Program Talkshow@PLH: ‘The Bond of Blood’ telah berlangsung dengan jayanya, dianjurkan oleh Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka. Program ini diadakan di Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah. Terdapat juga program derma darah dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.
Sesi Talkshow@PLH disampaikan oleh Dr. Jannah binti Mat Noh, Pegawai Perubatan dari Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka. Objektif utama sesi ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya menderma darah di kalangan warga kampus.
Program ini bukan sahaja menyokong kesihatan komuniti kampus, tetapi juga menyelaraskan matlamat dengan Pelan Strategik Universiti – ST4, yang bertujuan untuk mewujudkan ekosistem universiti yang mapan. Ia turut mendukung beberapa matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) iaitu:
- SDG 3: Kesihatan dan kesejahteraan yang baik.
- SDG 4: Kualiti pendidikan.
- SDG 17: Perkongsian untuk mencapai matlamat.
Program ini telah berjaya mengukuhkan kesedaran tentang derma darah, kepentingannya kepada masyarakat, dan kaitannya dengan kesejahteraan global.











