
Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya mempergiatkan usaha untuk memperkenalkan produk kraf tempatan bawah Program Eksplorasi Kraf: Pengembangan Ilmu Secara Out-Reach. Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan/pengetahuan secara asas dalam proses pembuatan produk kraf kepada pelajar/wakil agensi/komuniti/orang awam agar produk kraf terus kekal terpelihara dan dihargai oleh seluruh masyarat terutamanya generasi muda.
Program ini diadakan pada 18 Oktober 2022 bertempat di Ruang Santai Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk. Antara aktiviti yang diadakan adalah Pameran Produk Kraf – Ini Batik Malaysia, Demonstrasi Batik Canting, Interaktif Anyaman Rotan dan Interaktif Batik Ikat Celup.














Alhamdulillah program ini dapat dijayakan dengan baik dan ramai pengunjung dikalangan kakitangan UTeM daripada pelbagai jabatan dan pelajar-pelajar UTeM juga dari pelbagai fakulti. Program ini berakhir pada jam 4.00 petang dan diucapkan jutaan terima kasih kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka kerana sudi bekerjasama dalam program yang sangat menarik ini.

