
Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 kebelakangan ini adalah berkaitan kluster tempat kerja. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan adalah untuk menjaga kepentingan kesihatan dan ekonomi. Bagaimanapun, kejayaan strategi itu memerlukan kerjasama majikan bagi memastikan semua amalan pekerjaan dan pekerja sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Majikan juga bertanggungjawab menyediakan tempat kediaman kondusif serta memastikan pekerja mengamalkan langkah pencegahan penularan Covid-19.
Amalan yang perlu dilakukan di tempat kerja adalah pemeriksaan suhu badan memasuki tempat kerja, penyediaan tempat mencuci tangan, kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman, amalan jarak sosial, memastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit dan elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa. Jika amalan ini gagal dipatuhi, maka ini akan menjadi punca kluster di tempat kerja.
Pihak majikan perlu memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan Covid-19 di Malaysia dan juga perkerja haruslah mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan.
#KitaJagaKita

