dengan keberkatan yang tercurah melalui pembacaan Al-Quran ini, kita terus diberi petunjuk dan kekuatan dalam menuntut ilmu, serta berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Marilah kita berdoa agar setiap langkah kita diberkati oleh Allah, dan program Quran Hour ini terus memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
Pada 12 Mac 2025 (Rabu), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah mengadakan program Talkshow@PLH yang bertajuk “Rahsia Jimat Cukai: e-Filing BE Tahun Taksiran 2024”. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan yang disediakan kepada pembayar cukai dalam pengisian dan penghantaran borang cukai secara dalam talian. Sistem ini bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga mengurangkan kesilapan manusia yang sering berlaku dalam pengisian borang secara manual.
Program ini menampilkan penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang keselamatan dan kewangan, iaitu Yang Dihormati Puan Azlina Binti Hussin, Timbalan Pegawai Perhubungan Awam (DCCO), Unit Pendidikan Cukai, Seksyen Khidmat Pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Melaka. Beliau akan membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta serta pembayar cukai mengenai e-Filing dan cara pengisian borang cukai pendapatan dengan lebih cekap, serta bagaimana mereka boleh memperoleh pelepasan cukai yang betul dan maksimum.
Selain sesi talkshow yang penuh dengan informasi, program ini turut menawarkan slot pameran interaktif. Dalam pameran ini, peserta dapat memperoleh maklumat terkini mengenai perubahan dalam peraturan cukai serta cara mengelakkan kesilapan semasa mengisi borang cukai pendapatan atau borang e-Filing.
Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PLH dalam menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai agensi berkaitan untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai. Inisiatif ini juga menyokong pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat serta memperkukuh hubungan erat antara komuniti kampus dan masyarakat sekitar.
Pada 15 Januari 2025 (Rabu), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan program Talkshow@PLH bertajuk βAwas Scammer: Hati-Hati Klik, Jangan Jadi Mangsa!β bagi berkongsi maklumat penting kepada warga kampus dan komuniti setempat mengenai ancaman penipuan dalam talian. Program yang berlangsung di Ruang Santai, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penipuan siber yang semakin berleluasa serta memperkenalkan pelbagai jenis modus operandi yang digunakan oleh penjenayah siber.
Program ini akan menampilkan dua penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang keselamatan dan kewangan, iaitu Yang Dihormati Tuan Supritenden Sundra Rajan a/l Ellumalai, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka, yang akan berkongsi tentang aspek keselamatan dan pencegahan jenayah siber. Turut serta ialah Yang Dihormati Encik Mohd Nazri Bin Hasan, Ketua Jualan Wilayah RHB Bank, yang akan memberi penerangan mengenai aspek kewangan dan langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi serta kewangan daripada ancaman scammer.
Selain sesi talkshow yang informatif, program ini turut menawarkan slot pameran interaktif, di mana peserta boleh mendapatkan maklumat tambahan daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam pencegahan jenayah siber dan keselamatan kewangan. Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan lebih mendalam tentang teknik terbaru yang digunakan oleh scammer serta kaedah terbaik untuk melindungi diri daripada ancaman tersebut.
Melalui program ini, peserta akan didedahkan kepada langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. Ancaman ini bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian kewangan, tetapi juga memberi kesan buruk terhadap tekanan emosi dan reputasi individu yang terlibat. Oleh itu, adalah penting untuk semua lapisan masyarakat memahami risiko yang ada dan bertindak secara proaktif bagi mencegahnya.
Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan PLH dalam menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi berkaitan bagi menyediakan maklumat yang boleh dipercayai. Inisiatif ini juga menyokong usaha pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat di samping memperkukuh hubungan erat antara komuniti kampus dan masyarakat sekitar.
Kami berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menjadi langkah proaktif dalam membentuk masyarakat yang lebih celik teknologi serta bijak dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini.