Perpustakaan Laman Hikmah merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.
Pihak pembekal Accucoms akan mengaktifkan akses PERCUMA bagi pangkalan data PressReader yang mengandungi pelbagai judul majalah dan surat khabar elektronik. Pengguna Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) boleh mengakses pangkalan data ini dengan mendaftar dan akses DI SINI atau di portal PLH . Tempoh akses selama 60 hari akan diberikan bermula dari tarikh pendaftaran. Pendaftaran hanya menggunakan emel UTeM sahaja.
Pautan pendaftaran akan TAMAT pada 30 Jun 2020. Oleh demikian, semua pengguna perlu membuat pendaftaran sebelum atau pada 30 Jun 2020 bagi menikmati akses percuma selama 60 hari.
Semoga pengaksesan percuma yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna PLH.



