Tarikh Lanjutan Pemulangan Buku Perpustakaan Laman Hikmah

Lanjutan PKP 2.0 yang diumum oleh kerajaan, oleh itu pihak Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menetapkan tarikh baharu pemulangan buku pinjaman jangka panjang perpustakaan sehingga 22 Mac 2021 bagi mereka yang menerima e-mel Pemberitahuan Pinjaman Jangka Panjang PLH.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan anda boleh berhubung dengan pihak PLH di talian 06-270 1200.

Posted in February 2021 | Leave a comment

Jadual Kelas Literasi Maklumat Febuari 2021

Program Literasi Maklumat merupakan program tunjuk ajar suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat. Pengguna boleh menggunakan segala sumber maklumat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dengan lebih berkesan.

Program ini juga dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua mahasiswa dan kakitangan UTeM. Berikut terdapat jadual mengenai program ini untuk bulan Februari 2021 dan ianya juga dipaparkan di dalam laman web Perpustakaan Laman Hikmah.

Posted in February 2021 | Leave a comment

LANGKAH PENCEGAHAN “MASK ACNE”

Pemakaian pelitup muka adalah norma baru ketika pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Kita semua dituntut untuk mematuhi protokol kesihatan ini bagi menjaga diri kita untuk langkah berjaga-jaga dari terkena jangkitan wabak ini. Namun, “Mask acne” ialah jerawat yang disebabkan oleh penggunaan pelitup muka.

Mengapa pengunaan pelitup muka ini dapat mengakibatkan pertumbuhan jerawat di muka? Ini kerana pengunaan pelitup mulut akan membuatkan kelembapan pada sekitar wajah yang bertutup dan kelembapan itu akan terperangkap di sekitar bawah pelitup muka. Keadaan lembap yang berlebihan ini akan menyebabkan tersumbatnya pori-pori serta menyuburkan pertumbuhan kuman dan bakteria yang menjadi penyebab pertumbuhan jerawat.

Berikut terdapat 8 langkah pencegahan “Mask acne” :

Posted in February 2021 | Leave a comment

Selamat Hari Kanser Sedunia 2021

Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Februari setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit ini, sekaligus mengambil langkah-langkah pencegahan awal.

Saya akan dan Saya Boleh atau I Am and I Will – tema sambutan Hari Kanser Sedunia yang digunakan beberapa tahun kebelakangan ini kekal digunakan untuk tahun ini.

Kanser adalah penyebab kematian kedua tertinggi di dunia termasuk di Malaysia pada 2018.

Lima kanser paling kerap dalam kalangan lelaki di Malaysia ialah:

  1. Kolorektal 16.9%
  2. Paru-paru 14.9%
  3. Prostat 8.1%
  4. Limfoma 6.6%
  5. Nasofariks 6.5%

Bagi wanita di Malaysia, lima kanser paling kerap ialah:

  1. Payudara 33.9%
  2. Kolorektal 10.7%
  3. Pangkal rahim 6.2%
  4. Ovari 5.6%
  5. Paru-paru 5.6%

Pada 2018, kematian akibat kanser menjadi kematian paling tinggi di hospital-hospital swasta (33.11%).

Lebih separuh kematian akibat kanser kerana lewat mendapat rawatan iaitu pada tahap 3 dan 4.

Amalan gaya hidup sihat seperti kerap bersenam, tidak merokok, tidak minum alkohol dan amalan pemakanan sihat boleh mencegah kanser.

Sumber: KKM

Posted in February 2021 | Leave a comment

COVID-19 Assessment Centre (CAC)

Untuk menilai tahap klinikal kes positif COVID-19, CAC ditubuhkan di setiap daerah bagi menentukan status pesakit sebelum dimasukkan ke hospital atau MAEPS Serdang.

Sekiranya anda telah disahkan positif COVID-19 dan masih menunggu panggilan dari Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan seterusnya, anda boleh terus ke CAC untuk menjalani kuarantin di sana. Sebagai rakyat yang prihatin, inisiatif ini dapat meringankan dan memudahkan kerja warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani kes positif COVID-19 di negara ini.

Mari kita bersama-sama kongsi pengetahuan ini kepada semua di luar sana agar mereka dapat meringankan beban Pejabat Kesihatan Daerah serta mengambil langkah pantas untuk membendung Virus ini.

Posted in Jan 2021 | Leave a comment

Perkhidmatan Digital PLH

Penularan COVID-19 yang bermula pada penghujung Disember 2019 telah mengakibatkan dunia menghadapi situasi sukar dan kesan daripada pandemik  ini, Negara telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini telah mengakibatkan sektor pendidikan tergendala secara amnya serta proses pengajaran dan pembelajaran secara khususnya. Kini pelajar-pelajar UTeM menjalani sesi pembelajaran secara online dan ini adalah norma baharu dan masyarakat mengalami perubahan yang drastik yang perlu diadaptasi dalam tempoh waktu yang singkat. Justeru itu, semua perkhidmatan berasaskan pembelajaran secara digital ini dapat bersama-sama membantu menangani pandemik dan secara tidak langsung sesi pembelajaran juga tetap diteruskan.

Kami pihak Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) memainkan peranan utama selaku gedung ilmu bagi memastikan pengguna PLH mendapat rujukan yang secukupnya dengan menawarkan perkhidmatan buku elektronik (ebook), E-jurnal, Koleksi Kertas Peperiksaan, Perkhidmatan Pakej Maklumat serta pelbagai lagi kemudahan yang kami sediakan.  Dengan hanya melayari https://library.utem.edu.my semua ini boleh diakses dengan mudah dan semuanya dihujung jari anda.

Posted in Jan 2021 | Leave a comment

Pencapaian UTeM sepanjang tahun 2020

Pada tahun 2020 banyak memberi cabaran hebat kerana pada tahun ini seluruh dunia telah dilanda pandemik Covid-19. Namun begitu ianya tidak mematahkan semangat dalam mengharungi liku-liku kehidupan sepanjang tahun 2020. Berikut adalah memori pencapaian tahun 2020 bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Posted in Jan 2021 | Leave a comment

PLH berwajah baru

Kini Perpustakaan Laman Hikmah berwajah baru dengan hiasan landskap di hadapan bangunan Laman Hikmah. Bukan sahaja mencantikkan kawasan, pemandangan tetapi menambah nilai estetik suatu kawasan dan sekelilingnya. Memberi penguna dengan suasana yang nyaman seperti penglihatan, udara segar, bunyi angin, daun, burung, siar jalan, bau harum dan juga memberikan pengguna rasa rehat, terjaga, selamat atau rasa terbuka.

Posted in Jan 2021 | Leave a comment

Taklimat khas kepada kakitangan PLH sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

Sempena perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 (ISNIN) bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu 13 Januari 2021 hingga 26 Januari, 2021. Maka dengan itu satu taklimat khas diadakan kepada semua kakitangan PLH pada 12 Januari 2021 jam 3.00 petang bagi menyampaikan sedikit pesanan dari En. Azman bin Hj. Ayup sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Kanan untuk semua kakitangan PLH yang akan bermula Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh PKP 2.0 ini. Pihak UTeM juga telah memanjangkan Notis Arahan Dalaman Bilangan 12 – Pelaksanaan Pengoperasian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mulai 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 kepada seluruh warga UTeM.

Posted in Jan 2021 | Leave a comment

Pameran Sempena Hari Natal

Menjelang bulan Disember akan tibanya perayaan Hari Natal atau Krimas. Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah) manakala Christmas pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ’s birth, held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik).

Menurut sumber Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum seseorang Muslim mengucapkan “Merry Christmas” kepada mereka yang beragama Kristian adalah isu ijtihadi dan tidak mutlak keharaman dan keharusannya. Ianya adalah HARUS, dengan syarat ucapan itu tidak memuji atau memuliakan agama bukan Islam.

Sehubungan itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah telah mengambil inisiatif mengadakan pameran Merry Christmas bersempena dengan Hari Natal yang akan di sambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember ini.

MERRY CHRISTMAS

Posted in December 2020 | Leave a comment