Perutusan Naib Canselor UTeM 2021

Pada 15 Februari 2021 (Isnin) jam 10.00 pagi telah berlangsungnya Perutusan Naib Canselor UTeM 2021 secara siaran langsung di Facebook Rasmi UTeM. Perutusan ini di sampaikan oleh Naib Canselor UTeM iaitu YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim. Tema Perutusan pada tahun ini adalah “Memperhebat Strategi, Memperkasa Legasi”.

Perkara-perkara yang dinyatakan dalam ucapan beliau adalah:

  1. UTeM’s Seven (7) Strategic Goals (SSG) 2021-2025 & 4 Key Elements
  2. Pencapaian Kewangan 2020
  3. Peruntukan Mengurus 2021 UTeM
  4. Perancangan Kewangan 2021
  5. Intipati Majlis Amanat Menteri KPT 2021
  6. 6 Fokus Strategik
  7. Penerapan Nilai Organisasi – 5S
  8. Kesan PKP 2.0 kepada IPT

Smoga warga UTeM dapat manfaat daripada apa yang disampaikan oleh Naib Canselor. Bersama-sama kita berganding bahu demi menjaga martabat dan mengharumkan nama UTeM.

#teamutem #myutem #utemcampus #utem2021 #utemmyhome #utemprihatin #staysafe

Posted in February 2021 | Leave a comment

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2021

Tahun Baru Cina merupakan perayaan paling penting dalam masyarakat Cina di seluruh dunia. Ia merupakan hari pertama pada tahun baru mengikut Kalendar Lunar yang juga menggunakan bulan sebagai kiraan hari, bulan dan tahun. Pada tahun 2021, tahun baru Cina jatuh pada 12 Februari iaitu pada hari Jumaat. Pada Malam Tahun Baru Cina, satu keluarga akan berkumpul bersama untuk makan besar dan biasanya pada malam ini akan digantung perhiasan berwarna merah dan sebagainya.

Tahun Baru Cina 2021 menandakan tahun ‘Ox’ (Lembu). Perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama 16 hari, bermula dari malam Tahun Baru Cina hingga Festival Tanglung. Pada tahun 2021, festival Tahun Baru Cina akan bermula pada 11 Februari dan berlanjutan hingga 26 Februari.

Kami pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga UTeM dan rakan di luar sana yang meraikannya. Semoga Tahun Baru ini membawa anda banyak kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Gong Xi Fa Cai!!!

Posted in February 2021 | Leave a comment

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN DAN DOA MUNAJAT UNTUK MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA UTeM DAN RAKYAT MALAYSIA DARI PANDEMIK COVID 19

Pada 11 Februari 2021 (Khamis) jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi Pusat Islam UTeM dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTeM dan Badan Dakwah dan Rohani UTeM telah menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Munajat bagi mendoakan warga UTeM dan rakyat malaysia terhindar dari segala penyakit, musibah dan Pandemik Covid 19. Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Munajat ini diadakan secara siaran langsung melalui Facebook rasmi Pusat Islam UTeM.

Marilah kita bersama-sama memohon perlindungan agar terhindar dari pandemik Covid-19. Semoga ujian yang kita hadapi sekarang ini dapat mengajar kita erti kesabaran dalam menjalani ujian. Sesunguhnya pasti ada hikmah di sebalik yang terjadi.

Posted in February 2021 | Leave a comment

Kerja-kerja mengecat bangunan PLH

Pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju agar Bangunan Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) yang terdiri daripada Pejabat PLH dan Penerbit Universiti dilakukan kerja-kerja mengecat bangunan. Kerja-kerja mengecat bangunan PLH dilakukan bagi mengantikan cat yang telah lama dan lusuh. Kerja-kerja ini dilakukan oleh kontraktor bermula pada 3 Februari 2021 dan dipantau oleh Pejabat Pembangunan. Antara kerja-kerja mengecat yang dilakukan ialah mengikis ,mencuci ,menanggal dan membuang cat yang sedia ada dan mengecat semua permukaan dengan dua lapisan cat penyudah menggunakan cat yang berkualiti atau setara dengannya.

Semua yang terlibat bagi kerja-kerja ini sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan. Kini bangunan PLH kelihatan lebih berseri dan berwajah baru.

Posted in February 2021 | Leave a comment

Pemakluman Warga UTeM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)ingin memaklumkan bahawa Operi PLH akan ditutup sementara waktu bermula 11 Februari 2021 (Khamis) sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Walaubagaimanapun, pengguna masih boleh membuat permohonan bahan untuk pinjaman melalui perkhidmatan “Order & Collect” yang ditawarkan oleh PLH dengan email kepada [email protected].

Berikut adalah tatacara Permohonan Perkhidmatan Order & Collect:

No.PERKARA
       i.           Semak bahan yang ingin dipohon melalui WebOPAC Laman Hikmahhttps://library.utem.edu.my/en/#opac 
     ii.           Hanya bahan berstatus “Available” dan “Open Shelf” sahaja boleh dimohon 
    iii.           Nyatakan perincian bahan:      i.          Tajuk     ii.          Nombor Panggilan    iii.          Pengarang 
    iv.           Emellkan permohonan kepada [email protected]  dan cc [email protected] 
     v.           Jumlah pinjaman mengikut kelayakan kategori pengguna 
    vi.           Permohonan akan diproses dan status ketersediaan bahan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel 
  vii.           Waktu pengambilan bahan pada hari Rabu sahajajam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari 

Pemulangan bahan masih boleh dilakukan melalui mesin pemulangan layan diri (Bookdrop) yang disediakan di kedua-dua kampus.  Sila simpan resit pemulangan sebagai bukti pemulangan.

Kerjasama dan keperihatinan pengguna PLH berhubung perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Posted in February 2021 | Leave a comment

JOM FOLLOW TELEGRAM PLH

Jom ‘Follow’ Telegram Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) untuk dapatkan info terkini. Akaun rasmi ini merupakan platfom untuk hebahan, maklumat dan aktiviti terkini di PLH. Capai Telegram rasmi PLH boleh dibuat melalui pautan berikut:-

https://t.me/infoPLH

Terima kasih atas sokongan anda!

Posted in February 2021 | Leave a comment

UTeM Institutional Repository

Universiti Teknikal Malaysia Melaka Institutional Repository (UTeM IR) adalah pusat koleksi digital, bertindak sebagai repositori akses terbuka yang mengumpulkan, menyimpan dan menyebarkan hasil ilmiah oleh ahli universiti di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (artikel jurnal, kertas persidangan, bab buku, buku, tesis, jenis penerbitan penyelidikan dan juga lain-lain bahan). Oleh itu, para pengguna boleh melayari UTeM IR yang terdapat di Laman Web Rasmi Perpustakaan Laman Hikmah (https://library.utem.edu.my )

Posted in February 2021 | Leave a comment

PUNCA KLUSTER TEMPAT KERJA

Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 kebelakangan ini adalah berkaitan kluster tempat kerja. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan adalah untuk menjaga kepentingan kesihatan dan ekonomi. Bagaimanapun, kejayaan strategi itu memerlukan kerjasama majikan bagi memastikan semua amalan pekerjaan dan pekerja sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Majikan juga bertanggungjawab menyediakan tempat kediaman kondusif serta memastikan pekerja mengamalkan langkah pencegahan penularan Covid-19.

Amalan yang perlu dilakukan di tempat kerja adalah pemeriksaan suhu badan memasuki tempat kerja, penyediaan tempat mencuci tangan, kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman, amalan jarak sosial, memastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit dan elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa. Jika amalan ini gagal dipatuhi, maka ini akan menjadi punca kluster di tempat kerja.

Pihak majikan perlu memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan Covid-19 di Malaysia dan juga perkerja haruslah mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan.

#KitaJagaKita

Posted in February 2021 | Leave a comment

HILANG NIKMAT RASA DAN BAU AKIBAT COVID-19

Antara gejala gejala jangkitan covid-19, hilang deria bau dan rasa merupakan antara ciri ciri unik bagi Covid.

Menurut individu yang telah melalui pengalaman dijangkiti, mereka tidak dapat menghidu sebarang bau sama ada bau wangi (sabun, perfume) , bau busuk (najis, sampah) atau bau makanan yang biasa dinikmati.

Gejala hilang deria bau ini bukan akibat hidung tersumbat atau selsema, tetapi akibat sel yang berfungsi untuk mengesan bau (olfaktori) telah terjejas akibat jangkitan covid.

Situasi hilang deria bau mungkin mencetus panik dikalangan pesakit kerana ini sesuatu perkara baru yang tidak pernah dialami sebelum ini. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk mencegah deria bau dari hilang dan rawatan untuk mengembalikan deria bau.

Kebanyakan kes akan perlahan lahan sembuh dalam tempoh 1-3 minggu selepas jangkitan. Data semasa juga menunjukkan individu yang mengalami gejala ini biasanya golongan muda berusia 20-39 tahun dan mempunyai gejala yang lebih ringan.

Walaupun ia hanya hilang deria bau, ia suatu perkara yang mengganggu emosi pesakit kerana menjejaskan selera makan dan hilang nikmat untuk menghidu.

Kredit:

Public Health Malaysia

Pusat Kesihatan Universiti , UTeM

Posted in February 2021 | Leave a comment

UCAPAN DOA KETIKA DITIMPA MUṢĪBAH

1- Apabila kita ditimpa muṣībah ataupun kematian  maka bersegeralah ucapkan; 

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا 

Mafhūmnya: Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allāh ﷻ dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allāh! Aku mohon akan kurniakanlah ganjaran pada muṣībahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada muṣībah  ini,” melainkan Allāh ﷻ akan memberikan pahala kepadanya kerana muṣībah  itu dan menggantikan yang lebih baik. [Hadīs direkodkan oleh Imām Muslim dalah Sahīhnya]. 

2- Dan apabila kita melihat orang lain ditimpa muṣībah  (tidak semestinya berbentuk fizikal) bahkan jika muṣībah  itu berbentuk selain itu juga yang menimpa orang lain, maka bacalah doa yang diajarkan dalam hadīs iaitu; 

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا 

Makṣūd ḥadīs: Segala pujian bagi Allah ﷻ yang telah menyelamatkan aku daripada sesuatu yang Allāh ﷻ berikan sebagai ujian kepadamu dan Allāh ﷻ telah memberikan kemuliaan kepadaku melebihi kebanyakan orang. [Hadīs direkodkan oleh Imām Tirmizī dalam Jāmi’nya]. 

Wallahhu a’lam 

Sumber:

Pusat Islam

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Posted in February 2021 | Leave a comment