Ibadat Korban

1- Apa dia ibadat korban (udhhiyyah)?
Binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala pada Hari
Raya haji dan tiga hari Tasyri‘.

 

2-Berapakah umur binatang yang sah dijadikan korban?
Secara ringkasnya disenaraikan binatang korban dan umurnya seperti berikut:
Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kerbau 2 tahun, kambing 2 tahun dan biri-biri setahun atau telah gugur
gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

 

3-Apa hukum ibadat korban?
Sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut).

 

4-Apa fadhilat melaksanakan ibadat korban?

  • Penebus dosa kecuali dosa besar.
  • Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
  • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.
  • Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
  • Penyembuh penyakit: Rohani, fizikal, mental dan sosial.

5-Siapakah yang dikatakan orang yang mampu melakukan ibadat korban?
Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya
dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘.

6-Apa hukum orang mampu tetapi tidak mahu melaksanakan ibadat korban?
Makruh (tidak berdosa tetapi tidak disukai oleh Allah Ta‘ala).

7-Bolehkah seekor binatang dikongsi oleh 2 atau lebih mudhahhi (orang yang berkorban)?

  • Kambing untuk seorang sahaja.
  • Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.

8-Bolehkah melakukan ibadat korban di negeri lain?
Boleh.

9-Apa hukum memindah daging korban ke negeri lain?
Haram jika daging yang dipindah:

  • korban wajib
  • bahagian fakir miskin.

Boleh jika daging:

  • bahagian orang kaya
  • bahagian mudhahhi

10-Bagaimana cara pembahagian daging korban sunat?
Harus dibahagikan kepada 3 bahagian:
1/3 fakir miskin,
1/3 Orang kaya dan
1/3 mudhahhi .

Tetapi yang afdhal disedekahkan kesemuanya dan memakannya sedikit sahaja (hati).

 

11-Adakah wajib disedekah daging korban sunat kepada fakir miskin?
Wajib disedekahkan sebahagiannya.

12-Bagaimana keadaan daging itu disedekah dan dihadiahkan?
Dalam keadaan mentah.

13-Bagaimana cara pembahagian daging korban wajib?
Wajib disedekahkan kesemuanya

14-Apakah perkara yang diharuskan bagi penerima yang bukan fakir miskin
terhadap daging korban?

  • Memakannya
  • Menyedekahkannya dalam keadaan mentah kepada fakir miskin yang Islam
  • Menjamu orang Islam (kaya atau fakir miskin)

15-Apakah perkara yang dilarang bagi penerima yang bukan fakir miskin
terhadap daging korban?

  • Menjualnya samada mentah atau masak
  • Menghadiahkannya kepada orang kaya
  • Menjamu orang kafir

16-Apa hukum melaksanakan ibadat korban bagi orang lain?

  • walau bagaimanapun wali (bapa dan datuk sahaja) boleh melakukan korban daripada hartanya
    untuk orang yang di bawah tanggungannya seperti anak dan isterinya tanpa izin mereka
  • Tidak boleh bagi orang masih hidup kecuali dengan izinnya
  • Tidak boleh bagi orang yang meninggal dunia kecuali ada wasiat

17-Adakah wajib berniat korban?
wajib.

18-Bilakah waktu berniat korban?

  • ketika menyembelih.
  • Harus juga sebelum menyembelih asalkan setelah ditentukan binatang korbannya
    dan setelah masuk waktu berkorban.

19-Bagaimana lafaz niat ibadat korban?
“Sahaja aku melakukan korban sunat/ wajib/ nazar”


20-Adakah boleh berwakil kepada wakil kedua untuk melaksanakan ibadat korban
dan bagaimana cara berwakil?

  • Boleh,
  • Mudhahhi berkata kepada wakilnya: “Saya berwakil kepada tuan untuk menguruskan
    pembelian dan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar saya”.

21-Adakah boleh wakil berwakil lagi kepada wakil kedua dan bagaimana caranya?

  • Boleh,
  • Wakil mudahhi berlafaz kepada wakil kedua: “Saya diwakilkan oleh…….untuk mewakilkan
    tuan menguruskan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar nya”.

22-Adakah boleh binatang yang ada aib dijadikan korban?

Binatang
Korban
Tidak sah bagi aib seperti berikut: Sah bagi aib seperti berikut:
Unta

Lembu

Kerbau

Kambing

Kibasy

  • Tiada bertelinga atau yang terpotong telinganya walaupun sedikit
  • Terpotong ekornya atau lidahnya
  • Binatang yang kurus yang menjadi kurang dagingnya
  • Berkudis walaupun sedikit kerana binasa dagingnya
  •  Buta sebelah matanya dan butanya itu nyata
  • Buta kedua belah matanya
  • Sangat tempang
  • Sedang bunting
  • Tidak bertanduk
  • Patah tanduknya
  • Terbelah telinganya
  • Berlubang telinganya tetapi tidak hilang dagingnya
  • Tidak berekor sejak dilahirkan
  • Tanggal sebahagian daripada giginya.
  • Tidak mempunyai zakar
  • Binatang yang dikebiri

 

Sumber: http://www.mufti.gov.bn/SiteCollectionDocuments/FAQs/FAQ(PDF%20PG1).pdf

This entry was posted in July 2020. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *