PROGRAM LITERASI MAKLUMAT | INFORMATION LITERACY PROGRAMME

Program Literasi Maklumat merupakan salah satu inisiatif Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dalam membimbing dan meningkatkan kemahiran pelajar serta staf UTeM dalam mendapatkan, mengakses dan menggunakan maklumat secara berkesan. Program ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun dengan tiga (3) sesi sebulan.

Modul Program Literasi Maklumat

Program ini merangkumi tiga (3) modul utama, iaitu:

  • Introduction to Library – memberikan pendedahan berkaitan perkhidmatan, kemudahan, sumber serta kemudahan digital yang disediakan oleh perpustakaan.
  • Information Searching Skills – membimbing peserta dalam teknik pencarian maklumat yang berkesan melalui sumber dan platform maklumat yang bersesuaian.
  • Literature Search – memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam membuat carian literatur secara sistematik bagi menyokong keperluan akademik dan penyelidikan.

Pelaksanaan Program

Program dilaksanakan secara dalam talian dan peserta turut boleh membuat permohonan untuk mengadakan sesi secara bersemuka, tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan. Program ini terbuka kepada semua pelajar dan staf UTeM.

Program Literasi Maklumat Khas Pelajar Baharu

Selain sesi yang telah dijadualkan sepanjang tahun, PLH turut melaksanakan Program Literasi Maklumat khas untuk pelajar baharu yang mendaftar di UTeM. Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai perpustakaan, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan serta membantu mereka memahami cara mendapatkan dan memanfaatkan sumber maklumat perpustakaan bagi menyokong pembelajaran sepanjang pengajian.

Pelaksanaan program dimulakan dengan sesi taklimat dan kelas Literasi Maklumat yang memberikan penerangan berkaitan perpustakaan, perkhidmatan, kemudahan serta kaedah mendapatkan dan menggunakan sumber maklumat yang disediakan. Selepas sesi pembelajaran, pelajar kemudiannya dibawa mengikuti lawatan sekitar Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bagi melihat dan mengenali kemudahan serta ruang yang telah diterangkan dengan lebih dekat.

Pendekatan melalui pembelajaran di dalam kelas yang disusuli dengan lawatan secara fizikal ini dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas fungsi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Kaedah ini juga memberikan pengalaman secara langsung kepada pelajar dan memudahkan mereka mengenal pasti lokasi serta menggunakan kemudahan perpustakaan dengan lebih yakin sepanjang tempoh pengajian.

Manfaat Program

  1. Meningkatkan kemahiran pencarian maklumat dalam kalangan pelajar dan staf secara lebih tepat dan berkesan.
  2. Meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan dan kemudahan PLH serta menggalakkan penggunaannya secara optimum.
  3. Menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan melalui penggunaan sumber maklumat yang relevan dan berkualiti.
  4. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai perpustakaan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
  5. Meningkatkan keyakinan pengguna untuk menggunakan kemudahan dan sumber perpustakaan sepanjang tempoh pengajian atau perkhidmatan.
This entry was posted in August 2026. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *