SELAMAT HARI BAPA

Hari Ayah adalah hari di mana kita semua dapat berterima kasih kepada insan yang bergelar ayah dan ianya bukan sekadar diraikan untuk ayah sendiri tetapi juga untuk suami, abang, bapa mertua dan kawan-kawan yang telah pun bergelar ayah. Kita semua dapat berterima kasih kepada insan bergelar ayah ini kerana memberikan kehidupan kepada kita serta membimbing dan sentiasa melindungi anaknya. Seorang ayah rela melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya dengan harapan agar sesiapapun dapat menghormati dan menjaga anaknya dengan baik sebagaimana dirinya menjaga dan mengasihi anak-anaknya dari kecil hingga dewasa. Ayah bagaikan seorang pewira yang seringkali berhadapan dengan masalah dan cabaran dalam menjalani liku-liku hidup, namun dirinya tetap berjuang demi mencari rezeki dan sentiasa memberi kehidupan yang terbaik untuk keluarga tercinta. Seorang ayah yang baik akan selalu ingin melihat anak-anaknya bahagia biarpun dirinya terpaksa menempuh kesusahan dan pelbagai cabaran hidup. Sungguh besar pengorbananmu wahai ayah, semoga allah sentiasa merahmati kehidupanmu dan semoga pengorbananmu selama ini akan dibalas disyurga nanti. Hargailah Ayahmu sementara mereka masih ada dan titipkan doa untuk mereka mahupun mereka masih hidup ataupun sudah kembali kepada pencipta, kerana amalan yang tidak pernah putus setelah ayah pergi menghadap ilahi ialah doa anak yang soleh. Kepada semua Ayah di luar sana, Perpustakaan Laman Hikmah mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada anda.

This entry was posted in June 2020. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *