Menjelang bulan Disember akan tibanya perayaan Hari Natal atau Krimas. Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah) manakala Christmas pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ’s birth, held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik).
Menurut sumber Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum seseorang Muslim mengucapkan “Merry Christmas” kepada mereka yang beragama Kristian adalah isu ijtihadi dan tidak mutlak keharaman dan keharusannya. Ianya adalah HARUS, dengan syarat ucapan itu tidak memuji atau memuliakan agama bukan Islam.
Sehubungan itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah telah mengambil inisiatif mengadakan pameran Merry Christmas bersempena dengan Hari Natal yang akan di sambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember ini.
MERRY CHRISTMAS





