INFO KESIHATAN – SUPER SPREADER?

Sehingga kini, 30 individu telah disahkan positif Covid-19 dari kluster Sivagangga. Agak luarbiasa, kluster Sivagangga merebak dengan lebih PANTAS berbanding kluster lain sebelum ini.
Adakah kita sedang berhadapan dengan virus jenis Super spreader? KKM sedang mengkaji kemungkinan negara berdepan kluster ‘super spreader’ dan masih meneliti jenis virus yang menyebabkan hampir 7 ribu penduduk di Kedah di kuarantin.
Apakah jenis virus yang dikatakan sebagai Super Spreader ini?
Untuk makluman, virus asal virus  Covid-19 dari Wuhan adalah jenis D614.
Dalam tempoh beberapa bulan, telah berlaku mutasi pada protein yang berbentuk duri pada virus ini yang menyebabkan ia lebih efektif dan mudah melekat pada reseptor di saluran pernafasan.
Ia didapati mampu menjangkiti 10 kali ganda lebih pantas berbanding virus asal.
Strain virus yang telah mengalami mutasi ini dikenali sebagai D614G iaitu virus ‘super spreader’ yang dimaklumkan mungkin bermula dari Mesir dan Pakistan.
Kajian juga mendapati individu yang dijangkiti dengan virus ini mempunyai virus load atau bilangan virus yang jauh lebih tinggi.
.
Perebakan pantas Kluster Sivagangga menunjukkan kepentingan untuk kita mematuhi SOP dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Tiada siapa sangka premis nasi kandar kecil di bandar yang aman boleh menjadi epicenter terbaru wabak Covid-19 di Malaysia.  Sentiasa berhati hati, Covid-19 masih berada diluar sana.

Sumber:
Unit Pesakit luar 
Pusat Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *