Program Jom Baca Bersama 10 MINIT 2024

“Pembacaan Melestarikan Perpaduan”

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dan warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah bersama-sama menjayakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang diadakan pada 23 April 2024 dari jam 11.00 hingga 11.10 pagi. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga universiti dalam menjayakan program ini amat dihargai.

Program tahunan ini bertujuan untuk memupuk dan memperkasakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat, terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggi. Membaca bukan sahaja merupakan pintu kepada pengetahuan yang luas, tetapi juga merupakan cara untuk membentuk pemikiran yang kritis, kreatif, dan inovatif. Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan bagi menyokong usaha membudayakan tabiat membaca sebagai satu rutin harian.

Manfaat Membaca adalah amalan yang membawa banyak kebaikan, antaranya:

  1. Meningkatkan Pengetahuan – Dengan membaca, kita dapat menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, sama ada berkaitan akademik, kerjaya, atau kehidupan peribadi.
  2. Meningkatkan Daya Pemikiran – Membaca membantu memperkembangkan daya pemikiran kritis dan analitis, menjadikan kita lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
  3. Mengurangkan Tekanan – Membaca bahan yang menarik dan bermanfaat boleh membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seharian.
  4. Meningkatkan Kemahiran Bahasa – Membaca secara konsisten dapat memperkayakan perbendaharaan kata dan memperbaiki kemahiran berbahasa, baik dalam penulisan mahupun komunikasi.
  5. Membina Kreativiti – Melalui bahan bacaan, kita terdedah kepada pelbagai idea dan perspektif baharu yang boleh mencetuskan kreativiti dalam diri.

PLH menggalakkan semua warga UTeM dan masyarakat umum untuk terus menjadikan membaca sebagai gaya hidup. Program sebegini bukan sahaja dapat mengukuhkan budaya ilmu dalam kalangan warga universiti, tetapi juga memberi inspirasi kepada komuniti untuk mempertingkatkan tabiat membaca sebagai satu aktiviti harian.

Kini akses kepada bahan bacaan telah menjadi lebih mudah dan pantas. Di PLH sendiri, tersedia pelbagai koleksi digital seperti e-buku, jurnal elektronik, dan artikel dalam talian yang boleh diakses melalui platform digital perpustakaan. Ini memberikan peluang kepada semua untuk terus membaca di mana-mana sahaja.

Mari kita sama-sama berganding bahu dalam menyemarakkan budaya membaca, kerana membaca bukan sekadar rutin harian, tetapi sebuah amalan yang penuh makna dan bernilai tinggi. Ia membuka pintu kepada pelbagai ilmu dan wawasan yang memberi manfaat besar dalam kehidupan kita. Jadikan perpustakaan sebagai tempat kita mencari inspirasi dan membina pengetahuan, kerana di sanalah dunia tanpa sempadan terbentang menanti untuk diterokai. Teruskan perjalanan ilmu dengan penuh minat, dan biarkan setiap buku menjadi kunci kepada masa depan yang lebih cerah!

Posted in April 2024 | Leave a comment

Program Titian Kasih Ramadan PLH 2024

Syukur Alhamdulillah pada 3 April 2024 (Rabu) bersamaan 23 Ramadan 1445H , pihak PLH telah diberi kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada 9 keluarga sekitar negeri Melaka menerusi Program Titian Kasih Ramadan PLH 2024.

Pihak PLH ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang terdiri daripada staf PLH, warga UTeM, syarikat pembekal dan orang awam atas sumbangan barangan dan wang tunai yang telah diberikan.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan memberikan sinar kegembiraan kepada keluarga penerima dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Semoga Allah membalas kebaikan yang diberikan dengan melipat gandakan lagi rezeki kita semua.

Terima kasih sekali lagi.

Senarai Penyumbang:

NM13

Electric Library

Pintaran IT

D’Nanz Ent

Puan Robiah binti Abdol

#perpustakaanlamanhikmah

#plhutem

#menjajaruniversitimelonjakkehadapan

#plhprihatinsantuniinsani

Posted in April 2024 | Leave a comment

Talkshow@Plh: “Strok: Rawat Tepat, Pulih Cepat!”

Alhamdulillah selesai sudah program Talkshow@Plh: “Strok: Rawat Tepat, Pulih Cepat!” anjuran bersama Pusat Kesihatan UTeM (PKU) dan Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Program ini telah berlangsung pada 27 Mac 2024 (Rabu) di Ruang Santai, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Farhan Bin Banchik, Pegawai Perubatan (PKU) dan Dr Nur Liyana Binti Kahar, Ketua Pegawai Perubatan, Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Sesi talkshow ini bertujuan untuk berkongsi informasi dan mengupas isu-isu berkaitan strok merupakan salah satu langkah berterusan dalam memberi maklumat kepada warga kampus melalui pelbagai medium.

Posted in Mac 2024 | Leave a comment

Mesyuarat Agung LISTAC Ke-15

Mesyuarat Agung Kelab Staf Perpustakaan (LISTAC) telah diadakan di Bilik Tayangan Aras 3, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk pada 29 Februari 2024.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ahmad Tarmizi bin Abdul Hadi.

Seterusnya, sesi mesyuarat diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi LISTAC, Encik Muhammed Rashid Bin Mat Derus.

Antara agenda mesyuarat agung yang dibincangkan termasuklah pembentangan laporan aktiviti, laporan kewangan serta usul-usul yang dicadangkan. Sesi pengundian dan pelantikan AJK baharu bagi sesi 2024-2026 telah dilaksanakan secara atas talian. Tahniah diucapkan kepada AJK baharu sesi 2024-2026. Turut dimuatkan dalam majlis tersebut adalah tayangan montaj aktiviti kelab 2021-2023.

Bersempena mesyuarat ini juga, turut diadakan sesi cabutan bertuah iaitu sebanyak 55 hadiah telah disediakan oleh pihak urusetia. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh AJK dan ahli-ahli kelab atas kejayaan, kelancaran dan sambutan penganjuran majlis ini.

#perpustakaanlamanhikmah

#plhutem

#menjajaruniversitimelonjakkehadapan

Posted in Februari 2024 | Leave a comment

Lawatan Penanda Aras Dari Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kedah Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 24 Januari 2024 (Rabu), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kedah. Seramai 18 orang pelajar dan lima orang pensyarah yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan perkhidmatan yang disediakan, aspek perancangan, reka bentuk perpustakaan dan pusat maklumat.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan pensyarah di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in January 2024 | Leave a comment

Lawatan Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing, Johor Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 24 Januari 2024 (Rabu), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing, Johor. Seramai 38 orang pelajar dan enam orang guru yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan perkhidmatan yang disediakan, aspek perancangan, reka bentuk perpustakaan dan pusat maklumat.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan guru di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in January 2024 | Leave a comment

Lawatan Dari Kelab Library and Information Science Student Assembly (LISSA) Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 12 Januari 2024 (Jumaat), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Kelab Library and Information Science Student Assembly (LISSA) di bawah Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seramai 15 orang pelajar dan dua orang pensyarah yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan aspek perancangan, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan pensyarah di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in January 2024 | Tagged | Leave a comment

Lawatan Dari UiTM Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 4 Januari 2024 (Khamis), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari UiTM Kampus Rembau, cawangan Negeri Sembilan. Seramai 21 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan aspek perancangan dan reka bentuk perpustakaan dan pusat maklumat.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan pensyarah pengiring di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

Posted in Januarry 2024 | Leave a comment

Pertandingan Menu Sihat

Pertandingan Menu Sihat diadakan pada 22 November 2023 (Rabu) sempena LIB Day 2023. Program ini terbuka kepada semua pelajar UTeM dan penyertaan adalah secara percuma. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan dan aktiviti seperti ini diadakan bagi menarik minat para pelajar tentang penyediaan menu sihat dalam kehidupan seharian. Seramai 14 orang peserta yang menyertai pertandingan ini dan ternyata program seperti ini dapat sambutan yang baik dari kalangan pelajar-pelajar UTeM. Enam pemenang telah dipilih oleh juri iaitu tempat pertama dimenangi oleh NURUL IZZATI BINTI ABDU RAHMAN, diikuti tempat kedua dimenangi oleh NURUS SYAFAAH BINTI JAMALUL LAIL serta tempat ketiga dirangkul oleh peserta RAMONA SHAKIRAH BINTI ABD MUTALIB. Tiga lagi pemenang saguhati diterima oleh AMEER HUSAINI BIN NOREFFENDY, DINA MADIHAH BINTI ABD RAHMAN dan KISHAH A/P PRAKHASH. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung dan semoga kita akan berjumpa lagi di program yang sama pada LIB Day 2024!!!!

Posted in Nov 2023 | Leave a comment

Meet & Greet Boss James

21 November 2023 (Selasa) – Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) menganjurkan Meet And Greet Boss James sempena PLH Day 2023 bertempat di Ruang Santai, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk. Sambutan yang sangat mengalakkan daripada warga UTeM dalam sesi perkongsian daripada influencer terkenal ini dapat memberi semangat dan nasihat yang sangat berguna kepada semua. Berikut merupakan gambar-gambar disekitar program berlangsung.

Posted in Nov 2023 | Leave a comment