Tahun Baru Cina merupakan perayaan paling penting dalam masyarakat Cina di seluruh dunia. Ia merupakan hari pertama pada tahun baru mengikut Kalendar Lunar yang juga menggunakan bulan sebagai kiraan hari, bulan dan tahun. Pada tahun 2021, tahun baru Cina jatuh pada 12 Februari iaitu pada hari Jumaat. Pada Malam Tahun Baru Cina, satu keluarga akan berkumpul bersama untuk makan besar dan biasanya pada malam ini akan digantung perhiasan berwarna merah dan sebagainya.

Tahun Baru Cina 2021 menandakan tahun ‘Ox’ (Lembu). Perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama 16 hari, bermula dari malam Tahun Baru Cina hingga Festival Tanglung. Pada tahun 2021, festival Tahun Baru Cina akan bermula pada 11 Februari dan berlanjutan hingga 26 Februari.
Kami pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga UTeM dan rakan di luar sana yang meraikannya. Semoga Tahun Baru ini membawa anda banyak kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan.
Gong Xi Fa Cai!!!

