PERKHIDMATAN SOKONGAN PENYELIDIKAN – BAHAGIAN 2

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) komited dalam menyediakan perkhidmatan sokongan penyelidikan bagi membantu warga UTeM memperoleh sumber maklumat yang relevan serta melaksanakan penyelidikan dengan lebih berkesan.

Menerusi Bahagian Penyelidikan dan Maklumat, warga UTeM boleh mendapatkan sokongan dalam pencarian artikel dan sumber ilmiah, kajian literatur, rundingan penyelidikan serta penggunaan tools dan sumber penyelidikan.

Ada persoalan tentang penyelidikan anda?

Dapatkan khidmat konsultasi penyelidikan bersama Pustakawan untuk mendapatkan panduan yang relevan berdasarkan topik dan keperluan penyelidikan anda.

RESEARCH CONSULTATION

Research Consultation menyediakan peluang kepada penyelidik untuk mendapatkan khidmat rundingan secara lebih khusus bersama pustakawan berdasarkan keperluan dan fokus penyelidikan masing-masing.

Sesi konsultasi boleh dijalankan secara bersemuka atau dalam talian melalui janji temu yang ditetapkan terlebih dahulu. Perkhidmatan ini merangkumi konsultasi berkaitan penyelidikan, pencarian maklumat, peningkatan kemahiran penyelidikan serta sokongan penerbitan ilmiah, termasuk bidang berkaitan yang lain.

Nota: Janji temu perlu dibuat sekurang-kurangnya lima (5) hari lebih awal.

Manfaatkan perkhidmatan sokongan penyelidikan yang disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah.

Cari maklumat. Tingkatkan kemahiran. Sokong penyelidikan anda bersama PLH.

Bersambung di Bahagian 3

This entry was posted in Oktober 2026. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *