Program Sembang Buku Bersama Penulis: ‘Jom Bisnes’ pada 13 Ogos 2020 (Khamis) secara dalam talian menggunakan platfom Webex anjuran Unit Informasi dan Promosi, Seksyen Rujukan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Program ini dikendalikan oleh Puan Nurdayana Izyan binti Ahmad Ahsan selaku Moderator program dan Penulis Buku Jom Bisnes iaitu Dr. Mohamad Zahir bin Zainuddin yang berpengalaman dalam penulisan khususnya dalam bidang dasar sosial, pembangunan manusia serta pendidikan dan pembangunan komuniti. Seramai 67 orang peserta yang terdiri daripada 65 orang warga UTeM dan 2 orang peserta luar UTeM.
Penganjuran program ini merupakan kempen untuk mempergiat aktiviti galakan membaca di kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi. Dengan menggunakan slogan With Knowledge We Lead serta #Malaysiamembaca, kempen ini diyakini akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan dalam kalangan kumpulan sasaran.

Objektif bagi program ini adalah mendedahkan audien dengan pengalaman, pandangan dan kaedah untuk memulakan bisnes sehingga menjadi usahawan berjaya seperti tips yang terdapat dalam buku yang diulas.
Ianya juga bagi menggalakkan dan membakar semangat audien untuk memulakan bisnes pada hari ini juga dengan menerapkan ilmu serta nilai-nilai teras yang perlu ada pada bakal usahawan dengan meneroka peluang bagi jenis perniagaan yang boleh dilakukan dalam skala kecil tetapi memberikan hasil pulangan yang lumayan.
Pengetahuan dari sudut pandang penulis mengenai keistimewaan karya yang dihasilkan untuk menarik minat audiens untuk membaca genre yang berkenaan dan melestarikan peranan Perpustakaan Laman Hikmah dalam menyokong aktiviti galakan membaca di kalangan warga UTeM dan mencintai ilmu serta membudayakan amalan pembelajaran sepanjang hayat.

Alhamdulillah Program Sembang Buku Bersama Penulis, Dr. Mohamad Zahir Zainuddin anjuran Perpustakaan Laman Hikmah dengan kerjasama Penerbit Universiti berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai program ini.

