PERKHIDMATAN SOKONGAN PENYELIDIKAN – BAHAGIAN 1

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bukan sekadar menyediakan akses kepada bahan bacaan dan sumber maklumat, malah menjadi rakan sokongan dalam perjalanan penyelidikan warga UTeM.

Melalui Bahagian Penyelidikan dan Maklumat, PLH menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi membantu warga UTeM mendapatkan sumber maklumat yang relevan, memperkukuh kemahiran penyelidikan serta menyokong penghasilan penerbitan ilmiah yang berkualiti.

Perlukan bahan untuk memulakan kajian anda?

Serahkan topik penyelidikan kepada kami dan biarkan pustakawan membantu anda mencari maklumat yang relevan.

INFORMATION PACKAGE

Information Package merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Sokongan Penyelidikan untuk membantu penyelidik mendapatkan maklumat yang relevan berdasarkan topik penyelidikan.

Melalui perkhidmatan ini, Pustakawan membantu melaksanakan carian literatur secara sistematik berdasarkan topik yang diberikan dengan menggunakan pangkalan data yang relevan. Berdasarkan carian literatur yang dilaksanakan, pemohon akan menerima:

  • Senarai rujukan atau artikel yang relevan daripada pangkalan data;
  • Cadangan kata kunci yang sesuai untuk carian;
  • Minimum 5 artikel penuh (full-text articles) yang relevan.

Hasil carian akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 10 hari bekerja.

Manfaatkan perkhidmatan sokongan penyelidikan yang disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah.

Cari maklumat. Tingkatkan kemahiran. Sokong penyelidikan anda bersama PLH.

Bersambung di Bahagian 2

This entry was posted in Oktober 2026. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *