Majlis Tahlil Perdana

Pada 19 Julai 2024 bersamaan dengan 13 Muharram 1446H, Kelab LISTAC telah menganjurkan Majlis Tahlil Perdana. Majlis ini mendapat sokongan yang baik daripada sahabat-sahabat Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), yang dengan murah hati telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk makanan atau wang ringgit bagi jamuan majlis tahlil tersebut.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbang, dengan harapan semoga Allah melimpahkan rezeki serta mempermudahkan segala urusan mereka yang ikhlas membantu.

Diharapkan juga aktiviti bermanfaat seperti ini akan terus berterusan dan mendapat sokongan padu daripada semua staf Perpustakaan Laman Hikmah, demi keberkatan dan kebajikan bersama.

This entry was posted in July 2024. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *