PAKAI PELITUP MUKA

Pelitup muka yang dipakai dengan betul mampu mengelak kita daripada risiko jangkitan COVID-19 sekaligus membantu memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.
Pakai pelitup muka terlalu lama membuatkan kita tidak selesa dan merimaskan  tetapi tidak akan membuat kita sesak nafas.
Pakai pelitup muka sebagai ‘perisai’ untuk melindungi diri kita sebaik keluar dari rumah dan jadikan ia sebagai satu kebiasaan.

#KitaJagaKita

Sumber:

Unit Pesakit Luar 
Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 

Posted in October 2020 | Leave a comment

Penyerahan Sijil Penghargaan MaPTeP 3 Bintang oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (TKPK)

Perpustakaan Laman Hikmah telah menerima pengiktirafan 3 Bintang bagi pelaksanaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Tenaga UTeM (MaPTeP Bil. 2/2019). Sijil telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Profesor Dr. Raha Abdul Rahim, Naib Canselor UTeM kepada En Azman bin Haji Ayup, Timbalan ketua Pustakawan Kanan (TKPK) sewaktu Majlis Perasmian Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS 2020).

TKPK telah menyerahkan sijil penghargaan kepada Penolong Pengurus Tenaga PLH iaitu Puan Norshahila binti Che Din dan mengucapkan tahniah kepada semua warga PLH di atas komitmen yang telah diberikan.

Posted in October 2020 | Leave a comment

BERSAMA HENTIKAN WABAK COVID-19

Virus COVID-19 berada di mana-mana dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.
Pakai pelitup muka dengan betul dapat melindungi diri anda daripada jangkitan COVID-19.
✅ Sentiasa pakai pelitup muka semasa berada di tempat awam

✅ Amalkan penjarakan fizikal

✅ Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer

Kes-kes yang disyaki #COVID19: Individu yang memenuhi kriteria klinikal dan epidemiologi.
Individu yang memenuhi kriteria-kriteria ini dinasihatkan segera membuat pemeriksaan untuk rawatan.
Dalam kebanyakan kes kematian, lewat mendapatkan rawatan adalah antara punca utama kematian di Malaysia.

Marilah kita sama-sama menjaga antara satu sama lain.

Patuhi SOP #KITAJAGAKITA

Sumber:

Unit Pesakit Luar 
Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 

Posted in October 2020 | Leave a comment

INFO SISA : TONG KITAR SEMULA

Jom Kitar Semula !!

Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri.  Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna Biru, Coklat dan Jingga.

Tong Berwarna Biru      – Untuk Sisa Kertas

Tong Berwarna Coklat  – Untuk Sisa Kaca

Tong Berwarna Jingga  – Untuk Sisa Tin Aluminium & Plastik

Sumber:

Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA),

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Posted in September 2020 | Leave a comment

Pameran Seni Kraftangan Tradisi Sejagat

Seni Kraf merupakan satu hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran tangan mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraftangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat di Malaysia kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh mereka melalui batik, tenunan, ukiran, anyaman, gasing dan lain-lain. Di Malaysia, seni kraf mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia.

Berikut adalah pameran yang sedang berlangsung di Perpustakaan Laman Hikmah mengenai Pameran Seni Kraftangan Tradisi Sejagat. Jika ingin melihat hasil kraftangan yang sangat unit dari pelbagai sumber alam semulajadi seperti rotan, kayu, logam, seramik dan lain-lain, marilah datang ke Perpustakaan Laman Hikmah Kampus Induk bagi melihat dengan lebih dekat keindahan seni kraftangan.

Posted in September 2020 | Leave a comment

INFO KESIHATAN – KESALAHAN MEMAKAI PELITUP MUKA

Pemakaian penutup muka dengan cara yang salah adalah umpama anda tidak memakainya langsung. 

1. Pakai penutup muka yang longgar ❌
2. Kerap sentuh bahagian depan penutup muka ❌
3. Kerap pasang dan tanggalkan penutup muka pada ketika anda perlu memakainya sepanjang masa ❌
4. Penutup muka tidak ditarik sampai ke paras dagu ❌
5. Penutup muka berada di bawah paras hidung ❌
6. Penutup muka hanya menutup hujung hidung ❌

1. Apabila ingin membasuh tangan, pastikan basuh dengan air dan sabun. ✔️
2. Jaga jarak fizikal dengan orang lain. ✔️

Amalan ini cukup mudah, tapi janganlah ambil mudah.

Sumber:

Unit Pesakit luar 
Pusat Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 

Posted in September 2020 | Leave a comment

INFO KESIHATAN – KOLESTEROL TINGGI

 

Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beberapa penyakit dalam negara seperti penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit darah tinggi, strok dan lain-lain. Ia menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia.

Pengesanan awal tahap kolesterol yang tinggi mencegah pelbagai penyakit maut yang lain. 4 dari 10 orang dewasa tidak mengetahui mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi(NHMS 2019).

Tidak gemuk tidak semestinya tidak mempunyai tahap kolesterol tinggi. Lakukan pemeriksaan berkala dan kawal tahap kolesterol badan kita.Amalkan gaya hidup sihat.

 

Sumber:

Unit Pesakit luar 
Pusat Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 
Posted in August 2020 | Leave a comment

Tokoh Maal Hijrah 1442

 

Ketua Penga­rah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M. Pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020 di Masjid Negara semalam.

Duta Mesir ke Malaysia, Syeikh Prof. Dr. Ahmad Tayyib pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. Prof Dr Ahmad Tayyib dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar pada tahun 2010 hingga sekarang. Beliau tidak dapat hadir berikutan penutupan sempadan negara akibat COVID-19.

Pemilihan kedua-dua tokoh itu berdasarkan sumbangan mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional dan global.

Di dalam pentadbiran Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah  menyelamatkan satu negara dalam me­merangi Covid-19. Penampilan beliau te­nang, jelas dan meyakinkan ba­gi menyalurkan maklumat mengenai pandemik tersebut.

Menerusi penganugerahan itu, tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia.

Tema sambutan kali ini ialah ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ iaitu menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan.

Tahniah diucapkan kepada tokoh-tokoh Maal Hijrah tahun ini.

Posted in August 2020 | Leave a comment

Selamat Tahun Baru Islam 1442 Maal Hijrah

 

Salam Ma’al Hijrah 1442 Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam khususnya warga UTeM. Kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW meninggalkan banyak pengajaran kepada kita sebagai umatnya. Antaranya ialah kisah penyatuan ummah antara kaum Muhajirin dan Ansar. Melalui peristiwa ini, marilah kita bersama-sama mencontohi akhlak yang telah ditonjolkan oleh Baginda Rasulullah SAW serta kaum Muhajirin dan Ansar, yang sanggup berkorban demi kesejahteraan ummah dan syiar Islam. Kita mengambil iktibar disebalik peristiwa tersebut, marilah kita menggunakan kesempatan ini dengan memasang azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat di tahun baru Hijrah ini, maka kejayaan yang lebih tinggi dan impian yang mahu direalisasikan ianya mampu dizahirkan dengan sempurna.

Dalam pada itu, kita sebagai Umat Islam perlu menghayati Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Yakni bahawa, Islam menghendaki kita berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Sambutan Maal Hijrah juga peluang untuk kita muhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri.

Dikesempatan ini, kami warga Perpustakaan Laman Hikmah ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah tahun baru Islam 1442H kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tahun Hijrah yang datang hari ini membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding sebelum ini serta semoga pada tahun ini kehidupan kita sentiasa dibawah keredhaanNya.

 

Salam Ma’al Hijrah 1442H.

Posted in August 2020 | Leave a comment

WASPADA VIRUS MUTASI COVID-19

Kluster Sivagangga merebak dengan pantas dari kluster kluster lain.
Institut Penyelidikan Perubatan IMR telah mengesahkan mutasi jenis D614 telan dikesan untuk  kontak rapat kes Sivagangga dan juga 1 kes dari Ulu Tiram (Individu dari filipina)
Virus ini telah terbukti 10 kali ganda lebih mudah menjangkiti individu lain jika di sebarkan oleh individu Superspreader.
Untuk makluman, mutasi virus ini mungkin menyebabkan vaksin sedia ada yang sedang dalam kajian dan pembangunan TIDAK BERKESAN terhadap virus mutasi ini.
Tahniah kepada para frontliners dan masyarakat yang terjejas di kawasan kluster yang terlibat. Kini kluster berkenaan telah berjaya dikawal dengan tiada pertambahan kes di lokaliti terjejas.
Virus ini bijak, ia akan sentiasa bermutasi dan berubah struktur supaya ia dapat terus tersebar dikalangan manusia.

Tetapi kita sebagai manusia perlu lebih bijak kerana kita tahu ada cara pencegahan untuk menghentikan penyebaran ini dengan mematuhi SOP, menjaga kebersihan dan memakai topeng muka.

Sumber:

Unit Pesakit luar 
Pusat Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Posted in August 2020 | Leave a comment