Perpustakaan Laman Hikmah merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.
Pengguna Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) boleh mengakses pangkalan data ProQuest Central sehingga 15 Ogos 2020 melalui pautan DI SINI atau di portal PLH secara percuma. Pihak pembekal Proquest akan mengaktifkan akses pangkalan data ini yang mengandungi jurnal bagi subjek Business, Health and Medical, Language and Literature, Social Sciences, Education, Science and Technology, Performing and Visual Arts, History, Religion, Philosophy dan termasuk surat khabar dari seluruh dunia. Pengaksesan dari luar kampus juga adalah menggunakan pautan yang sama.

Semoga pengaksesan percuma yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna PLH.

