Adakah anda tahu anda boleh mengesan TANDA AWAL KANSER MULUT melalui pemeriksaan mulut sendiri?
(Minggu Kesedaran Kanser Mulut 7-13 November 2020)
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Pemeriksaan mulut sendiri
- Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
- Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
- Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

