Perpustakaan Laman Hikmah merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.
Pengguna Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) boleh mengakses pangkalan data dengan mendaftar dan mengakses DI SINI atau di portal PLH. Pihak Gale (A Cengage Company) akan mengaktifkan akses PERCUMA bagi koleksi buku elektronik berkaitan global pandemik dan tempoh akses adalah sehingga 15 Julai 2020. Semoga pengaksesan percuma yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna PLH.


